backup og meta

Usah Abaikan Simptom Haid Yang Teruk, Itu Mungkin Petanda Fibroid Rahim!

Usah Abaikan Simptom Haid Yang Teruk, Itu Mungkin Petanda Fibroid Rahim!

Fibroid adalah ketumbuhan bersifat jinak (bukan kanser) yang terbentuk dari tisu otot rahim. Sudah ramai wanita terjejas dengan fibroid rahim. Masalahnya, walaupun kondisi ini mempunyai gejala yang jelas, namun kebanyakan wanita tidak alami sakit fibroid.

Manakala, mereka yang mengalami kesakitan pula tidak pasti sama ada rasa sakit yang dirasai berkaitan dengan fibroid atau tidak.

Sesetengah petanda pula mungkin boleh dikelirukan dengan penyakit lain.

Hal ini menyebabkan ramai wanita tertanya-tanya persoalan seperti, “Bagaimana rasanya sakit fibroid?”

Jika soalan ini turut terlintas di fikiran anda, ketahui jawapannya dengan mengikuti kupasan ini hingga ke penghujung, okey?

Untuk mengetahui lebih banyak info tentang Fibroid Rahim, sila dapatkannya di sini.

Sakit fibroid, bagaimana cara mahu kenal pasti?

Berikut adalah antara simptom fibroid rahim yang sering menjadi rujukan:

  1. Kerap atau sukar kencing.
  2. Penambahan berat badan.
  3. Sakit belakang atau kaki.
  4. Pendarahan haid yang berat atau tidak konsisten.
  5. Alami kesakitan atau tekanan di kawasan pelvis.
  6. Rasa sakit semasa atau selepas melakukan hubungan seksual.
  7. Kembung atau bengkak di bahagian bawah perut.
  8. Haid yang berlangsung melebihi tempoh seminggu.
  9. Sembelit, cirit-birit, dan ketidakselesaan rektum.

Jadi, apa rasa sakit fibroid?

Sebilangan wanita menyamakan sakit fibroid seperti pecah apendiks atau rasa senggugut menyakitkan yang tidak berkesudahan.

Ketidakselesaan ini juga boleh menyukarkan tidur. Kesakitan yang dialami boleh menyebabkan anda bangun secara mengejut pada waktu malam.

Tambahan itu, rasa sakit fibroid boleh bertambah teruk sekiranya anda memiliki ketumbuhan fibroid yang banyak.

Pesakit mungkin memiliki beberapa fibroid pada bahagian rahim yang berlainan, yang kesemuanya tumbuh dengan kadar yang berbeza dan menyebabkan masalah berlainan.

Selain itu, ia juga berupaya menjejaskan peluang untuk hamil.

sakit fibroid

Sekiranya salah satu atau kesemua fibroid menjadi terlalu besar, simptomnya yang menyakitkan boleh mengekang anda daripada menyelesaikan aktiviti harian.

Di samping itu, fibroid sangat kerap berlaku dan jika anda mempunyai beberapa gejala seperti yang disebutkan di atas, kemungkinan untuk kalian menghidapnya adalah tinggi!

Pun begitu, kebanyakan wanita yang mengalami gejala kurang jelas seperti kekejangan, keletihan, mual, pening, dan demam sering kali memandangnya sebagai sakit biasa.

Kebenarannya hanya terbongkar apabila mereka menjalani pemeriksaan bersama pakar sakit puan.

Malangnya, sakit fibroid berisiko untuk bertambah teruk dan sesetengahnya boleh memicu masalah yang lebih rumit jika tidak dirawat segera!

Mengapa fibroid sangat menyakitkan?

Pertumbuhan fibroid dikaitkan dengan hormon, pil pencegah kehamilan, pengamalan makanan seperti daging diproses, bergaram tinggi, dan produk tenusu tinggi lemak.

Menurut Office on Women’s Health, estrogen dan progesteron merangsang pembentukan lapisan rahim pada setiap kitaran haid sebagai persediaan untuk kehamilan. Ia juga menyebabkan fibroid membengkak.

Bagi menjawab soalan mengapa fibroid sangat menyakitkan, terdapat pelbagai sebab, antaranya:

  1. Fibroid kehabisan bekalan darah: Fibroid mempunyai bekalan darah yang terhad dan habis ketika ia menumbuh. Apabila fibroid merosot, banyak gejala yang menyakitkan bakal muncul.
  2. Lokasi: Mana-mana fibroid yang terletak di dalam dinding rahim (intramural fibroids) atau tepat di bawah lapisan rahim (submucosal fibroids) berupaya ‘memaksa’ perubahan abnormal pada bentuk rahim, lantas memicu rasa sakit, tekanan, pendarahan berat, dan komplikasi lain. Fibroid yang tumbuh di luar rahim (subserosal fibroids) secara umumnya menekan pundi kencing, rektum, dan organ lain. Fibroid yang terletak di saraf sciatic juga boleh menyebabkan sakit belakang.
  3. Berat: Bukan semua fibroid mencetuskan rasa sakit. Kebiasaannya, berat ketika ia membesar yang menyebabkan tekanan pada organ dalaman. Apabila ini berlaku, berat fibroid bakal menyebabkan kesakitan.
  4. Pintalan dan jangkitan: Sesetengah fibroid digantung oleh ‘benang nipis’ atau tangkai di dalam atau di luar rahim. Ini digelar pedunculate fibroids dan ia amat cenderung untuk berpintal. Apabila ia memintal, bekalan darah akan terputus lantas memicu sakit fibroid.

Bagaimana fibroid didiagnosis?

Doktor atau pakar sakit puan anda boleh mengesan perubahan abnormal dalam bentuk rahim semasa pemeriksaan pelvis rutin.

Sekiranya anda tiada mengalami sebarang simptom, ada beberapa ujian yang boleh mereka jalankan untuk memastikan sama ada anda memiliki fibroid atau tidak.

Selain ujian fizikal, mereka boleh melakukan ultrabunyi pelvis untuk mengambil imej rahim anda. Ia bantu menunjukkan ukuran setiap fibroid, jika ada.

Di samping itu, teknik pengimejan lain yang boleh dicuba adalah MRI.

Ia dapat mengesan fibroid yang tidak dapat dilihat ketika ultrabunyi serta memberikan ukuran dan kedudukan fibroid secara terperinci.

Menghilangkan rasa sakit fibroid secara kekal!

sakit fibroid

Berita baik untuk penghidap fibroid, terdapat pelbagai jenis pilihan rawatan yang boleh dibuat.

Usaha mengubati fibroid rahim tidak semestinya perlu berakhir dengan histerektomi atau myomektomi.

Kedua-dua prosedur tersebut adalah pembedahan invasif yang memerlukan pembuangan rahim sepenuhnya/sebahagian atau mengeluarkan fibroid tanpa menyingkirkan rahim.

Sekiranya pembedahan tidak sesuai untuk anda dan ingin mengekalkan rahim, rawatan uterine fibroid embolization (UFE) boleh menjadi pilihan!

UFE adalah prosedur kurang invasif yang berfungsi dengan memotong aliran darah ke semua fibroid, untuk membuatnya mengecut.

UFE juga berisiko rendah dan prosedur bersifat kurang invasif yang boleh menjadi alternatif kepada pembedahan!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Symptoms Fibroids. https://www.ucsfhealth.org/conditions/fibroids/symptoms#:~:text=Accessed 13 June 2022.
  2. Uterine fibroids. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9130-uterine-fibroids. Accessed 13 June 2022.
  3. Symptoms fibroids. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/uterine-fibroids/symptoms-causes/syc-20354288. Accessed 13 June 2022.
  4. Uterine fibroids. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/uterine-fibroids. Accessed 13 June 2022.
  5. Uterine Fibroids. https://www.acog.org/womens-health/faqs/uterine-fibroids/Accessed 13 June 2022.

Versi Terbaru

05/01/2023

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Pelik Bila Ada Wanita Yang Selalu Cirit-Birit Waktu Haid? Ini Namanya 'Period Poop!'

Apa Sebenarnya Punca Senggugut? Bagaimana Cara Ubatinya? Ikuti Penjelasan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan