backup og meta

Bayi Kerap Meragam Tengah Malam Buat Ibu Bapa Stres? Ini Dia Penyebabnya!

Adakah mama dan papa sering berdepan dengan masalah bayi susah tidur malam? Tentu sahaja keadaan ini memberikan tekanan kepada anda sekeluarga kerana anda juga terpaksa penat berjaga hingga lewat malam. Usah bimbang! Teruskan membaca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui cara tidurkan bayi dengan mudah terutamanya buat mama dan papa yang baru!

Bayi Kerap Meragam Tengah Malam Buat Ibu Bapa Stres? Ini Dia Penyebabnya!

Namun perlu diingatkan, artikel ini hanya kongsikan beberapa tip untuk menidurkan bayi pada waktu malam tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan. Jika bayi anda kerap terbangun pada waktu malam, anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi lanjut mengenai Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Kenapa bayi susah tidur malam dan menangis?

Sememangnya menjadi ibu bapa itu amat sinonim dengan masalah bayi susah tidur malam. Namun hakikatnya, anda perlu tahu bahawa bayi yang baru lahir sebenarnya sedang menyesuaikan diri dengan pola tidur.

Keadaan ini adalah normal pada bayi, setidaknya dalam tempoh enam minggu selepas kelahiran. Kebiasaannya, bayi yang tidak cukup tidur akan kerap menangis, merengek, dan juga meragam.

bayi susah tidur malam

Kesannya, ibu bapa akan mengamalkan rutin ‘tidur-tidur ayam’ pada setiap hari iaitu hanya tidur sekitar empat jam sehari. Rutin ini juga boleh memberi kesan kepada tekanan mental dan fizikal anda.

Biarpun masalah ini dianggap normal, ibu bapa perlu mengenalpasti punca kenapa bayi anda susah tidur malam bagi mengatasi masalah ini dengan segera. Berikut merupakan punca bayi susah tidur malam:

  • Bayi belum mengenal siang dan malam – bayi mengalami fenomena day/night reversal (mereka tidur pada siang dan terjaga sepanjang malam)
  • Bayi mengalami ketidakselesaan – suhu bilik yang panas atau sejuk, lampu yang terlalu terang atau gelap, serta keadaan lampin yang basah.
  • Bayi berasa laparbayi tidak cukup menyusu
  • Bayi sensitif terhadap bunyi – bayi mudah sensitif dengan bunyi bising kerana sistem pendengaran mereka masih dalam perkembangan.

Bayi susah tidur malam, jadi berapa waktu tidur sesuai untuk si manja?

Setiap bayi sebenarnya mempunyai keunikan gaya tidur yang tersendiri. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), waktu tidur bayi yang baru lahir sebenarnya 16 hingga 20 jam sehari dan bayi akan terjaga apabila tiba waktu makan.

Kebiasaannya, bayi akan tidur empat hingga lima jam bergantung kepada daya ketahanan lapar mereka. Untuk makluman anda, bayi yang baru lahir juga tidak mempunyai waktu tidur yang tetap. Ini kerana bayi hanya akan mengenali waktu malam ketika berusia tiga bulan.

Sekiranya bayi anda kerap menangis dan meragam, anda perlu memberi perhatian dengan segera kerana berkemungkinan bayi anda lapar, kesejukkan atau kepanasan, tidak selesa dan tidak sihat.

Cara tidurkan bayi yang susah tidur

Menidurkan bayi pada waktu malam bukanlah sesuatu tugasan yang mudah untuk dilakukan oleh ibu bapa kerana ia memerlukan pemerhatian yang teliti dan usaha yang berpanjangan. Sabar mama dan papa! Berikut kami kongsikan khas buat anda beberapa cara untuk menangani masalah bayi sukar tidur malam:

#1. Bantu bayi susah tidur malam untuk bezakan waktu siang dan malam

petua bayi senang tidur malam

Hakikatnya, bayi sebenarnya tidak dapat membezakan waktu siang dan malam untuk tidur. Anda boleh mengajar si kecil mengenalpasti waktu siang dengan membuka tirai bilik tidur untuk pencahayaan dan mengajak bermain.

Manakala pada waktu malam pula, anda perlu mengelakkan daripada lampu menyala terlalu cerah, perlahankan suara anda dan juga bunyi dari televisyen.

#2. Tetapkan posisi tidur bayi

Pastikan bayi anda tidak tidur dalam keadaan meniarap atau mengiring kerana posisi tersebut boleh menyebabkan kejadian sindrom kematian bayi secara tiba-tiba (SIDS). Anda perlu pastikan si manja tidur dalam keadaan terlentang di atas tilam yang padat di katil bayi.

#3. Redupkan lampu bilik tidur

Bayi juga sama seperti orang dewasa kerana mereka juga tidak dapat tidur dalam keadaan bilik tidur yang sangat terang. Justeru itu, anda perlu redupkan lampu bilik tidur anda agar si comel dapat tidur dengan cepat dan lena.

Cahaya lampu yang malap sebenarnya dapat mengendurkan mata bayi dan boleh menjadi penanda waktu tidur kepada bayi.

Petua anak susah tidur malam

rutin untuk bayi tidur malam

Membuat rutin tidur pada setiap malam sebenarnya dapat membantu si kecil anda untuk berasa mengantuk dengan segera dan kurang kerap bangun pada tengah malam. Antara rutin yang anda boleh lakukan adalah seperti berikut:

Kesimpulan

Semoga artikel ini dapat memberi pencerahan kepada anda untuk mengatasi masalah bayi susah tidur malam. Namun anda diingatkan juga untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya bayi anda kerap meragam dan sukar tidur malam kerana bayi anda berkemungkinan tidak sihat.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baby Sleep Patterns By Age. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/sleep-patterns-for-babies. Accessed on October 19, 2023.

Gaya Tidur Bayi. http://www.myhealth.gov.my/gaya-tidur-bayi/. Accessed on October 19, 2023.

Sleep And Your 1-To 3-Month-Old. https://kidshealth.org/en/parents/sleep13m.html. Accessed on October 19, 2023.

Helping Baby Sleep Through The Night. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/baby-sleep/art-20045014. Accessed on October 19, 2023.

Should Your Baby Have A Bedtime Routine? https://health.clevelandclinic.org/bedtime-routine-for-babies/. Accessed on October 19, 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ibu, Jangan Biarkan Bayi Tidur Lama Untuk Elak 5 Keadaan Ini!

Ibu Baru Bersalin? Ini Cara Membersihkan Kemaluan Bayi Perempuan


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan