backup og meta

Hey Ladies, 15 Simptom Ini Tanda Rahim Anda TIDAK Sihat, Semak Sekarang!

Hey Ladies, 15 Simptom Ini Tanda Rahim Anda TIDAK Sihat, Semak Sekarang!

Kadangkala kita tidak sedar sebenarnya ada masalah pada rahim memandangkan organ tersebut berada di dalam tubuh, betul tak? Apa kata anda semak ciri ciri rahim bermasalah ini untuk menentukan ia sihat atau sebaliknya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Masalah pada rahim

Keadaan yang menjejaskan rahim atau mana-mana bahagian lain sistem pembiakan wanita dirujuk sebagai masalah rahim.

Berikut antara beberapa masalah rahim seperti:

Fibroid rahim

Punca sebenar fibroid rahim tidak diketahui. Beberapa faktor seperti hormon, sejarah keluarga dan kehamilan meningkatkan risiko fibroid rahim.  

Kanser 

Kanser rahim menyebabkan pendarahan faraj yang tidak normal. Jenis yang paling biasa ialah kanser endometrium. Ia memerlukan rawatan yang agresif jika ia telah merebak ke luar rahim.

Hiperplasia endometrium punca ciri ciri rahim bermasalah

Berlaku apabila terlalu banyak sel tumbuh dalam lapisan rahim – kesannya rahim menjadi sangat tebal dan menyebabkan pendarahan tidak normal. 

Ia bukan kanser tetapi dalam beberapa kes, ia boleh mengembangkan kanser rahim.

Endometriosis

Keadaan di mana jenis tisu yang sama yang melapisi rahim anda tumbuh di bahagian lain badan – selalunya dalam perut atau ovari.

Biasanya disebabkan oleh jangkitan seperti STD (jangkitan seksual), batuk kering dan jangkitan daripada bakteria normal faraj.

Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, individu dengan endometriosis akan mengalami hiperplasia endometrium.

ciri ciri rahim bermasalah

Prolaps rahim

Keadaan rahim jatuh ini bermakna otot dan ligamen yang menahan rahim di tempatnya telah lemah – selalunya dialami seiring penuaan usia. 

Selain penuaan, tahap estrogen yang lebih rendah, otot atau tisu pelvis yang rosak, obesiti, sembelit kronik, dan batuk kronik turut boleh meningkatkan risiko prolaps rahim.

Penyakit radang pelvis (PID), punca ciri ciri rahim bermasalah

Kadangkala bakteria atau mikrob memasuki serviks dan merebak ke atas. Jangkitan ini boleh menjejaskan satu atau lebih organ pelvis, termasuk rahim, serviks, dan tiub fallopio.

Polip

Merupakan ketumbuhan kecil dan lembut dalam rahim. Ia boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak, bintik-bintik di antara haid dan pendarahan selepas hubungan seks.

Tuberkulosis rahim 

Jangkitan kuman pada sistem pembiakan wanita yang sering dikaitkan dengan ketidaksuburan pada wanita. Boleh terjadi apabila anda melakukan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.

Sakit pelvis kronik

Jika doktor tidak dapat mengenal pasti punca kesakitan, anda mungkin didiagnosis dengan sakit pelvis kronik.

Ciri ciri rahim bermasalah

Beberapa gejala biasa masalah rahim termasuklah:

ciri ciri rahim bermasalah

Diagnosis untuk ciri ciri rahim bermasalah

Beberapa ujian yang paling biasa ialah:

Pemeriksaan pelvis

Ini boleh mengenal pasti masalah seperti rahim prolaps atau terbalik. Pemeriksaan pelvis tidak dapat menilai sepenuhnya apa yang berlaku di dalam rahim. Anda mungkin memerlukan ujian lain untuk mengesahkan diagnosis.

Pap smear bantu kesan masalah pada rahim

Ujian ini boleh mengenal pasti perubahan dalam sel-sel serviks. Ujian Pap mungkin merupakan titik permulaan yang baik jika anda mempunyai simptom masalah pada rahim.

