backup og meta

Gangguan Spektrum Autistik, Autism Dalam Kalangan Dewasa

Gangguan Spektrum Autistik, Autism Dalam Kalangan Dewasa

Anda sering berasa berbeza, teteapi tidak mengetahui puncanya. Satu diagnosis gangguan spektrum autism (ASD) membantu untuk mengetahui punca sesetengah perkara yang selalunya dirasakan sukar, sedangkan orang lain berasa ianya mudah. Jika anda mengesyaki anda mempunyai ASD, anda perlu mula memahami tanda-tanda autism dalam kalangan dewasa.

ASD berlaku pada semua peringkat umur, kaum, etnik, dan sosioekonomi. Ia umumnya dicirikan oleh kesukaran sosial dan komunikasi serta tingkah laku berulang. Bentuk ASD yang lebih parah sering didiagnosis dalam dua tahun pertama kehidupan kanak-kanak, tetapi bentuk kurang teruk mungkin didiagnosis pada jangka hayat yang lebih lama.

Tanda-tanda autism dalam kalangan dewasa

Autisme dicirikan oleh cabaran sosial dan tingkah laku termasuk:

  • Perbezaan bagaimana menyesari persekirannya dan orang sekelilingnya
  • Halangan berkomunikasi akibat cara seseorang memproses dan menyatakan maklumat
  • Keperluan untuk kekal tegar dan kadang-kadang berulang. Corak dan ritual yang boleh mengganggu interaksi sosial dan kualiti hidup

Tiada dua orang yang mengalami ASD mempunyai simptom yang sama. ASD dirujuk sebagai spektrum kerana pelbagai tanda dan simptom dan perbezaannya dalam keterukannya.

Sesetengah orang dengan ASD mengalami simptom yang menyebabkan kehidupan seharian sukar. Lain-lain yang dianggap “high-functioning” hanya boleh merasakan sesuatu yang “berbeza” tentang mereka. Mereka mungkin merasakan seperti itu sejak zaman kanak-kanak tetapi tidak dapat menentukan dengan tepat sebabnya. Mereka juga mungkin tidak menyedari bahawa perasaan atau berkelakuannya berbeza, tetapi orang lain di sekeliling mereka mungkin menyedari bahawa mereka berkelakuan atau bertindak secara berbeza.

Tanda autism ‘high-functioning’ pada dewasa

i. Cabaran berkomunikasi

  • Kesukaran membaca isyarat sosial.
  • Terlibat dalam perbualan adalah sukar.
  • Mempunyai masalah berkaitan dengan fikiran atau perasaan orang lain.
  • Anda tidak dapat membaca bahasa badan dan ekspresi muka dengan baik. (Anda mungkin tidak dapat memberitahu sama ada seseorang gembira atau tidak berpuas hati dengan anda).
  • Anda menggunakan corak bercakap mendatar, nada yang sama (monotone) atau robotik yang tidak berkomunikasi dengan apa yang anda rasa.
  • Anda tidak suka melihat mata seseorang ketika bercakap dengan mereka.
  • Anda bercakap dalam corak dan nada yang sama, sama ada anda berada di rumah, dengan rakan-rakan, atau di tempat kerja.
  • Anda banyak bercakap tentang satu atau dua topik kegemaran.
  • Sukar membina dan mengekalkan persahabatan yang rapat.

ii. Perbezaan emosi dan tingkah laku

  • Anda mempunyai masalah mengawal emosi dan tanggapan.
  • Perubahan rutin dan jangkaan menyebabkan kemurungan.
  • Apabila sesuatu yang tidak dijangka berlaku, anda bertindak balas dengan keadaan emosi.
  • Anda akan kecewa apabila barang anda dipindahkan atau disusun semula.
  • Anda mempunyai rutin, jadual, dan corak harian yang mesti dikekalkan tidak kira apa pun.
  • Anda mempunyai tingkah laku dan ritual berulang.
  • Anda membuat bunyi di tempat-tempat yang tenang.

iii. Tanda-tanda lain

  • Anda sangat berhati-hati dan berpengetahuan tentang beberapa bidang minat tertentu (seperti tempoh sejarah, siri buku, filem, industri, hobi atau bidang pengajian).
  • Anda sangat pintar dalam satu atau dua bidang subjek akademik yang mencabar, tetapi mempunyai kesukaran dalam perkara yang dilakukan baik oleh orang lain.
  • Anda mengalami hipersensitiviti atau sensitiviti yang merosot kepada input deria (seperti sakit, bunyi, sentuhan, atau bau).
  • Anda berasa seperti anda kekok dan mengalami kesukaran dengan koordinasi.
  • Anda lebih suka bekerja dan bermain untuk diri sendiri, bukan dengan orang lain.

Diagnosis autism dalam kalangan dewasa

Tiada kriteria diagnostik standard untuk orang dewasa yang disyaki ASD, tetapi ia dalam penbangunan.

Dalam pada itu, para doktor juga mendiagnosis orang dewasa dengan ASD melalui satu siri pemerhatian dan interaksi individu. Mereka juga mengambil kira apa-apa laporan simptom orang yang sedang mengalaminya.

Jika anda berminat untuk dinilai bagi ASD, mulakan dengan doktor anda, yang akan menilai bahawa tidak ada penyakit fizikal yang mendasari perilaku anda. Doktor anda kemudian boleh merujuk anda kepada ahli psikiatri atau psikologi untuk penilaian mendalam.

Pakar klinik akan ingin berbincang dengan anda tentang sebarang isu yang berkaitan dengan komunikasi, emosi, corak tingkah laku, pelbagai minat dan banyak lagi. Anda akan menjawab soalan mengenai masa kanak-kanak anda, dan doktor juga mungkin meminta untuk berbual dengan ibu bapa atau ahli keluarga yang lebih tua untuk mendapatkan perspektif mereka tentang corak tingkah laku sepanjang hayat.

Oleh kerana kebanyakan diagnosis autisme sering dilakukan pada kanak-kanak, boleh menjadi satu cabaran untuk doktor yang akan mendiagnosis orang dewasa.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, rawatan atau diagnosis.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What Does Autism Spectrum Disorder Look Like in Adults? https://www.additudemag.com/autism-spectrum-disorder-in-adults/ Accessed on Sept 19, 2018.

What to Do If You Think You Might Be on the Autism Spectrum as an Adult https://www.healthline.com/health/autism-in-adults Accessed on Sept 19, 2018.

Versi Terbaru

05/12/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan