backup og meta

Diagnosis Depresi Perlu Ujian Khusus

Diagnosis Depresi Perlu Ujian Khusus

Apabila mengalami kemurungan, anda berasa seperti tidak akan keluar daripada bayang-bayang gelap. Sekiranya kemurungan menghalang anda daripada menjalani kehidupan secara normal seperti yang anda impikan, jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan. Ini kerana, depresi atau kemurungan yang teruk boleh dirawat.

Bagaimana kemurungan didiagnosis?

Kebiasaannya pakar perubatan atau doktor menggunakan ujian darah khusus atau ujian makmal lain untuk membantu mereka membuat diagnosis muktamad. Walau bagaimanapun, kebanyakan ujian makmal tidak begitu membantu apabila ia membabitkan diagnosis kemurungan. Walaupun pemeriksaan fizikal mendedahkan keadaan kesihatan keseluruhan pesakit, bercakap dengan pesakit doktor boleh mempelajari perkara lain yang relevan untuk membuat diagnosis depresi. Sebagai contoh, pesakit memaklumkan perkara seperti mood, tingkah laku dan gaya hidup harian.

Diagnosis depresi juga selalunya sukar dilakukan kerana boleh wujudnya kemurungan klinikal dengan pelbagai cara berbeza. Sebagai contoh, sesetengah individu yang mengalami depresi secara klinikalnya mengasingkan diri. bagi orang lain ia mungkin menjadi marah atau gelisah. Perubahan corak makan dan tidur. Kemurungan klinikal boleh menyebabkan seseorang tidur atau makan lebih atau hampir menghapuskan aktiviti tersebut.

Kriteria dinilai untuk diagnosis kemurungan

Doktor boleh menolak syarat-syarat lain yang boleh menyebabkan kemurungan dengan pemeriksaan fizikal, temubual peribadi dan ujian makmal. Doktor juga akan menjalankan penilaian diagnostik yang lengkap, membincangkan sejarah kemurungan keluarga atau penyakit mental yang lain.

Antara kriteria dinilai:

  • Kesedihan atau perasaan depresi dialami hampir setiap hari
  • Hilang keterujaan dalam perkara menyenangkan
  • Perubahan besar dalam berat badan (bertambah atau hilang lebih daripada 5% berat badan dalam tempoh sebulan)
  • Insomnia atau tidur berlebihan setiap hari
  • Keletihan atau kehilangan tenaga hampir setiap hari
    Rasa putus asa atau tidak bernilai atau rasa bersalah yang berlebihan hampir setiap hari
  • Masalah dengan tumpuan atau membuat keputusan hampir setiap hari
  • Pemikiran berulang kematian atau bunuh diri, perancangan bunuh diri, atau percubaan bunuh diri

Bagaimana simptom kemurungan mendorong kepada diagnosis kemurungan?

Untuk didiagnosis dengan kemurungan utama, anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya lima gejala yang disenaraikan di atas dengan sekurang-kurangnya satu daripada dua yang pertama hampir setiap hari selama sekurang-kurangnya dua minggu. Sesetengah simptom boleh melumpuhkan/melemahkan dan mengganggu keupayaan anda untuk berfungsi. Dalam kes-kes yang sangat teruk, orang yang mengalami kemurungan mungkin tidak dapat makan, menjaga kebersihan atau keluar dari tempat tidur.

Kaedah diagnosis depresi

i. Ujian fizikal

Semasa melakukan pemeriksaan fizikal, doktor boleh memberi tumpuan utama kepada sistem saraf dan endokrin. Doktor akan cuba mengenal pasti sebarang masalah kesihatan utama yang mungkin menyumbang kepada simptom kemurungan klinikal. Sebagai contoh, hipotiroidisme disebabkan oleh kelenjar tiroid yang tidak aktif adalah keadaan perubatan paling biasa yang dikaitkan dengan simptom depresi. Gangguan endokrin yang lain yang berkaitan dengan kemurungan termasuk hipertiroidisme disebabkan oleh tiroid yang terlalu aktif dan penyakit Cushing gangguan kelenjar adrenal.

kebanyakan penyakit sistem saraf pusat dan kecederaan juga boleh menyebabkan kemurungan. Sebagai contoh, kemurungan mungkin dikaitkan dengan mana-mana keadaan berikut:

  • Tumor sistem saraf pusat
  • Trauma kepala
  • Sklerosis berbilang
  • Strok
  • Sifilis
  • Pelbagai kanser (pankreas, prostat, payudara)

Ubat kortikosteroid seperti prednison, yang diambil untuk penyakit seperti artritis atau asma rheumatoid, juga dikaitkan dengan kemurungan. Ubat-ubatan lain, termasuk steroid dan amphetamine.

ii. Ujian makmal

Doktor biasanya memberitahu jika anda mengalami kemurungan dengan bertanya soalan khusus dan melakukan ujian fizikal. Walaubagaimana pun, doktor boleh meminta ujian makmal untuk menolak diagnosis lain. Doktor juga mungkin melakukan ujian darah untuk memeriksa keadaan perubatan yang mungkin menyebabkan simptom depresi. Penggunakan ujian darah untuk memeriksa perkara-perkara seperti anemia dan juga tiroid atau mungkin hormon lain, dan kadang kala kadar kalsium dan vitamin D.

iii. Kaedah ujian lain

Doktor mungkin memasukkan ujian standard lain sebagai sebahagian daripada peperiksaan fizikal awal. Antaranya mungkin ujian darah untuk memeriksa elektrolit, fungsi hati, pemeriksaan toksikologi, dan fungsi buah pinggang. Oleh kerana buah pinggang dan hati bertanggungjawab untuk penghapusan ubat-ubatan kemurungan, kerosakan kepada kedua-dua organ ini boleh menyebabkan dadah terkumpul di dalam badan.

Ujian lain kadang-kadang termasuk:

  • CT scan atau MRI otak untuk mengetepikan penyakit serius seperti tumor otak
  • Electrocardiogram (ECG) untuk mendiagnosis beberapa masalah jantung
  • Electroencephalogram (EEG) untuk merekodkan aktiviti elektrik otak

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Depression (major depressive disorder)  https://www.webmd.com/depression/guide/depression-diagnosis#1 Accessed on July 5, 2018.

Depression Diagnosis https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/depression/diagnosis-treatment/drc-20356013 Accessed on July 5, 2018.

Tests Used to Diagnose Depression https://www.webmd.com/depression/guide/depression-tests#1 Accessed on July 5, 2018.

 

Versi Terbaru

05/12/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan