backup og meta

Takutnya Bila Period 2 Kali Sebulan! Ladies, Jom Ambil Tahu Apa Yang Berlaku

Takutnya Bila Period 2 Kali Sebulan! Ladies, Jom Ambil Tahu Apa Yang Berlaku

Pernah tak anda perasan haid datang lebih kerap daripada biasa sampai period 2 kali sebulan? Jangan panik dulu, tetapi jangan pula abaikan! Ada sebab anda period 2 kali sebulan. Mari kita fahami lebih mendalam mengenai period. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Berapa kitaran haid normal? 

Terlebih dahulu, anda perlu fahami dahulu kitaran haid yang normal.

Purata kitaran haid setiap wanita adalah sekitar 28 hari. Ia kadangkala boleh menjadi lebih pendek atau lebih lama.

Haid wanita tidak teratur jika jarak antara mereka kurang daripada 21 hari atau lebih daripada 35 hari.

Sebagai contoh, haid anda berlaku pada 1hb March, kemudian pada 29hb March datang haid lagi, maka kitaran haid anda adalah sebanyak 28 hari. 

Apakah pengalaman haid dua kali sebulan normal? 

Berdasarkan apa yang kami kongsikan di atas, jawapannya ya!

Period 2 kali sebulan boleh berlaku dan ianya normal. Tambahan pula, kitaran haid normal dari segi kesihatan. 

Selalunya haid akan berlaku selama 3 ke 7 hari. 

Namun, jika kitaran anda biasanya lebih panjang tetapi tiba-tiba memendek secara mendadak, atau anda mengalami pendarahan di luar tempoh haid biasa ini mungkin tanda sesuatu yang lain sedang berlaku dalam badan anda!

Kenapa period berpanjangan? Ada 4 punca anda period 2 kali sebulan!

1. Perimenopause

Perimenopause boleh menjadi punca asas mengalami dua haid dalam satu bulan. Ia adalah fasa yang membawa kepada menopaus, di mana hormon badan mula berubah. Tempoh perimenopause berbeza bagi setiap orang dan boleh bertahan sehingga sepuluh tahun.

Pada tahun-tahun ini, kitaran haid yang lebih pendek atau lebih lama, pendarahan lebih ringan atau lebih berat, atau bahkan melangkau haid sepenuhnya adalah perkara biasa. Menopaus secara rasmi bermula selepas 12 bulan berturut-turut tidak mengalami haid.

2. Endometriosis

Endometriosisadalah tisu yang serupa dengan lapisan dalam rahim tumbuh di luar rahim. Ia akan menjejaskan ovari, tiub fallopio dan tisu yang melapisi pelvis. Keadaan inilah yang akan menyebabkan wanita mengalami kesakitan yang teramat ketika haid. 

3. Fibroid

Tahukah anda, fibroid rahim boleh menyebabkan haid yang panjang atau berlaku lebih kerap daripada biasa? Ini berlaku kerana fibroid boleh mengubah bentuk dan struktur lapisan rahim, mengganggu proses penumpahan normal dinding rahim semasa haid.

Selain itu, fibroid boleh mengganggu pengecutan rahim, meningkatkan pertumbuhan saluran darah dan menjejaskan keseimbangan hormon, termasuk prostaglandin.

4. Masalah tiroid

Masalah tiroid seperti hipertiroidisme dan hipotiroidisme juga boleh menyebabkan anda period 2 kali sebulan kerana ia boleh menyebabkan kitaran tidak teratur.

Terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon tiroid boleh menjadikan haid anda menjadi sikit, berpanjangan atau tidak teratur. Penyakit tiroid juga boleh menyebabkan haid anda terhenti selama beberapa bulan atau lebih lama, satu keadaan yang dipanggil amenorea.

