backup og meta

Anda Berjauhan Dari Pasangan Ketika Isu COVID-19 Ini? Jangan Risau, Ini 4 Tip Jayakan PJJ!

Anda Berjauhan Dari Pasangan Ketika Isu COVID-19 Ini? Jangan Risau, Ini 4 Tip Jayakan PJJ!

Tatkala pasangan suami isteri lain keluar berjalan bersama sambil berpimpin tangan, pasti anda akan makan hati bukan? Manakan tidak, anda di Malaysia dan pasangan anda pula berada di luar negara sedang membangunkan empayar perniagaannya. Jangan risau, Hello Doktor ada sediakan beberapa tip untuk menjayakan perhubungan jarak jauh!

Perhubungan jarak jauh, hakikat yang memilukan

perhubungan suami isteri

Adakah anda dan pasangan sekarang sedang dalam perhubungan jarak jauh (PJJ) akibat faktor pekerjaan? Jangan risau, anda tidak keseorangan!

Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh syarikat carian terkemuka dunia Google pada 2017, soalan “bagaimana untuk memastikan perhubungan jarak jauh berjaya?” adalah persoalan berkaitan perhubungan yang paling kerap dicari.

Jadi, ia bermakna bahawa ramai sebenarnya pasangan di dunia ini sedang dalam PJJ. Bukan itu sahaja, mereka juga sebenarnya sedang mencari konklusi kepada permasalahan ini.

Persoalannya, apa yang perlu dilakukan untuk menjayakan perhubungan jarak jauh?  

Kemodenan teknologi mungkin sekadar membantu

Dalam era globalisasi kini, mungkin tiada masalah untuk anda berhubung dengan pasangan yang berada nun jauh di perantauan. 

Sekarang, anda boleh sahaja menggunakan aplikasi canggih seperti Whatsapp, Telegram, Facetime, Skype dan macam-macam lagi medium untuk berhubungan.

Disebabkan itu, tidak perlu lagi anda dan pasangan untuk mengirim emel, menghantar mesej atau mengutus surat cinta seperti zaman dahulu kala. 

Namun, cubalah tanyakan kepada mana-mana pasangan yang sedang dalam PJJ. Adakah teknologi terkini seperti ini boleh memenuhi kehendak dan keperluan mereka dalam perhubungan dengan pasangan yang jauh.

Tidak, ia tidak mampu dan tidak cukup! Ini kerana setiap hubungan percintaan memerlukan komunikasi interaktif secara berdepan. Jadi, perbualan melalui medium sebegini mungkin boleh membantu, namun bukan penyelesaian yang utama.

Jadi, apa yang anda boleh lakukan untuk menjayakan PJJ?

Tip menjayakan perhubungan jarak jauh

perhubungan suami isteri

Menurut Clarissa Silva yang merupakan? Pengkaji Kelakuan Manusia, salah satu kunci utama untuk menjayakan PJJ adalah sentiasa memastikan keintiman antara kalian berdua terpelihara. 

Mungkin penggunaan teknologi boleh membantu? Namun, seperti yang diperkatakan tadi, ia tidak mampu atau tidak cukup buat mereka.

Sebaliknya, mungkin ini yang anda berdua perlu utamakan:

#1. Percaya terhadap pasangan dan perhubungan

Selain komunikasi, kepercayaan adalah perkara terpenting dalam menjayakan sesuatu perhubungan sama ada ia adalah jarak jauh mahupun jarak dekat.

Menurut Vince Brantley yang merupakan Pakar Terapi Perhubungan, kedua-dua pasangan perlu percaya terhadap pasangan masing-masing serta percaya perhubungan itu boleh berjaya.

Sebenarnya, inilah puncanya keretakan hubungan PJJ itu sendiri. Jika anda kerap syak wasangka bahawa pasangan anda sebenarnya curang di belakang anda ketika berada jauh, itu adalah tanda anda berdua tiada kepercayaan bersama. 

Maka, percayalah kepada pasangan anda. Jika benar dia cinta dan sayang akan anda, dia tidak akan tergamak untuk menikam anda dari belakang.

#2. Jangan tangguhkan kehidupan anda semata-mata demi perhubungan

Apa maksudnya? Hakikatnya, ramai suami isteri yang sedang berjauhan ‘menangguhkan’ kehidupan mereka ketika berada jauh dengan pasangan. 

Ini bermakna mereka tidak akan fokus bekerja atau berkhidmat ketika berada di perantauan, sebaliknya hanya menghitung hari untuk kembali kepada pasangan.

Sebenarnya, ini adalah perkara yang perlu dielakkan. Ini kerana perbuatan ini hanya akan menjejaskan prestasi ketika melakukan sesuatu sekali gus mengakibatkan perkara yang lebih teruk seperti kemerosotan atau kehilangan karier.

Kenapa tidak anda menggunakan waktu ketika berjauhan ini sebagai masa anda untuk fokus terhadap apa-apa yang anda lakukan? Dengan ini, sudah pasti masa juga akan berjalan dengan lebih pantas untuk anda pulang ke pangkuan pasangan kelak.

#3. Punya hobi untuk dilakukan secara bersama dengan pasangan

Hanya kerana jasad anda berdua berjauhan, tidak bermakna anda tidak boleh lakukan apa-apa perkara secara bersama ya!

Apa kata anda berdua rancang untuk mempunyai hobi bersama? Sebagai contoh, anda berdua mungkin boleh menonton filem yang sama pada waktu yang sama?

Dengan kecanggihan teknologi kini, ia tidak mustahil. Terdapat banyak perkhidmatan streaming atas talian seperti netflix yang memang mudah untuk digunakan.

Jika sudah terlalu bosan menonton filem, mungkin boleh boleh main permainan interaktif bersama? Seronok juga kalau dapat bermain permainan seperti PUBG, Mobile Legends (ML) atau Call Of Duty (COD) dengan pasangan anda bukan?

#4. Susun jadual anda berdua dengan baik agar perhubungan terjaga

Sebagai contoh, anda berada di Malaysia dan pasangan anda bekerja di Eropah. Sudah pasti kedua-dua zon waktu anda berdua berbeza bukan?

Jadi, anda dan pasangan perlu susun jadual dengan sebaiknya. Utamakan waktu kerja dan waktu tidur serta waktu anda berdua berhubungan secara atas talian.

Carilah waktu di mana kedua-dua anda tidak terbeban dengan tanggungjawab pekerjaan atau keperluan untuk berehat. Tiada guna untuk berkomunikasi jika kedua-dua anda sedang penat. 

Konklusi

Kesimpulannya, memang benar perhubungan jarak jauh itu mencabar. Namun, tiada apa yang mustahil buat anda dan pasangan sekiranya perasaan cinta kalian itu tinggi dan kuat

Lagipun, bukankah ada pepatah yang mengatakan, ‘jauh di mata dekat di hati’? Oleh itu, jadikanlah kata-kata keramat ini sebagai pedoman untuk perhubungan anda berdua!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.psychologytoday.com/us/blog/friendship-20/201806/10-tips-make-long-distance-relationship-work

https://www.bustle.com/p/how-to-make-long-distance-relationships-work-according-to-experts-7541785

https://time.com/5316307/best-long-distance-relationship-tips-experts/

https://www.verywellmind.com/long-distance-relationships-can-they-work-4174038

https://www.rd.com/advice/relationships/do-long-distance-relationships-work/

Versi Terbaru

23/03/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Ayu Idris


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/03/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan