backup og meta

Nak Berjimat Di Musim Pandemik Ini, Ini 7 Cara KURANGKAN Kos Membesarkan Anak- BOLEH CUBA

Nak Berjimat Di Musim Pandemik Ini, Ini 7 Cara KURANGKAN Kos Membesarkan Anak- BOLEH CUBA

Aduh, gusarnya hati. Tahun demi tahun, kos membesarkan anak pastinya akan bertambah seiring dengan perbelanjaan bulanan.

Adakah cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkannya? 

Kos membesarkan anak

Bagi mereka yang bergelar ibu bapa, pastinya perbelanjaan bulanan berkaitan penjagaan anak sesuatu yang boleh menyebabkan tekanan serta kegusaran hati.

Apa tidaknya saban tahun, kos membesarkan anak akan semakin meningkat.

Antara perbelanjaan bulanan berkaitan penjagaan anak seperti belanja sekolah, tambang pengangkutan sekolah, yuran bulan taska dan sebagainya. Ini belum termasuk dengan insurans bulanan.

Tambahan pula di musim COVID-19 ini, hal kewangan perlu diuruskan dengan bijak. Aduh, makin pening kepala parents. 

Jadi adakah cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kos bagi membesarkan anak-anak?

Jangan risau. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Cara kurangkan kos membesarkan anak

Kewangan keluarga adalah 1 perkara yang tidak boleh pandang remeh.

Ini kerana masalah melibatkan kewangan boleh menyebabkan keretakan dalam keluarga. Jadi merancang perbelanjaan bulanan dengan baik adalah sangat penting.

Berikut adalah 7 cara yang boleh dicuba untuk mengurangkan kos dalam membesarkan anak-anak.

Semoga perkongsian artikel ini dapat membantu meringankan bebanan para ibu bapa sekalian. 

kurangkan-kos-membesarkan-anak

  1. Pembelian pakaian terpakai

Jika ingin berjimat, salah 1 caranya adalah dengan membeli pakaian kanak-kanak terpakai.

Namun, isu yang paling dibimbangkan adalah berkaitan kebersihan pakaian terpakai ini.

Jika anda berhasrat menggunakan cara ini, ada pilihan untuk mendapatkannya daripada individu yang anda yakin tahu menjaga aspek kebersihan diri. 

Jika anda masih berasa ragu-ragu tentang pakaian terpakai, mungkin anda boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan dengan tidak membeli pakaian yang mahal buat anak. 

Ini kerana si kecil berusia antara 1 hingga 5 tahun akan mengalami proses tumbesaran yang pantas.

Jadi, membeli pakaian yang mahal atau berjenama boleh dianggap sebagai sesuatu yang membazir.

  1. Hadkan pengambilan snek

Makanan ringan dan kanak-kanak adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan, bukan?

Malahan, sebagai ibu bapa adakalanya terasa sukar untuk menolak pemintaan si kecil yang inginkan snek ringan.

Namun, dalam mengurangkan kos membesarkan anak, anda perlu mengehadkan pengambilan snek harian, lebih-lebih lagi jika ia sesuatu yang tidak menyihatkan.

Sebagai bonus, perubahan ini pastinya dapat membantu mengurangkan pembaziran hidangan makanan harian.

  1. Barang mainan

Pembelian barang mainan adalah antara penyebab kos perbelanjaan bulanan meningkat.

Setiap kali pergi ke pasar raya atau berjalan-jalan, pastinya si kecil akan mendapat habuan, betul atau tidak?

Paling tidak pun, anak-anak akan meminta membelikan surprise egg.

Walaupun harganya mungkin tidak sampai RM10 (bergantung kepada jenisnya), tetapi jika ia dilakukan setiap kali keluar, sudah pasti sedikit sebanyak ia akan meningkatkan perbelanjaan bulanan keluarga anda. 

Jadi belajar untuk mengatakan tidak atas permintaan anak-anak.

Paling tidak cuba kurangkan pembelian mainan, mungkin daripada membeli mainan setiap kali keluar, tukarkan tabiat ini kepada seminggu sekali dan beransur kepada sebulan sekali.

