Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Ulser & Sakit Berdenyut Lepas Pakai Braces? Jangan Panik, Ini Cara Atasinya!
Ramai yang terkejut apabila memakai braces buat kali pertama kerana rasa sakit gigi, ulser dan ketidakselesaan tiba-tiba muncul. Sebenarnya, pakai braces bermaksud gigi sedang bergerak perlahan-lahan untuk membetulkan posisi dan proses ini boleh menyebabkan tekanan pada gigi serta geseran pada bahagian pipi dan bibir. Inilah yang membuatkan sesetengah orang rasa tak selesa pada minggu pertama. Untuk memahami apa yang berlaku seterusnya, mari kita lihat perubahan biasa apabila rawatan ortodontik bermula.
Dengan memahami perubahan ini, lebih mudah untuk anda bersedia dan tahu apa yang normal serta apa yang perlu dipantau.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klikdi sini.
Berapa lama pakai braces?
Pemasangan braces memerlukan kepakaran doktor gigi yang bertauliah.
Tempoh berapa lama pakai braces berbeza ikut keadaan gigi setiap individu. Namun secara umumnya:
Purata rawatan: 18 bulan hingga 3 tahun
Kes ringan (contoh gigi sedikit senget): 6-12 bulan
Kes kompleks (gigi rapat, gigi jongang teruk, rahang tak selari): 2-3 tahun
Faktor yang mempengaruhi tempoh rawatan termasuk usia, tahap kesesakan gigi, tabiat memakai elastik (rubber band), dan sama ada pesakit ikut arahan doktor atau tidak.
Gigi jongang pakai braces
Ramai yang memilih rawatan kerana gigi jongang. Gigi jongang pakai braces boleh dirawat secara berkesan kerana:
Braces akan menggerakkan gigi ke dalam mengikut lengkungan rahang
Jika ruang tak cukup, doktor mungkin perlu cabut gigi untuk membuka ruang
Kadang-kadang elastik digunakan untuk tarik gigi atas supaya selari dengan gigi bawah
Rawatan gigi jongang biasanya mengambil sedikit masa kerana melibatkan perubahan kedudukan yang lebih besar berbanding gigi senget biasa.
Gigi bergoyang pakai braces
Jangan panik kerana gigi bergoyang pakai braces adalah NORMAL.
Ini kerana:
Tekanan dari braces menyebabkan tulang di sekitar gigi menjadi “lembut” seketika untuk memberi ruang gigi bergerak
Gigi mungkin rasa longgar atau bergoyang ringan, tetapi ia akan stabil semula selepas kedudukan baharu terbentuk
Letak pek ais di luar pipi jika gigi rasa berdenyut
#7. Jangan skip follow-up
Doktor akan membetulkan wire penyebab ulser
Penting untuk pastikan braces bekerja dengan betul
Jenis-jenis gigi yang tidak sesuai memakai braces.
Kesimpulan
Sakit gigi dan ulser selepas pemasangan braces adalah fasa sementara sebelum anda dapat senyuman yang lebih cantik dan tersusun.
Dengan penjagaan yang betul, rasa tak selesa dapat dikurangkan dan proses rawatan akan lebih lancar.
Kalau sakit berpanjangan atau ulser tak baik-baik, jangan tunggu dan terus berjumpa doktor gigi supaya rawatan boleh disesuaikan mengikut keadaan anda.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Dental Hygiene with Braces. https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/health-wellness-and-safety-resources/helping-hands/dental-hygiene-with-braces. Diakses November 25, 2025.
Caring for braces. https://orthodonticsaustralia.org.au/caring-for-braces/. Diakses November 25, 2025.
Living With Braces: The Brace-Faced Adventure. https://aaoinfo.org/whats-trending/life-during-treatment/. Diakses November 25, 2025.
Living with my brace. https://www.dentalhealth.org/living-with-my-brace. Diakses November 25, 2025.
How to Care for Your Teeth While Wearing Braces. https://hendersonortho.net/care-teeth-wearing-braces/. Diakses November 25, 2025.
Versi Terbaru
27/11/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor