brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Wanita Dengan Masalah Hormon PCOS Boleh Sembuh Atau Tak? Ini Jawapannya!

Apakah tanda PCOS sudah sembuh, ya? Bagi wanita dengan masalah PCOS, pastinya anda ingin mengetahui bolehkah keadaan yang dialami itu disembuhkan, betul tak? 

Wanita Dengan Masalah Hormon PCOS Boleh Sembuh Atau Tak? Ini Jawapannya!

Dalam perkongsian artikel ini ada penjelasannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Fahami masalah PCOS yang terjadi

Keseimbangan hormon penting untuk memastikan kesihatan yang baik. Sindrom ovari polisistik atau PCOS merupakan antara isu kesihatan yang sering disalah diagnosis pada wanita.

Punca PCOS terjadi sukar untuk ditentukan, tetapi peraturan hormon dan rintangan insulin dipercayai memainkan peranan penting dalam situasi ini.

Oleh itu, matlamat awal adalah untuk menguruskan PCOS adalah dengan menangani:

  • Punca ketidakseimbangan hormon
  • Pertambahan berat badan
  • Perubahan gaya hidup

Apakah tanda PCOS sudah sembuh secara kekal?

Adakah anda antara wanita yang sedang bergelut dengan PCOS dan sering tertanya-tanya apakah ada cara untuk menyembuhkan masalah ini secara kekal?

Sebelum mencari jawapan untuk persoalan tersebut, anda perlu mendapatkan terlebih dahulu penjelasan sama ada masalah PCOS yang dialami boleh disembuhkan atau tidak.

Malangnya, tiada penawar yang terbukti dapat menyembuhkan PCOS. tetapi mujur terdapat banyak cara untuk menguruskan simptomnya agar tidak bertambah teruk.

Cara merawat PCOS

Seperti yang telah dijelaskan, tanda PCOS sudah sembuh sukar untuk dicapai kerana tidak ubatnya. 

Tetapi jika anda faham simptom PCOS yang dialami, ada cara untuk merawatnya di rumah.

Pelan diet

Salah satu kaedah semula jadi terbaik dan paling berkesan untuk PCOS adalah dengan mengikut pelan diet seimbang. 

Anda harus mengambil makanan yang meningkatkan bakteria baik usus, menurunkan glukosa darah dan membekalkan tenaga yang diperlukan tubuh.

Makanan yang harus diambil

  • Ambillah karbohidrat sihat seperti bijirin penuh, kekacang, biji rami, ubi keledek dan kacang
  • Tingkatkan pengambilan serat harian dengan menambah brokoli, kacang, bayam dan beri
  • Buat rancangan diet protein tinggi dan amalkannya – yogurt Greek dan biji bijan pilihan terbaik
  • Lemak sihat juga membantu mencapai tanda PCOS sudah sembuh. Jadi pilihlah untuk menggunakan minyak kelapa atau minyak zaitun
  • Makanan tinggi antioksidan seperti avokado dan buah-buahan kering
  • Pengambilan daging tanpa lemak seperti ayam dan ikan turut memberi manfaat kesihatan

Makanan perlu dielakkan

  • Hindari pengambilan makanan diproses dalam sebarang bentuk atau makanan segera. Elakkan keinginan untuk makanan manis seperti gula-gula, brownies, kek
  • Kurangkan pengambilan daging merah
  • Jangan minum alkohol atau merokok

Penurunan berat badan, bantu capai tanda PCOS sudah sembuh

Obesiti adalah salah satu kesan sampingan PCOS yang ketara pada wanita. Anda boleh mengekalkan kesihatan dan menurunkan berat badan sebagai salah satu kaedah rawatan PCOS di rumah.

tanda pcos sudah sembuh

Selain mengamalkan diet yang dapat membantu mengurangkan berat dengan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan minuman yang membantu mengawal PCOS, ia akan membantu jika anda bersenam secara berkala untuk mengawal berat.

Jika berjaya mencapai berat badan ideal mengikut jisim dan ketinggian badan, anda akan melihat banyak peningkatan dalam kesihatan.

Rutin tidur bantu atasi masalah PCOS

Tidak mendapat tidur yang mencukupi boleh meningkatkan hormon kortisol dan itu bukanlah petanda yang bagus.

Anda boleh mengawal perubahan hormon dengan mengekalkan rutin waktu tidur yang baik.

Untuk mengawal perubahan hormon sedikit sebanyak, doktor mengesyorkan rejim tidur nyenyak yang disebutkan di bawah:

  • Mendapatkan tidur yang nyenyak antara 8-10 jam sehari
  • Rutin tidur biasa
  • Elakkan makanan berlemak, kafein dan makanan lain yang boleh menjejaskan waktu tidur

Suplemen kesihatan

Jika terdapat kesukaran untuk mengambil semua makanan di dalam pelan diet, anda boleh menggantikan beberapa nutrien dengan suplemen kesihatan.

Anda boleh sama ada memilih tablet dan kapsul vitamin untuk memerangi ketidakseimbangan hormon.Rujuk pakar pemakanan untuk mencari suplemen terbaik untuk anda.

Tanda PCOS sudah sembuh: Tip kurangkan hormon androgen secara semula jadi

Keseluruhan konsep PCOS berkisar pada pengeluaran hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi pada wanita. 

Ubat harus dijadikan jalan terakhir anda untuk mengatasi keadaan ini. Pendekatan untuk mengurangkan androgen secara semula jadi harus menjadi pilihan utama.

Senaman secara berkala mempunyai kesan yang kuat terhadap hormon anda dan kesihatan badan secara keseluruhan.

Menggabungkan diet sihat yang tinggi nutrien dan senaman berimpak rendah harus menjadi titik permulaan ke arah mengawal gejala.

tanda pcos sudah sembuh

Cara terbaik ialah mengamalkan diet yang kaya dengan protein, lemak sihat, bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran hijau berdaun.

Makanan kaya serat dan fitoestrogen yang tinggi seperti tauhu dan susu soya dalam diet juga boleh dimasukkan dalam diet.

Mengambil makanan yang kaya dengan Omega-3 seperti biji rami boleh menguruskan tahap androgen pada wanita. Biji rami juga merupakan sumber mangan, vitamin B1, dan serat yang hebat.

Perubahan diet ini akan mengurangkan tahap androgen yang lebih tinggi.

Kesimpulan 

Walaupun tanda PCOS sudah sembuh tiada, tetapi anda harus fokus untuk memerangi dan mengawal kesan sindrom ini pada tubuh.

Rujuk pakar pemakanan kerana setiap badan wanita mungkin bertindak balas secara berbeza terhadap peningkatan paras androgen.

Ikuti arahan doktor dan lakukan semua perubahan gaya hidup yang diperlukan untuk membawa keseimbangan hormon dalam tubuh anda.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada Semalam