  1. Suri rumah

Sekiranya pendapatan bulanan salah seorang adalah rendah atau dalam erti kata mudah, tidak berbaloi, cadangan terbaik bagi mengurangkan kos adalah dengan menjadi suri rumah tangga. 

Ini kerana adakalanya kos untuk menghantar anak ke pengasuh atau pusat asuhan lebih tinggi daripada jumlah hasil pendapatan yang diperolehi.

Adakah ia berbaloi? Pastinya tidak.

Apatah lagi jika jumlah anak yang dihantar melebihi seorang. Namun, jika anda mengambil keputusan untuk berhenti, anda dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan yang tidak perlu.

Manakala, selepas anak-anak sudah mampu menjaga diri sendiri, mungkin anda boleh memutuskan untuk kembali bekerja. Fikirkanlah. 

  1. Gajet

perbelanjaan-bulanan

Penggunaan gajet pada masa kini adalah penting sebagai cara berkomunikasi.

Namun itu tidak bermakna anda perlu memanjakan anak-anak dengan memberikan mereka gajet terkini di pasaran.

Malahan pemberian gajet kepada anak-anak yang masih kecil adalah sangat tidak digalakkan.

Ini kerana pemberian gajet boleh memberikan kesan kepada struktur perkembangan otak mereka. Jadi elakkannya.

Sekiranya anda ingin memberikan anak untuk menggunakan gajet, pastikan anda menetapkan peraturan penggunaan gajet yang harus dipatuhi mereka

  1. Aktiviti luar

Jika anda memilih untuk mengawal pembelian barang mainan sebagai antara cara mengurangkan kos membesarkan anak, anda boleh membawa si kecil melakukan aktiviti luar.

Contohnya, bermain dalam kawasan rumah anda sendiri atau di taman permainan.

  1. Barangan terpakai

Stigma terhadap barangan terpakai adalah kotor dan tidak boleh digunakan lagi. Namun, tidak semua barangan terpakai tidak boleh digunakan. 

Jika anda boleh mendapatkan barangan terpakai seperti kerusi bayi pada harga yang lebih murah dan masih elok untuk digunakan, pastinya ia sesuatu yang menjimatkan kos perbelanjaan, bukan?

Berbelanja dengan bijak

Dalam menguruskan perbelanjaan bulanan, ia sebenarnya bergantung kepada ibu bapa itu sendiri. Ini kerana anda perlu pandai dan tahu berjimat.

Jika anda sendiri mempunyai sifat boros, sudah pasti ia hanya akan menambahkan bebanan kepada anda dan pasangan.

Kos membesarkan anak sangat besar, namun nilai mereka tidak boleh dibandingkan dengan wang ringgit.

Berhabis duit yang banyak belum tentu dapat memberikan anak 1 kehidupan yang baik. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.verywellfamily.com/how-to-reduce-the-cost-of-raising-a-child-4147427 / Accessed on Mac 24, 2020

https://www.comparehero.my/parenting/articles/the-cost-of-raising-a-child-in-malaysia / Accessed on Mac 24, 2020

https://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-cost-raising-child-today / Accessed on Mac 24, 2020

https://www.foxbusiness.com/features/raising-baby-how-to-reduce-child-rearing-costs / Accessed on Mac 24, 2020

https://www.moneytalksnews.com/cost-of-raising-a-kid-is-240000-more-than-20-tips-to-cut-it-in-half/ / Accessed on Mac 24, 2020

https://www.thesimpledollar.com/save-money/raising-a-kid-costs-how-much-heres-how-to-whittle-down-the-costs-of-parenthood/ / Accessed on Mac 24, 2020

https://www.simple.com/blog/how-to-save-money-when-you-have-children / Accessed on Mac 24, 2020

Versi Terbaru

26/05/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

7 Kaedah Berkesan Ajar Anak Pakai Baju Sendiri - Ibu Bapa PERLU Tahu!

Ini Kelebihan Bermain Bersama Anak, Parents Jangan Biarkan Si Kecil Bermain Sendiri!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/05/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan