backup og meta

3 Tanda Unik HIV Pada Wanita, Antaranya Adalah Kitaran Haid Jadi Tidak Menentu?

Tidak kira jantina lelaki atau perempuan, semua orang berisiko untuk menghidap HIV (Human Immunodeficiency Virus). Khusus buat kaum Hawa, ini dia antara tanda-tanda HIV pada wanita!

3 Tanda Unik HIV Pada Wanita, Antaranya Adalah Kitaran Haid Jadi Tidak Menentu?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Apa maksud, punca dan kesan penyakit HIV?

Untuk pengetahuan anda semua, HIV adalah sejenis virus yang akan membuat seseorang individu itu kehilangan kemampuan tubuh badan mereka untuk melawan sebarang jenis penyakit.

Ini kerana virus tersebut bakal menyerang sistem imunisasi tubuh badan sekali gus melemahkan atau mematikan keupayaannya untuk melindungi diri daripada apa-apa jua kondisi kesihatan.

Virus ini boleh menjangkiti dari satu individu ke individu lain melalui hubungan seks, suntikan jarum, ibu kepada kandungan dan mungkin tidak menimbulkan gejala sehingga telah terlambat.

Namun, apa beza HIV dengan AIDS? Sebenarnya, AIDS merupakan peringkat paling akhir untuk kondisi HIV!

tanda-tanda hiv pada wanita

Dalam usaha untuk mencegah kondisi yang boleh membawa maut ini, anda perlu melihat jika wujud tanda-tanda HIV pada diri masing-masing. Persoalannya, adakah mungkin ada beza tanda penyakit ini antara lelaki dan wanita?

Ini tanda-tanda HIV ketika di peringkat awal!

Berfokuskan kepada tanda-tanda HIV pada wanita, mungkin ada beberapa simptom dan gejala yang boleh anda lihat meskipun ia tidak begitu jelas atau tepat untuk menggambarkan kondisi ini.

Jika anda mengesyaki diri mungkin menghidap kondisi ini, perhatikan tanda-tanda awal HIV seperti di bawah:

  • Keletihan luar biasa
  • Selalu sakit sendi dan otot
  • Demam yang berlanjutan dan berulang
  • Kerap selesema dan batuk
  • Kerap mual dan muntah
  • Masalah sembelit atau cirit-birit
  • Berat badan menurun mendadak
  • Berpeluh dingin pada waktu malam
  • Kulit mudah timbul ruam atau luka
  • Nodus limfa mula membengkak

Apa yang lebih membimbangkan, ia juga akan meningkatkan risiko untuk anda mengalami jangkitan lain termasuk infeksi seksual (STD) seperti hepatitis, herpes, ketuat kelamin dan lain-lain lagi.

tanda-tanda hiv pada wanita

Dalam erti kata mudah, kebanyakan tanda-tanda HIV pada wanita adalah sama sahaja bagi lelaki. Namun, terdapat beberapa lagi simptom atau gejala unik lain yang hanya khusus buat kaum Hawa.

Ini tanda-tanda HIV pada wanita yang utama!

Sebenarnya, memang wujud beberapa tanda-tanda HIV pada wanita yang khusus dan wajar diperhatikan. Khas buat kaum Hawa, berikut adalah antara perkara yang anda perlu beri lebih perhatian:

#1. Gangguan siklus menstruasi

Penderita kondisi ini mungkin akan mengalami gangguan pada siklus menstruasi di mana kitaran haid mereka boleh berlaku dengan tidak teratur berserta darah haid yang kurang atau lebih banyak.

Dalam pada itu, wanita yang positif HIV juga cenderung untuk mempunyai masalah PMS yang sedikit teruk!

#2. Jangkitan pada faraj

Selain itu juga, anda boleh lihat tanda HIV pada kemaluan wanita di mana akan lebih kerap berlaku infeksi seperti jangkitan kulat (kandidiasis) atau beberapa masalah lain yang berkaitan dengan faraj.

tanda-tanda hiv pada wanita

Terdapat lagi tanda HIV pada kemaluan wanita yang lain akibat infeksi, perhatikan jika ada masalah seperti:

#3. Penyakit radang pelvik

Terakhir, tanda-tanda kondisi ini pada wanita adalah akan datang rasa sakit di bahagian bawah perut atau pinggang angkara penyakit radang pelvik yang bakal menyebabkan ketidakselesaan melampau.

Berita buruk buat anda, penyakit yang akan mengakibatkan organ pembiakan wanita membengkak ini juga memberi kesan kepada rahim, ovari, tiub falopio dan faraj lantas menjejaskan tahap kesuburan.

Konklusinya, penyebab HIV pada wanita dan tandanya itu sama dengan yang dialami oleh lelaki. Namun, masih ada perbezaan juga!

Jadi, 3 tanda ini harus diperhatikan oleh wanita yang khuatir dirinya menghidapi HIV. Untuk lebih pasti, dapatkan maklumat, nasihat dan pemeriksaan daripada doktor dengan kadar yang segera!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. HIV and AIDS – Basic facts, https://www.unaids.org/en/frequently-asked-questions-about-hiv-and-aids, Accessed Sep 8 2023.
  2. What is HIV & AIDS?, https://www.plannedparenthood.org/learn/stds-hiv-safer-sex/hiv-aids, Accessed Sep 8 2023.
  3. HIV Signs and Symptoms, https://www.ucsfhealth.org/conditions/hiv/symptoms, Accessed Sep 8 2023.
  4. Women and HIV, https://www.thewellproject.org/hiv-information/women-and-hiv, Accessed Sep 8 2023.
  5. Facts About HIV/AIDS, http://www.idph.state.il.us/about/womenshealth/factsheets/aid.htm, Accessed Sep 8 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Pasangan Suka 'Main Belakang'? AWAS Ia Boleh Menyebabkan Banyak Risiko Buruk!

'Main' Guna Lidah & Mulut? Hati-Hati Ada Bahaya Seks Oral Yang Anda Tidak Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 7 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan