Kesihatan mental penting dalam menjalani kehidupan yang gembira dan produktif. Dunia hari ini lebih kompleks daripada sebelumnya. Terlalu banyak perkara yang perlu dilihat dengan teliti. Kadangkala, hal-hal seperti ini membuatkan anda terlalu banyak berfikir sehingga menjejaskan kesihatan mental.
Anda tidak perlu tunggu waktu lapang atau bercuti untuk merangsang kesihatan mental anda. Malah ia boleh sahaja dilakukan di tempat kerja anda.
Cuba lakukan 3 tip ini.
1. Hadkan jam tambahan bekerja
Kadangkala, anda memang perlu bekerja lebih masa kerana bebanan kerja yang banyak atau ekonomi yang meruncing. Namun, anda perlu tahu hadnya. Jangan sampai anda terpaksa mengorbankan kesihatan diri untuk mengecapi semua itu.
Anda perlu seimbangkan antara kerja dan kehidupan lain. Walaupun anda seorang workaholic, ia tidak bermakna anda boleh bekerja sepanjang hari tanpa rehat.
Tetapkan maksimum waktu tambahan anda bekerja. Kerja dalam tempoh yang lama tidak semestinya memberikan hasil yang lebih. Kalau anda masih mendapatkan hasil yang sama atu sebaliknya kurang selepas bekerja lebih masa, itu adalah petanda anda perlu berhenti seketika kerana produktiviti anda sudah terjejas.
2. Letakkan sasaran yang realistik
Jangan memaksa diri anda. Sasaran yang ditetapkan haruslah berpijak pada realiti dan mampu dicapai. Jika ketua anda memberikan tugasan yang anda rasakan melebihi kemampuan diri, jangan terlalu “optimis” anda akan berjaya. Cuba berbincang semula dan tetapkan sasaran yang sesuai dengan realiti dan pencapaian semasa.
Jika tidak, anda akan tertekan di kemudian hari.
3. Ketahui lebih dalam tentang kesihatan mental
Macam mana ingin lahir kesedaran jika tiada ilmu? Banyakkan membaca dan bertanya. Kemudian, kongsikan dengan rakan sekerja agar semua orang boleh mendapatkan manfaatnya.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.