5. Faktor gaya hidup yang boleh menganggu haid anda

Ramai wanita tidak sedar bahawa rutin harian mereka sendiri boleh menjadi punca. Antara faktor yang sering dikaitkan:

  1. Tekanan emosi dan mental yang tinggi boleh mengganggu isyarat hormon dari otak ke ovari.
  2. Perubahan berat badan secara mendadak, sama ada naik atau turun drastik.
  3. Lakukan senaman secara berlebihan 
  4. Perubahan penggunaan alat kawalan kelahiran, seperti bertukar jenis pil atau baru memasang IUD.
  5. Kurang tidur dan corak tidur yang tidak konsisten. 
  6. Ubat-ubatan tertentu, komplikasi kehamilan atau penyusuan juga boleh menyebabkan haid anda menjadi tidak teratur.

period 2 kali sebulan
Dapatkan pandangan doktor apabila period tak teratur.

Bila saya perlu berjumpa dengan doktor?

Walaupun kebanyakan kes tidak berbahaya, ada tanda-tanda yang anda tidak sepatutnya abaikan.

Anda digalakkan berjumpa doktor atau pakar sakit puan jika:

1. Alami 2 kali period dalam sebulan selama 2 hingga 3 bulan berturut-turut. 
2. Period yang berpanjangan
3. Mempunyai darah beku besar semasa haid (saiz suku atau lebih besar)
4. Sakit di bahagian bawah perut dan berlarutan sehingga lebih 2 hari. 
5. Senggugut yang teruk
6. Mengalami pendarahan ringan atau spotting ketika haid, yang boleh disalah anggap sebagai period 2 kali dalam sebulan. 
7. Sakit semasa hubungan seks

Apa yang boleh anda lakukan sekarang?

Period 2 kali sebulan ini akan ‘memaksa’ anda untuk mula catat kitaran haid anda setiap bulan. 

Gunakan aplikasi period tracker untuk merekod tarikh mula dan tamat setiap kitaran. Data ini sangat membantu doktor membuat diagnosis yang tepat jika keadaan berterusan.

Uruskan tahap tekanan, pastikan berat badan sentiasa konsisten dan pastikan anda dapat tidur yang cukup. 

Kesimpulan 

Jika anda alami lagi period 2 kali sebulan, ia bukan sesuatu yang perlu ditakuti secara automatik ataupun dipandang enteng. Kenali badan anda, pantau perubahan dan jangan teragak-agak untuk mendapatkan pandangan profesional jika sesuatu terasa tidak kena. Kesihatan reproduktif adalah sebahagian penting untuk tubuh anda. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Two Periods in One Month: Are Multiple Periods a Reason to Worry? . https://flo.health/menstrual-cycle/health/period/two-periods-in-one-month . Accessed on Sept 21, 2026

What you need to know about irregular periods . https://www.uclahealth.org/news/article/what-you-need-know-about-irregular-periods . Accessed on Sept 21, 2026

Irregular periods . https://www.healthdirect.gov.au/irregular-periods#causes . Accessed on Sept 21, 2026

Irregular periods https://www.nhs.uk/symptoms/irregular-periods/ . Accessed on Sept 21, 2026

Thyroid disease. https://womenshealth.gov/a-z-topics/thyroid-disease . Accessed on Sept 21, 2026

Endometriosis . https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/endometriosis/symptoms-causes/syc-20354656 . Accessed on Sept 21, 2026

Prolonged Menstruation May Be Caused by Fibroids: Here’s How to Treat It Without Surgery at Mandaya Royal Hospital Puri . https://mandayahospitalgroup.com/prolonged-menstruation-may-be-caused-by-fibroids-heres-how-to-treat-it-without-surgery-at-mandaya-royal-hospital-puri/ . Accessed on Sept 21, 2026

Versi Terbaru

23/09/2026

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Risau Sebab Period Lambat? Selain Hamil, Ini Keadaan Yang Boleh Jadi Puncanya

Period Dah Habis Ke Belum Ni? Perhatikan 2 Tanda Ini, Baru Boleh Solat Tanpa Waswas!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan