backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Ada Masalah Jerawat Teruk? Solusinya, Ambil Pil Perancang! Betul Ke Berkesan?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/09/2022

    Ada Masalah Jerawat Teruk? Solusinya, Ambil Pil Perancang! Betul Ke Berkesan?

    Benarkah pengambilan pil perancang Yasmin untuk stabilkan hormon turut dapat mengatasi masalah jerawat? Dalam artikel ini adalah penjelasan lanjut mengenai pil perancang untuk jerawat.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Pil perancang untuk jerawat, berkesan ke?

    Kontraseptif oral adalah salah satu kaedah paling berkesan untuk mencegah kehamilan. Pil perancang atau pil ini juga dikatakan menjadi rawatan popular untuk satu lagi masalah lain yang menghantui kaum wanita – jerawat. 

    Apabila rawatan jerawat lain tidak berjaya, pil perancang seperti Yasmin mungkin jawapannya.

    Secara umum, pil perancang Yasmin untuk jerawat sering disarankan buat wanita sihat yang turut memerlukan kontraseptif. Ia biasanya diambil selepas kaedah lain seperti krim topikal dan antibiotik oral gagal membantu. 

    Pil perancang Yasmin untuk stabilkan hormon

    Terdapat hubungan yang jelas antara hormon dan jerawat. 

    Sesetengah wanita mengalami jerawat sebelum kedatangan haid apabila tahap hormon mereka berubah semasa tempoh kitaran haid. Bagi yang lain pula, jerawat kekal berterusan selama bertahun-tahun walaupun selepas menopaus.

    Namun, bagaimana pil perancang Yasmin untuk stabilkan hormon dapat membantu masalah jerawat?

    pil perancang yasmin untuk stabilkan hormon

    Alat kawalan kelahiran secara amnya akan menjejaskan hormon dan hormon memainkan peranan utama dalam kemunculan jerawat.

    Hormon androgen menggalakkan pengeluaran sebum – minyak yang dihasilkan kulit. Terlalu banyak sebum boleh menyebabkan liang tersumbat dan pertumbuhan bakteria, sekali gus mewujudkan tempat pembiakan untuk jerawat.

    Pil kawalan kelahiran yang mengandungi kedua-dua hormon estrogen dan progesteron menurunkan tahap fungsi androgen, ia secara langsung mengurangkan pengeluaran sebum dan jerawat. 

    Sebaliknya pil yang hanya mengandungi progesteron – dikenali sebagai pil mini – boleh memburukkan masalah jerawat.

    Kelebihan penggunaan pil perancang Yasmin untuk jerawat

    Bagi wanita yang memerlukan kontraseptif dan rawatan jerawat, pil perancang mungkin pilihan sesuai. Apabila diambil seperti yang diarahkan, kebanyakan pil kawalan kelahiran mempunyai kadar keberkesanan hampir 99%.

    Bagi mereka yang tidak memerlukan kontraseptif, pakar dermatologi boleh menetapkan pil kawalan kelahiran untuk jerawat.

    Pil ini juga mempunyai manfaat lain seperti tempoh haid lebih pendek, pendarahan ringan dan senggugut kurang menyakitkan.

    pil perancang yasmin untuk stabilkan hormon

    Antara contoh pil yang diberikan adalah pil perancang Yasmin untuk menstabilkan hormon.

    Ia terbukti secara klinikal dapat memperbaiki masalah jerawat yang dialami. Tetapi sekiranya anda sudah mengambil pil yang berkesan dalam mengatasi jerawat, tidak perlu untuk menukar jenama.

    Anda mungkin perlu mengambil pil ini selama beberapa bulan sebelum dapat melihat perubahan pada kulit wajah. Jangan terkejut, kerana kemunculan awal jerawat adalah perkara biasa apabila anda mula mengambil pil perancang.

    Pil perancang Yasmin untuk jerawat hanya berfungsi untuk mengatasi 1 faktor berkaitan jerawat – sebum berlebihan.

    Doktor biasanya akan menetapkan bentuk rawatan jerawat lain – ubat topikal atau antibiotik – untuk digunakan bersama bagi mendapatkan hasil terbaik.

    Jika jerawat anda teruk dan haid tidak teratur, rambut di wajah berlebihan atau obesiti, doktor mungkin melakukan pemeriksaan lanjut untuk keadaan perubatan disebut sindrom ovari polisistik atau keadaan hormon lain.

    Risiko pengambilan kontraseptif oral

    Pil perancang hari ini mempunyai paras estrogen dan progesteron lebih rendah berbanding dahulu – yang mengurangkan risiko masalah perubatan. 

    Pun begitu, masih wujud risiko lain dan kesan sampingan seperti:

    pil perancang yasmin untuk stabilkan hormon

  • Serangan jantung atau strok
  • Darah beku dalam paru-paru/kaki
  • Tekanan darah tinggi
  • Sakit kepala
  • Kemurungan dan perubahan mood
  • Payudara sensitif
  • Pendarahan antara haid
  • Individu patut elakkan pil perancang Yasmin untuk stabilkan hormon

    Pil perancang biasanya tidak dinasihatkan untuk diambil jika anda ada:

    • Sejarah penyakit jantung, hipertensi, pembekuan darah di kaki atau paru-paru
    • Gangguan pembekuan darah
    • Sejarah kanser, terutamanya kanser payudara, rahim atau hati
    • Penyakit hati, kencing manis atau sakit kepala migrain

    Anda juga tidak boleh mengambil kontraseptif oral jika:

  • Anda seorang perokok berumur 30 tahun ke atas
  • Anda sedang hamil atau menyusu
  • Anda mengalami obesiti teruk atau tidak bergerak secara fizikal
  • Baca juga:

    Sebelum membuat keputusan mengambil pil perancang Yasmin untuk stabilkan hormon

    Jika jerawat anda tidak hilang dengan kaedah asas, berbincanglah dengan doktor untuk rawatan jerawat terbaik. Pil perancang Yasmin untuk stabilkan hormon mungkin pilihan yang terbaik.

    Jika anda menggunakan kombinasi pil perancang untuk jerawat, ia mungkin mengambil masa beberapa minggu hingga 3 bulan sebelum dapat melihat peningkatan ketara pada kulit wajah.

    Keadaan ini kerana hormon memerlukan masa untuk masuk ke dalam sistem tubuh dan menentukan semula tahapnya.

    Bagi wanita yang sedang dalam pertimbangan pil perancang untuk rawatan jerawat, sebaiknya berbincanglah dengan doktor kesihatan utama anda, pakar sakit puan atau pakar dermatologi mengenai keputusan anda. 

    Ia penting untuk menilai sama ada pengambilan pil tersebut sesuai dengan keadaan diri atau sebaliknya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan