Skizofrenia adalah penyakit biasa. Ia bersamaan 1 dalam 100 individu akan mengalami masalah ini. Ia boleh terjadi semasa usia awal remaja. Peringkat awal ini dipanggil ‘fasa prodromal’. Semasa fasa ini; tidur, emosi, motivasi, komunikasi dan keupayaan berfikir mungkin alami perubahan. Masalah penyakit ini akan mengubah cara anda berfikir, rasa dan bertindak. Simptomnya adalah berbeza untuk setiap individu yang menghidapi penyakit ini. simptom yang berlaku juga boleh datang dan pergi. Ia bukan simptom yang akan berlaku sepanjang masa. Terdapat beberapa simptom umum skizofrenia.
Ia terbahagi kepada 3 keadaan:
- Positif (perkara mula berlaku)
- Negatif (perkara berhenti berlaku)
- Kognitif (berkaitan dengan maklumat yang diproses)
Ia biasanya bermula antara usia 16 dan 30 tahun. Individu lelaki lebih kerap mendapatnya berbanding individu wanita.
Simptom positif
- Pesakit biasanya akan mendengar bunyi atau suara di dalam kepala. Ia mungkin memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan, amaran tentang bahaya atau mengatakan sesuatu yang tidak baik kepada mereka. Suara itu juga mungkin bercakap sesama sendiri.
- Individu yang dijangkiti ini mungkin terfikir bahawa seseorang individu mengawal pemikiran mereka melalui televisyen atau terdapat polis yang sedang mencari mereka di luar sana. Malahan, mereka mungkin percaya bahawa mereka adalah seorang individu lain, seperti pelakon terkenal, perdana menteri atau mempunyai kuasa luar biasa.
- Keliru antara pemikiran dan ucapan. Individu yang menghidapi skizofrenia mengalami kesukaran untuk mengendalikan pemikiran mereka. Mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti apa yang dikatakan anda. Sebaliknya mereka mungkin kelihatan seperti terganggu atau mengelamun jauh. Apabila mereka bercakap, kata-kata yang keluar mungkin berterabur dan tidak masuk akal.
Simptom negatif
- Individu dengan skizofrenia mungkin kelihatan seperti mereka mempunyai masalah dengan isu bosan dan letih. Mereka mungkin kurang bercakap atau menunjukkan sebarang emosi. Dan apabila mereka bercakap, suara mereka boleh menjadi mendatar, seperti tidak beremosi.
- Suka menyendiri
- Menghadapi kesukaran untuk melakukan tugasan harian. Berhenti menjaga diri sendiri. Sebagai contoh, mereka mungkin berhenti mandi, menggosok gigi dan sebagainya.
- Tiada susulan. Individu dengan skizofrenia berdepan masalah untuk mengikuti jadual atau perancangan yang ditetapkan. Mereka mungkin tidak dapat memulakan langsung apa yang dirancang.
Simptom kognitif
Kognitif mempunyai kaitan dengan bagaimana otak belajar, menyusun dan menggunakan maklumat. Individu dengan skizofrenia mungkin berdepan kesukaran dengan sistem ingatan. Sebagai contoh, mereka mungkin tidak mampu mengikut perbezaan fakta dalam masa yang sama, seperti nombor telefon berserta arahan.
- Mereka juga mempunyai masalah untuk memberi perhatian, sukar untuk mereka menetapkan pemikiran dan membuat keputusan. Mereka juga menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian. Sebagai contoh, mereka mungkin tidak mengingati apa yang berlaku dalam rancangan televisyen yang ditonton.
- Pergerakan berbeza. Individu yang mempunyai skizofrenia boleh kelihatan seperti terlompat-lompat. Ada masanya mereka akan mengulangi pergerakan yang sama, berulang kali. Tetapi mereka mungkin hanya akan duduk di kerusi tanpa bergerak selama berjam-jam, keadaan ini dipanggil catatonic.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.