Urinalisis

Ujian ini memeriksa tanda-tanda jangkitan dan kadangkala, sel-sel kanser dalam air kencing.

Sampel darah

Ujian ini boleh mengenal pasti perubahan hormon yang boleh menjejaskan rahim.

Ujian pengimejan

Imbasan ultrabunyi atau tomografi berkomputer (CT) menghasilkan imej rahim. Membantu mendedahkan perbezaan dalam bentuk, saiz atau lokasi. 

Untuk sesetengah imbasan CT, doktor mungkin menyuntik pewarna ke dalam saluran darah untuk menghasilkan gambaran yang lebih jelas.

Baca juga:

Prosedur intervensi

Ujian ini menggunakan kamera kecil untuk meneroka bahagian dalam rahim tanpa pembedahan.

Dalam histeroskopi, doktor meletakkan tiub ke dalam serviks untuk melihat bahagian dalam rahim.

Untuk histerosalpingografi atau sonohysterogram, doktor menyuntik cecair atau pewarna ke dalam serviks untuk melihat bahagian dalam rahim.

Merawat ciri ciri rahim bermasalah

Berikut antara jenis rawatan yang akan dilakukan untuk merawat masalah pada rahim:

Antibiotik

Jangkitan seperti PID memerlukan antibiotik.

Rawatan hormon

Endometriosis sering dirawat dengan ubat-ubatan, seperti pil perancang. Hiperplasia endometrium boleh dirawat dengan terapi hormon jika gejala teruk.

Embolisasi rawat masalah pada rahim

Fibroid rahim boleh dirawat dengan embolisasi. Prosedur ini tidak invasif seperti pembedahan.

Doktor akan menggunakan tiub untuk memasukkan ubat atau bahan yang memotong bekalan darah ke fibroid. Fibroid kemudiannya mengecut. Rawatan yang sama boleh digunakan untuk merawat polip jika perlu.

ciri ciri rahim bermasalah

Pembedahan bantu atasi ciri ciri rahim bermasalah

Rahim prolaps boleh dirawat secara pembedahan. Dalam kes yang teruk, rahim mungkin akan dikeluarkan.

Fibroid, polip, endometriosis dan kanser juga boleh dirawat dengan pembedahan.

Pemerhatian 

Ada kalanya pengawasan dan pemantauan adalah cara terbaik untuk menentukan strategi bagi mengatasi masalah pada rahim yang dialami. 

Dalam sesetengah kes, rawatan mungkin akan digabungkan. Ini terutamanya melibatkan kes yang terus atau satu rawatan sahaja tidak berkesan.

Untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai keadaan diri, berundinglah dengan doktor sebagai langkah yang terbaik.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Uterine Diseases. https://medlineplus.gov/uterinediseases.html, Accessed on April 1, 2022 
  2. Uterine Prolapse. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/16030-uterine-prolapse#management-and-treatment, Accessed on April 1, 2022
  3. Common Reproductive Health Concerns for Women. https://www.cdc.gov/reproductivehealth/womensrh/healthconcerns.html, Accessed on April 1, 2022 
  4. What are the treatments for endometriosis? https://www.nichd.nih.gov/health/topics/endometri/conditioninfo/treatment, Accessed on April 1, 2022
  5. Speer, L. M., Mushkbar, S., & Erbele, T. (2016). Chronic Pelvic Pain in Women. American family physician, 93(5), 380–387. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26926975/, Accessed on April 1, 2022
  6. Endometrial Hyperplasia. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/16569-atypical-endometrial-hyperplasia, Accessed on April 1, 2022

 

Versi Terbaru

09/12/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

4 Penyakit Kelamin Paling Kerap Menjangkiti Kaum Hawa, Cek Sekarang!

Tip Kurangkan Senggugut Akibat Endometriosis


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan