backup og meta

Adakah Normal Jika Anda Kerap Bercakap Dengan Diri Sendiri?

Adakah Normal Jika Anda Kerap Bercakap Dengan Diri Sendiri?

“Farid, kenapa kau rasa takut je nak buat presentation..”

“Farid, kau tak rasa lapar ke daripada tadi?”

“Farid, kau mesti boleh buat macam orang lain jugak..”

Kesemua dialog tersebut adalah kata-kata Farid terhadap dirinya sendiri. Ada masanya, Farid akan bercakap dengan dirinya sendiri ketika berseorangan dan kadangkala di hadapan orang ramai. Memandangkan risau sekiranya orang lain menganggapnya sedang mengalami halusinasi, dia cuba untuk kurangkan daripada bercakap dengan diri sendiri di hadapan orang ramai. 

Ada yang mempersoalkan, bercakap dengan diri sendiri dianggap sesuatu yang tidak normal. Malah ada yang menganggap ia sebagai satu keadaan halusinasi yang sedang dialami oleh seseorang. Benarkah bercakap dengan diri sendiri adalah sesuatu yang tidak normal?

Ia adalah normal

Menurut Dr. Jessica Nicolosi, seorang ahli psikologi klinikal, bercakap dengan diri sendiri adalah sesuatu yang normal dan kita sebenarnya sentiasa bercakap dengan diri kita sendiri. Menurut beliau lagi, kita bercakap dengan diri sendiri disebabkan oleh pelbagai faktor dan sebab. Ini kerap berlaku apabila kita sedang mengalami sesuatu yang beremosi seperti marah, gementar, fokus yang keterlaluan dan keterujaan. Walaupun dalam senario kehidupan biasa, ia juga boleh memicu diri kita untuk bercakap dengan diri sendiri.

Menurut Dr. Jessica, sekiranya kita bercakap dengan diri sendiri secara kuat, ia akan memaksa diri untuk memperlahankan pemikiran kita dan memprosesnya dengan cara berbeza. Ini kerana kita telah melibatkan pusat bahasa dalam otak kita. Bercakap dengan diri kita apabila sedang mengalami emosi yang ekstrem seperti gementar boleh membantu diri kita memproses apa yang sedang kita alami. Kemudiannya, ia akan menyediakan diri kita dengan lebih baik untuk berhadapan dengan sesuatu perkara yang akan berlaku. 

Kebaikan bercakap dengan diri sendiri

Bercakap dengan diri sendiri boleh bertindak sebagai cara untuk mengingatkan diri kita apa yang perlu dilakukan. Ia juga boleh membantu diri kita untuk berhadapan dengan ketakutan yang hadir dengan cara mengingatkan diri bahawa kita telah cukup bersedia. 

Adakah ia boleh mendatangkan bahaya?

Terdapat sesetengah situasi di mana bercakap dengan diri sendiri boleh bertindak sebagai petunjuk masalah psikologi. Apabila bercakap dengan diri sendiri digabungkan dengan perlakuan yang boleh mencederakan diri, ia adalah petunjuk bagi masalah emosi. Sekiranya anda melihat seseorang yang bercakap dengan diri sendiri yang melibatkan pengucapan frasa secara berulang, mantra atau nombor, ia mungkin juga satu petunjuk masalah emosi sekiranya ia bersifat mengganggu dan sukar untuk dihentikan. 

Bercakap dengan diri sendiri juga akan menjadi satu kebimbangan sekiranya ia adalah manifestasi bagi halusinasi. Ia berbeza dengan bercakap dengan diri sendiri secara normal yang mana anda mengetahui apa yang diperkatakan oleh diri anda. 

Sekiranya anda kerap bercakap dengan diri sendiri seperti Farid, ia adalah normal. Selagi mana anda mengetahui apa yang sedang anda perkatakan, ia bukanlah menunjukkan bahawa anda sedang mengalami halusinasi. Halusinasi hanya terjadi apabila anda sendiri tidak menyedari apa yang keluar daripada mulut anda, bahkan mungkin anda tidak berkemampuan untuk membaca artikel ini sekiranya halusinasi benar-benar berlaku. 

 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.nbcnews.com/better/health/talking-yourself-normal-here-s-how-master-it-ncna918091

https://www.huffpost.com/entry/is-it-normal-to-talk-to-yourself_l_5d5fd004e4b0b59d25734ee6

Versi Terbaru

15/06/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan