Rinitis alergi atau lebih dikenali sebagai allergic rhinitis (AR) dalam bahasa Inggeris, dizahirkan melalui simptom-simptom seperti bersin, hidung tersumbat dan hidung berair, di samping berupaya untuk mengakibatkan bukan sahaja gangguan fizikal, bahkan mental. Stres fizikal dan mental yang dikaitkan dengan Rinitis alergi mampu mengganggu hubungan pesakit dengan keluarga mereka pada kadar yang signifikan. Masalah kesihatan mental yang berkaitan dengan rinitis alergi ini melibatkan komplikasi seperti masalah tidur, prestasi sekolah yang tidak bagus dan hiperaktif. Sebelum ini, terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan bagi mengkaji hubungan antara penyakit atopi dan masalah psikatri, khususnya masalah keresahan dan panik (seperti penyakit rinitis alergi dan kecelaruan panik). Walau bagaimanapun, kajian-kajian ini semuanya mempunyai had disebabkan oleh bentuk kajian dan kaedah kajian mereka – reka bentuk kajian keratan-rentas, laporan simptom kendiri, ketiadaan perbandingan terkawal, dan kurangnya pertimbangan terhadap peranan dan pengaruh perkara-perkara lain seperti penggunaan steroid dan juga komorbiditi yang lain.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen