backup og meta

Normal Untuk Rasa Gelisah, Tapi Apa Tanda Anda Mungkin Menghidap 'Anxiety Disorder'?

Normal Untuk Rasa Gelisah, Tapi Apa Tanda Anda Mungkin Menghidap 'Anxiety Disorder'?

Rasa gelisah merupaan salah satu perasaan  normal bagi manusia. Namun, adakalanya rasa ini boleh menjadi gangguan kegelisahan. Apakah beza antara rasa gelisah biasa dan juga satu gangguan?

Rasa gelisah adalah salah satu perasaan yang normal

Rasa gelisah boleh diterangkan sebagai rasa tidak senang atau ketakutan yang boleh menyebabkan beberapa reaksi fizikal. Antara reaksi fizikal yang boleh berlaku akibat kegelisahan ialah pening kepala, rasa berdebar, berpeluh-peluh dan juga sesak nafas.

Simptom fizikal kegelisahan ini berasal daripada tindak balas sistem saraf autonomi. Rasa gelisah ini berbeza dengan rasa takut, namun ia berkaitan antara satu sama lain. 

Ini tanda anda alami rasa gelisah yang normal

rasa gelisah

Kehidupan kita banyak memberi pengalaman kepada kita untuk merasai kegelisahan.

Sebagai contoh, kita gelisah sewaktu ingin naik ke pentas menerima anugerah. Kita juga gelisah apabila ingin memasuki dewan peperiksaan bagi menjawab soalan peperiksaan.

Malah, banyak lagi kejadian atau peristiwa penting dalam hidup yang sering menyebabkan kita gelisah. Namun, rasa gelisah yang anda alami in adalah sesuatu yang normal.

Kadangkala, kegelisahan ini juga memberikan manfaat kepada diri. Sebagai contoh, jika anda gelisah untuk menduduki peperiksaan, anda akan berusaha dan bersedia dengan sebaik mungkin sebelum memasuki peperiksaan.

Begitu juga ketika anda menerima jemputan bagi menghadiri temuduga pekerjaan. Anda pasti akan menjadi gelisah sebelum hadir ke temuduga tersebut.

Namun, kegelisahan tersebut kemudiannya mendorong anda untuk terus bersedia sebelum memasuki temuduga.

Kesemua rasa kegelisahan yang anda alami ini adalah sesuatu yang normal. Malah, ia memberikan manfaat kepada anda untuk menjadi lebih bersedia daripada biasa. 

Ini pula tanda anda alami gangguan kegelisahan

Namun, tidak semua rasa gelisah itu benar-benar memberikan manfaat kepada anda. Pada  tahap yang lain, ia boleh menjadi satu gangguan yang kemudiannya menyukarkan kehidupan anda.

Perbezaan antara kegelisahan normal dan gangguan kegelisahan adalah dari aspek punca dan juga kekuatan pengalaman yang dialami itu. Kegelisahan yang normal berlaku sekali sekala. Ia juga boleh dijangka, berdasarkan situasi dan peristiwa tertentu sahaja.

Namun, bagi gangguan kegelisahan, ia lebih kronik dan tidak rasional. Malah, ia boleh memberi kesan negatif kepada fungsi kehidupan anda.

Antara kesan yang mungkin akan anda alami adalah tingkah laku mengelak, keresahan tanpa henti serta masalah berkaitan memori dan penumpuan.

Komponen masalah kegelisahan merangkumi tindak balas fizikal terhadap kegelisahan (seperti berdebar-debar dan sakit perut) serta pemikiran yang menyimpang yang menjadi sumber kebimbangan yang berlebihan.

Selain itu, individu tersebut juga akan mengalami perubahan tingkah laku yang mempengaruhi cara biasa seseorang menjalani kehidupan dan berinteraksi dengan orang lain.

Masalah kegelisahan seperti ini boleh menyebabkan atau menggambarkan gangguan kegelisahan yang dialami. 

Ringkasan perbezaan antara rasa gelisah normal dan gangguan kegelisahan

rasa gelisah

Secara umumnya, berikut adalah ringkasan perbezaan antara kegelisahan normal dan gangguan kegelisahan:

Kegelisahan normal

  • Berlaku hanya disebabkan situasi dan peristiwa tertentu sahaja
  • Akan berlaku selagi mana situasi itu wujud
  • Mempunyai kadar tertentu sahaja
  • Tindak balas realistik kepada masalah atau situasi yang dialami

Gangguan kegelisahan

Berjumpa doktor dengan segera

Sekiranya kegelisahan yang anda alami sudah banyak menjejaskan kualiti kehidupan anda, tiba masanya untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan bantuan.

Ini kerana ia bukan lagi kegelisahan yang normal, tetapi adalah satu gangguan kegelisahan.

Doktor akan melakukan saringan kepada anda untuk memastikan sama ada benar-benar mengalami gangguan ini atau tidak.

Doktor akan membantu anda dengan sebaiknya bagi mengatasi masalah yang sedang anda alami.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Anxiety disorder. https://www.nimh.nih.gov/health/topics/anxiety-disorders/index.shtml. Accessed 8 June 2022.
  2. Anxiety disorder. https://www.heretohelp.bc.ca/q-and-a/whats-the-difference-between-anxiety-and-an-anxiety-disorder. Accessed 8 June 2022.
  3. Anxiety disorder. http://www.ulifeline.org/articles/439-anxiety-vs-anxiety-disorders. Accessed 8 June 2022.
  4. Anxiety disorder. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/anxiety/symptoms-causes/syc-20350961. Accessed 8 June 2022.
  5. Anxiety. https://www.health.harvard.edu/blog/anxiety-what-it-is-what-to-do-2018060113955. Accessed 8 June 2022.

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Mudah Rasa Cemas dan Gelisah? Ini Cara Hilangkannya, Jangan Sampai Jadi Stres

Gelisah & Sedih: Emosi Rasa Terganggu Selepas Seks? Mungkin Ini Puncanya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan