Anda mengalami masalah jerawat yang teruk? Maka apa itu detox jerawat mungkin adalah jalan penyelesaiannya!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Anda mengalami masalah jerawat yang teruk? Maka apa itu detox jerawat mungkin adalah jalan penyelesaiannya!
Kulit yang cenderung mengalami jerawat adalah satu isu besar dalam hidup anda, membuatkan diri merasa tiada keyakinan.
Bukankah sudah tiba masanya untuk membuat beberapa perubahan?
Anda telah mencuba banyak kaedah, daripada gel, ubat dan terapi tetapi masih tidak berkesan?
Jangan berputus asa, mungkin anda belum tahu apa itu detox jerawat kerana perubahan tabiat makan boleh membuat keajaiban pada kulit anda!
Jerawat berlaku disebabkan oleh kelenjar minyak terlebih rangsangan dan dijangkiti.
Pengeluaran minyak yang berlebihan mungkin disebabkan oleh hormon, fungsi adrenal, hati, masalah pencernaan dan diet kurang sihat.
Kulit hanya akan menggunakan minyak yang anda makan melalui diet.
Oleh itu, anda perlu ambil makanan lebih ringan minyak atau minyak berasaskan tumbuhan. Jadi minyak boleh mengalir dengan bebas melalui kelenjar minyak dan mengurangkan masalah kelenjar tersumbat.
Maka, detox jerawat adalah solusi yang terbaik buat anda!
Menurut “American Journal of Clinical Nutrition” isu Julai 2007, gula dan karbohidrat menyebabkan badan mengeluarkan sejumlah besar insulin, yang mencetuskan tindak balas hormon kompleks yang membawa kepada masalah jerawat.
Cuba singkirkan segala bentuk gula dan karbohidrat proses seperti minuman ringan, jus buah-buahan, kopi manis, nasi putih, roti putih, sebahagian besar bijirin sarapan, pencuci mulut, bar granola, biskut dan makanan yang dibakar dalam ketuhar.
Disebabkan produk tenusu membawa kepada kepekatan IGF-1 yang lebih tinggi dalam darah anda (yang menggalakkan pertumbuhan jerawat), maka produk tenusu boleh menjadi musuh kepada kulit anda.
Oleh itu, elakkan atau kurangkan segala bentuk produk tenusu untuk tujuh hari semasa proses ini.
Anda boleh menggantikan sumber kalsium dengan sayur-sayuran berdaun hijau, salmon dan badam.
Ingat bahawa susu berperisa, serbuk whey protein, minuman buah kisar, ais krim, yogurt dan keju adalah faktor-faktor yang menggalakkan jerawat pada kulit anda.
Omega-6 dan omega-3 adalah kedua-dua lemak penting untuk badan anda; bagaimanapun, nisbah omega-6 kepada omega-3 yang tinggi boleh membawa kepada patogenesis jerawat.
Oleh itu, cuba elakkan minyak sayur-sayuran yang mengandungi omega-6 tinggi seperti, minyak jagung, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, safflower atau minyak bunga matahari, dan juga produk yang diperbuat daripada semua minyak ini.
Sebaliknya, ambil lemak omega-3 daripada ikan untuk mengimbangi semula nisbah omega-6 dan omega-3 di dalam badan anda.
Semasa rawatan detoks jerawat, anda perlu elak pelbagai jenis makanan.
Walau bagaimanapun, jangan risau akan kekurangan zat makanan.
Terdapat banyak sayur-sayuran yang padat dengan nutrien, seperti brokoli, bawang, cendawan, tomato dan kubis bunga, serta ayam, telur atau ikan untuk pengambilan protein yang mencukupi.
Anda boleh menggunakan minyak daripada kelapa, avokado atau zaitun.
Anda juga perlu minum banyak air atau buah yang banyak cecair untuk membantu proses apa itu detox jerawat anda.
Anda boleh memperkenalkan semula makanan yang terpaksa anda elakkan ke dalam diet selepas proses apa itu detox jerawat.
Walau bagaimanapun, jangan masukkan semuanya kembali sekaligus, tetapi satu demi satu di samping mengenal pasti makanan yang mencetuskan jerawat pada kulit anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen