Kehilangan insan yang disayangi bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Anda berubah disebabkan kehilangan ini, namun, anda tetap belajar untuk meneruskan kehidupan walaupun berdepan cabaran. Kesedihan adalah satu tindak balas normal dan sihat yang berlaku apabila kehilangan sesuatu yang penting.
Rasa terkejut dan kesedihan yang dilalui selepas kehilangan adalah sesuatu yang diluar merungsingkan emosi. Perasaan anda mungkin mengalami tahap perubahan yang berbeza. Doktor telah mengenal pasti lima fasa umum kesedihan: Penolakan – Kemarahan – Kekecewaan – Kemurungan – Penerimaan. Setiap individu akan melalui fasa ini dengan cara yang tersendiri.
Setiap individu mengawal perasaan dan emosi dengan cara yang berbeza. Perasaan adalah sesuatu yang unik. Berikut adalah cara dan langkah untuk mengatasi kehilangan dan merawat emosi anda dengan cara yang sihat.
Terima seadanya. Menerima segala yang berlaku dan bertindak balas dengan cara yang terbaik buat diri anda. Teknik pemikiran yang tenang atau meditasi seperti pernafasan secara mendalam boleh membantu anda untuk berdepan segalanya dan meluahkan emosi anda dengan sebaiknya.
Meluahkan. Akui apa yang anda lalui banyak mengajar anda tentang kehidupan dan anda boleh memilih untuk berkongsi apa yang anda rasa dengan individu lain atau meluahkannya secara peribadi.
Bersabar. Merawat kesedihan pastinya memerlukan masa. Ia adalah sukar untuk membuat sebarang keputusan apabila anda sedang dalam kesedihan. Jalan yang terbaik adalah untuk memberikan masa buat diri anda menjadi tenang sebelum melakukan keputusan.
Bergembira. Ketawa adalah ubat kepada kesedihan. Namun, ia adalah normal untuk anda menangis jika anda ingin menangis. Cuba untuk menyertai pelbagai aktiviti sosial yang dapat membantu anda melupakan kesedihan yang dilalui.
Kesihatan. Wujudkan rutin harian, makan apa yang anda inginkan, lakukan aktiviti fizikal apabila mempunyai masa. Elakkan mengambil alkohol atau ubatan, ia hanya menyukarkan dan merumitkan keadaan.
Sokongan. Dapatkan bantuan. Penting untuk anda memberitahu individu di sekeliling anda bahawa anda memerlukan sokongan. Anda mungkin boleh dapatkan dari keluarga, rakan atau kaunselor. Kumpulan sokongan juga merupakan idea yang baik memandangkan setiap ahli mempunyai cara dan kisah yang tersendiri yang boleh dikaitkan dengan pangalaman anda.
Kesedihan yang dialami selepas kehilangan seseorang bagaikan rollercoaster, ada naik turunnya. Anda tidak mungkin dapat menghindari sepenuhnya kesedihan yang dihadapi, namun, dari masa ke masa, anda pasti akan menjadi lebih baik. Terdapat pelbagai cara yang sihat untuk mengatasi kehilangan yang dihadapi. Jika kesedihan anda itu berlarutan dan semakin hilang kawalan, dapatkan bantuan profesional.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.