backup og meta

Berdasarkan Kajian, Pelajar Kolej Yang Minum Alkohol Walaupun Ada Ujian Akan Ketagihan

Berdasarkan Kajian, Pelajar Kolej Yang Minum Alkohol Walaupun Ada Ujian Akan Ketagihan

Percaya tak, seseorang individu yang mengambil minuman alkohol walaupun mempunyai tuntutan komitmen penting keesokan harinya berisiko untuk berdepan masalah ketagihan? Mari ikuti penjelasan lanjut.

Ketagihan minuman alkohol

Tabiat pengambilan minuman beralkohol sememangnya akan mendatangkan kesan yang tidak baik. Menariknya, terdapat kajian mengatakan pelajar kolej yang terlibat dalam pesta minuman alkohol cenderung untuk mengalami kebergantungan alkohol. 

Kajian oleh pasukan penyelidik dari Florida State University di Tallahasse, menganalisis dua senario di mana pelajar kolej ini perlu menyatakan jumlah minuman alkohol yang akan mereka beli dalam rangkaian harga yang berbeza, iaitu $0 hingga $20 (RM0 hingga RM83.61)

Senario pertama adalah melibatkan pengambilan alkohol dan tidak mempunyai sebarang komitmen seperti kelas atau ujian pada keesokan harinya, dan senario kedua melibatkan pengambilan minuman beralkohol dan keesokannya mempunyai ujian penting.

Hasil kajian

Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Alcoholism: Clinical & Experimental Research ini melibatkan seramai 370 sukarelawan dari kalangan pelajar sarjana muda. Kesemua sukarelawan merupakan individu yang mempunyai tabiat minum yang kuat. Mereka juga memberikan maklumat mengenai pengambilan alkohol seminggu bersama isu yang timbul berkaitan tabiat tersebut.

Hasil maklumat yang diperolehi, pelajar di bawah senario mempunyai ujian penting keesokan harinya memberitahu, jumlah pengambilan alkohol berkurangan kerana harga minuman yang diminum adalah mahal.

Penyelidik merumuskan bahawa pelajar yang mempunyai komitmen tetapi masih berpesta minuman alkohol akan cenderung untuk mengambil minuman beralkohol ini pada hari biasa dan berisiko untuk mengalami ketagihan.

Manakala bagi pelajar yang berpesta minuman beralkohol tetapi tidak mempunyai sebarang komitmen dikatakan hanya akan mengambil minuman ini pada hujung minggu dan hanya akan berdepan masalah berkaitan alkohol yang tidak serius seperti sakit kepala.

Apa kata penyelidik?

Menerusi penyelidikan yang dijalankan mencadangkan bahawa pakar perubatan boleh menyediakan kaji selidik seperti ini kepada umum supaya dapat mengenal pasti individu dengan tabiat minum yang kuat dengan risiko mengalami masalah ketagihan kronik.

Menurut penulis kajian ini, “Penemuan yang diperolehi menyokong teori bahawa ketagihan adalah satu gangguan peralihan tingkah laku (disorder of ‘behavioral allocation’). Ini di mana kebergantungan kepada alkohol adalah tinggi disebabkan tidak wujud faktor yang membataskan jumlah pengambilannya.”

Konklusinya

Senang cerita, minuman beralkohol yang mahal atau murah harganya, tetap mendatangkan kesan kepada individu yang mengambilnya. Apatah lagi jika ia diambil dalam kuantiti yang banyak, sudah tentu kesannya lebih teruk. Jadi fikir-fikirkanlah, okay?

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.dailymail.co.uk/health/article-7625975/College-students-drink-tests-day-likely-binge-drinkers.html /Accessed on Oct 30, 2019 

Versi Terbaru

26/11/2019

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Tak Nak Ketagih Ketum Lagi? Berhenti Sekarang Dengan Ubat & 5 Langkah Ini!

Hari-Hari Onani, Lama-Lama Ia Akan Beri 4 Kesan Bahaya Ini Pada Otak Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan