backup og meta

Kalau Gigi Dah Sakit Sangat Kena Cabut Ke? Ini Petua Sebelum & Selepas Cabutan!

Jika kita lihat di internet, ada macam-macam petua sakit gigi yang anda boleh cuba amalkan untuk kurangkan atau hilangkan ia. Namun, mungkin bukan semua itu akan berjaya dan berkesan.

Kalau Gigi Dah Sakit Sangat Kena Cabut Ke? Ini Petua Sebelum & Selepas Cabutan!

Ada juga orang kata jika sakit gigi anda sudah terlalu teruk, maka ia perlu dicabut. Adakah ia benar atau karut?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.

Pelbagai jenis punca kesakitan pada gigi!

Setiap orang tentu sahaja pernah merasai kesakitan pada gigi. Kadangkala, kita yang mengalami keadaan ini mungkin tidak tahu apa punca sebenar di sebalik ketidakselesaan itu berlaku.

Sebenarnya, wujud pelbagai jenis punca masalah sakit gigi ini berlaku. Antara sebab yang paling lazim adalah:

  • Abses gigi
  • Karang gigi
  • Gigi sensitif
  • Gigi reput
  • Gigi berlubang
  • Masalah pada gusi
  • Sakit sendi rahang

Kebiasaannya, anda yang bermasalah gigi ini harus mendapatkan rawatan dan ubatan daripada pakar ortodontik bagi menyembuhkan atau menguatkan semula tulang gigi agar ia kembali pulih.

petua sakit gigi

Di samping itu, anda turut boleh cuba amalkan beberapa petua hilangkan sakit gigi berdenyut seperti di internet sesuai dengan maklumat dan nasihat daripada doktor gigi yang anda jumpa.

Jika tidak boleh dirawat, harus dicabut?

Dalam beberapa kes, ada kemungkinan untuk gigi anda itu perlu dicabut untuk mengelakkan kesakitan yang teruk!

Contoh paling mudah adalah situasi gigi susu kanak-kanak dan gigi geraham remaja atau belia. Ketika ia sudah longgar dan sakit, gigi mesti dicabut supaya dapat diganti pula dengan gigi kekal.

Begitu juga dengan individu dewasa yang ada masalah kerosakan gigi di tahap kronik. Gigi yang sudah rosak serta tidak boleh ditampal, dirawat atau diselamatkan, harus dibuang daripada gusi.

Jadi, mungkin benar petua sakit gigi yang paling akhir itu adalah dengan cara mencabutnya jika sudah terlalu lama dan teruk. Persoalannya, apa yang anda harus tahu sebelum dan selepas prosedur ini?

Sebelum cabut gigi, apa anda kena buat?

Sebaiknya, kalian yang sudah bertekad untuk mencabut gigi wajar bersedia beberapa hari sebelum itu lagi. Dapatkan informasi daripada kenalan tentang klinik gigi mana yang patut dikunjungi.

petua sakit gigi

Pada hari kejadian pula, anda mungkin dinasihatkan untuk membersihkan gigi semampu mungkin sahaja. Tidak perlu sehingga menggosok atau memberus gigi yang sedang sakit dengan lebih kuat lagi.

Antara petua sakit gigi lain adalah sila makan dan minum beberapa jam sebelum prosedur cabut gigi itu berjalan. Ini penting kerana mulut anda akan sedikit kebas dan sakit selepas gigi dicabut.

Dalam pada itu, pertimbangkan juga faktor kos, masa dan jangka waktu untuk gigi sembuh semula seperti sedia kala!

Selepas cabut pula, apa anda perlu buat?

Sebelum anda cabut gigi kekal yang telah rosak, ketahuilah bahawa ia tidak mungkin akan tumbuh semula dan nilai kosmetik senyuman kalian mungkin akan menurun dengan mendadak.

Namun, ia sudah tentu berbaloi daripada terpaksa menanggung kesakitan yang terlalu teruk sekian lama bukan? Ia adalah langkah paling tepat untuk diambil tergantung konsultasi doktor.

Sekiranya anda sudah membuat keputusan untuk mencabut gigi, berikut beberapa tip penting selepas prosedur itu:

  • Elakkan makanan atau minuman yang pejal dan keras
  • Gunakan cecair kumur dan air bersih untuk cuci mulut
  • Gantikan kapas pada lubang bekas cabut gigi dengan kerap
  • Kurangkan bercakap dan membuka mulut anda
  • Tuamkan benda sejuk seperti ais apabila kesan bius sudah habis
  • Berhenti tabiat buruk seperti merokok!

petua sakit gigi

Bagaimana dengan nilai kosmetik senyuman?

Sekiranya anda masih seorang kanak-kanak, tidak perlu bimbang kerana gigi susu yang dibuang itu sudah tentu akan diganti dengan gigi kekal. Ini merupakan satu proses alami yang normal.

Seandainya ia gigi kekal pula, anda masih perlu kekal tenang. Ada banyak cara yang anda boleh cuba untuk ‘menutup’ ketiadaan gigi ini dengan pelbagai prosedur atau alat kosmetik ortodontik.

Contohnya, anda boleh menanam gigi artifisial secara kekal ke dalam gusi. Tetapi, ia mungkin memakan banyak kos.

Sebagai cara yang lebih mudah pula, anda boleh menggunakan gigi palsu yang boleh dipakai dan ditanggal mengikut situasi. Ia sudah tentu lebih menjimatkan dan langsung tidak menyakitkan.

Konklusinya, mungkin benar jika petua sakit gigi yang paling akhir itu adalah dengan cara mencabutnya. Namun, sila dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor gigi anda terlebih dahulu ya?

Kalkulator BMI

health-tool-icon

tahun

Anda berminat dengan rawatan/sokongan turun berat badan?

Adakah anda terbuka kepada rawatan perubatan untuk membantu turunkan berat badan?

Teruskan bersama kami dan turunkan berat badan: Dapatkan kemas kini pakar tentang rawatan & sokongan penurunan berat badan terus ke (peti masuk > inbox) anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Toothache, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10957-toothache, Accessed Aug 14 2023.
  2. What’s Causing Your Toothache?, https://health.clevelandclinic.org/common-tooth-pain-causes/, Accessed Aug 14 2023.
  3. Preparing for Tooth Extraction: What to Expect and How to Get Ready, https://supremedentalcare.org/preparing-for-tooth-extraction/, Accessed Aug 14 2023.
  4. 9 Tips to Make Tooth Extraction Preparation Less Stressful, https://perfectsmilesdental.org/blog/tips-to-prepare-for-tooth-extraction/, Accessed Aug 14 2023.
  5. After a Tooth Extraction: Caring for Your Mouth, https://www.saintlukeskc.org/health-library/after-tooth-extraction-caring-your-mouth, Accessed Aug 14 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Gigi Berdenyut Buat Tidur Malam Anda Terganggu? Usah Gusar, Cubalah 6 Petua Ini!

Tak Tahan Bila Sakit Gigi? Ini 7 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Mudah!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?