backup og meta

Nak Gigi Sentiasa Putih Berseri-Seri, Cuba 10 Cara Ini, Pasti Senyuman Makin Menawan!

Nak Gigi Sentiasa Putih Berseri-Seri, Cuba 10 Cara Ini, Pasti Senyuman Makin Menawan!

Dalam masyarakat moden di mana penampilan adalah aspek penting, ramai orang inginkan gigi lebih putih dan kuat. Tetapi bagaimana jika gigi anda tidak memenuhi jangkaan anda? Jangan risau, kerana artikel berikut akan membimbing anda mengenai cara untuk memutihkan gigi anda dengan cara yang paling murah tetapi berkesan.

Anda boleh dapat gigi putih dengan 10 cara ini 

#1. Berus gigi selepas minum atau makan

Selepas menikmati makanan yang lazat atau minuman perisa kegemaran anda, adalah lebih baik untuk menunggu selama 30 minit, kemudian berus gigi anda. Malas memberus selepas makan adalah salah satu daripada punca utama yang menyebabkan perubahan warna gigi.

#2. Elakkan merokok

Merokok meninggalkan kesan negatif ke atas seluruh tubuh anda, termasuk paru-paru, kulit, dan paling teruk, gigi anda.

#3. Elakkan minum kopi dan teh

kopi

Teh dan kopi adalah minuman kegemaran ramai orang, tetapi ia boleh meninggalkan kesan buruk pada gigi anda. Oleh itu, jika anda mahu gigi anda menjadi putih bersinar, elakkan meminum kopi dan teh.

#4. Gunakan minyak kelapa

Disebabkan minyak kelapa mengandungi ciri-ciri antimikrob, ia berfungsi dengan baik dalam melindungi gusi dan gigi anda. Letakkan sesudu minyak kelapa ke dalam mulut anda, kemudian kumur selama 5 hingga 10 minit. Sebagai alternatif, letakkan hanya beberapa titik pada berus gigi anda kemudian teruskan memberus seperti biasa.

#5. Gunakan cuka epal cider

Cuka epal cider, kerana mengandungi keasidan, berkesan dengan baik dalam mengeluarkan kotoran yang disebabkan oleh kopi dan nikotin.

#6. Gunakan kulit oren atau lemon

Sama seperti cuka epal cider, kulit oren atau lemon mengandungi keasidan, yang boleh membersihkan gigi anda, membuatkannya lebih cerah. Gunakannya hanya sekali atau dua kali seminggu untuk memastikan tidak memudarakan gigi dan gusi anda.

#7. Makan buah

Buah beri mempunyai banyak antioksidan, bermakna ia adalah baik untuk kesihatan, terutama gusi anda. Jangan terlalu memberi perhatian kepada gigi sahaja, tetapi mengabaikan gusi anda. Anda perlukan gusi yang sihat untuk menyokong gigi.

#8. Penggunaan produk arang aktif

Produk arang aktif, seperti dalam ubat gigi, adalah terbukti mempunyai kesan terbaik dalam menghapuskan kotoran pada permukaan gigi.

#9. Gunakan serbuk penaik (baking soda)

Letakkan sedikit serbuk penaik pada berus gigi anda, dan kemudian berus gigi perlahan-lahan. Anda mungkin terkejut melihat betapa berkesan kaedah mudah ini!

#10. Beri perhatian kepada diet anda

Anda tidak boleh mengharapkan gusi dan gigi anda untuk menjadi sihat dan cantik jika anda tidak memberi perhatian kepada apa yang anda makan. Ambil makanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D untuk mendapatkan gigi yang kuat.

Semua rawatan ini bertindak dengan baik untuk mencerahkan  gigi anda dengan kos yang sedikit. Sebaliknya, jika cara di atas masih tidak memuaskan hati anda, atau anda menghadapi masalah dengan kesihatan gigi anda, jangan teragak-agak untuk melawat doktor gigi untuk nasihat selanjutnya.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

6 Ways to Naturally Whiten Your Teeth. https://draxe.com/6-ways-to-naturally-whiten-your-teeth/ Accessed March 22, 2017

10 Secrets To Brighter, Whiter Teeth. http://www.foundandfeatured.com/10-secrets-to-whiter-teeth/ Accessed March 22, 2017

Slideshow: 10 Secrets to Brighter, Whiter Teeth. http://www.webmd.com/oral-health/ss/slideshow-10-secrets-to-whiter-teeth Accessed March 22, 2017

Versi Terbaru

09/12/2020

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Gigi Selalu Ngilu? Buat Perkara Ini Untuk Kurangkannya, Confirm Berkesan!

Sudah Gosok Gigi, Tapi Masih Ada Masalah Bau Mulut? Ini Mungkin Petanda Diabetes


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 09/12/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan