Haid Tidak Teratur Mungkin Ada Kaitan Dengan Sakit Jantung & Diabetes - Kajian
Mungkin bagi sebahagian wanita, haid yang tidak teratur merupakan perkara biasa. Sebenarnya, ada kesan period tak teratur terhadap wanita. Antaranya adalah peningkatan serangan jantung dan diabetes jenis 2 pada masa hadapan!
Kajian yang dijalankan di Australia ini melaporkan peningkatan risiko sakit jantung sebanyak 20% dalam kalangan wanita dengan haid yang tidak teratur. Manakala, risiko kencing manis pula meningkat sebanyak 17%!
Dapatan kajian yang dimuatkan dalam jurnal Clinical Endocrinology ini membuktikan bahawa adanya kaitan antara haid yang tidak teratur dan penyakit kronik dalam kalangan wanita.
Malah, melalui kajian ini, wanita digalakkan melakukan ujian saringan diabetes dan penyakit jantung sekiranya mereka kerap mengalami masalah haid, terutamanya jika wanita tersebut menghidap penyakit seperti PCOS atau menopaus awal.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Adakah sakit jantung dan diabetes kesan period tak teratur?

Menurut penulis, kajian ini bukanlah dilakukan untuk mencari kaitan antara haid yang tidak teratur dan peningkatan risiko penyakit kronik.
Walau bagaimanapun, pakar percaya bahawa adanya masalah kesihatan yang ‘tersembunyi’ pada wanita yang sering tidak datang haid tanpa sebab.
Masalah kesihatan inilah sebenarnya yang meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan kencing manis.
Kebanyakan masalah kesihatan yang menyebabkan haid tidak stabil ialah PCOS. Penyakit ini mempengaruhi 1 daripada 10 orang wanita dalam usia reproduktif.
PCOS akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang bakal membangkitkan pelbagai isu pada ovari.
Wanita normal akan menghasilkan ovum setiap bulan ketika ovulasi. Walau bagaimanapun, wanita yang menghidap PCOS mungkin mempunyai ovum yang tidak berkembang secara normal atau tidak dilepaskan pada masanya.
PCOS juga berkait rapat dengan masalah kesihatan lain seperti diabetes, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol, apnea tidur serta depresi dan kegelisahan.
Mengapa period saya tidak teratur?

Selain PCOS, ada beberapa penyakit lain yang boleh menyebabkan haid tidak teratur.
Kadangkala, kesan period tak teratur boleh mendatangkan tekanan pada fizikal dan emosi wanita.
Sebagai wanita yang kerap tidak datang haid, anda perlu mendapatkan pemeriksaan pakar secepat mungkin.
Ada banyak masalah kesihatan atau penyakit yang boleh mengakibatkan masalah pada kitaran haid kaum Hawa.
Antara penyakitnya ialah:
- Diabetes yang tidak terkawal. Jika anda mempunyai kencing manis, anda mungkin akan alami haid yang tidak teratur. Malah, interaksi antara kadar gula dalam darah dan hormon juga boleh menganggu kitaran haid anda.
- Masalah pemakanan. Wanita yang mempunyai masalah pemakanan seperti anoreksia atau bulimia lebih berisiko untuk alami masalah haid.
- Pengambilan ubat-ubatan tertentu. Beberapa jenis ubat seperti ubat anti epilepsi dan ubat depresi boleh mendatangkan masalah haid.
- Kegagalan ovari pramatang (POF). Wanita yang menghidap POF mempunyai ovari yang berhenti berfungsi sebelum usia menginjak 40 tahun. Walau bagaimanapun, ada sesetengah wanita yang menghidap kondisi ini masih datang haid sekali-sekala.
- Stres.Tekanan perasaan merupakan salah satu penyebab masalah haid. Malah, antara salah satu kesan period tak teratur ialah stres! Jika wanita terlalu tertekan, besar kemungkinan haid akan datang lambat atau melangkau!
- Usia. Remaja yang baru datang haid selalunya akan mengalami masalah haid yang tidak teratur. Sama jugalah dengan wanita yang menghampiri menopaus.
Elakkan serangan jantung dan diabetes

Ada banyak kesan period tak teratur terhadap badan. Walau bagaimanapun, masalah kesihatan disebaliknya yang perlu wanita risaukan.
Jika anda mempunyai masalah haid yang tidak teratur, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkannya.
- Bersenam untuk pastikan berat badan dalam lingkungan yang sihat. Pastikan BMI anda normal dan sesuai dengan usia dan ketinggian.
- Amalkan diet yang seimbang. Kurangkan gula dan makanan yang diproses.
- Ada wanita yang dapat kurangkan masalah haid tidak teratur dengan melakukan diet bebas gluten atau tenusu.
- Bersenam sekurang-kurangnya 4-5 kali seminggu. Senaman berintensiti sederhana adalah yang paling sesuai.
- Kurangkan tekanan dalam kehidupan seharian. Lakukan yoga atau meditasi untuk atasi stres. Luangkan juga masa bersama insan tersayang dan ambil bahagian dalam hobi yang digemari.
- Dapatkan tidur yang mencukupi.
Masalah mood, tekanan perasaan dan depresi juga mungkin berlaku sebagai kesan period tak teratur.
Oleh sebab itu, amalkan gaya hidup yang sihat dan berjumpalah doktor jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan.
Saranan pakar elak period tak teratur
Wanita yang menghidap PCOS mungkin tidak dapat mengelakkan masalah haid yang tidak teratur. Walau bagaimanapun, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk elakkan kesan period tak teratur serta pastikan kesihatan sentiasa terjaga:
- Pastikan anda sentiasa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Amalkan gaya hidup sihat supaya risiko serangan jantung dan diabetes dapat dikurangkan.
- Dapatkan pemeriksaan berkala supaya sebarang masalah kesihatan dapat dikesan awal.