backup og meta

Bagaimana Meningkatkan Harga Diri

Bagaimana Meningkatkan Harga Diri

Ramai individu keliru mengenai apa yang diperlukan untuk mempunyai harga diri. Ada yang merasakan ia adalah berkaitan dengan cara keterampilan anda, atau bagaimana anda menjadi popular dalam kalangan rakan-rakan anda. Ada juga yang berpendapat memiliki bentuk tubuh yang menarik membantu anda memperolehi harga diri. Walau bagaimanapun, harga diri bermakna adalah bermakna menghargai diri sendiri untuk siapa anda sebenarnya.

Individu yang mempunyai harga diri akan menghargai nilai diri mereka sendiri. Mereka akan merasakan sesuatu yang baik tentang diri dan membawa harga diri bersama kebolehan dan pencapaian diri. Mereka juga mengetahui bahawa sebarang kesilapan yang dilakukan tidak menjejaskan kehidupan atau imej diri kerana tiada apa yang sempurna dalam dunia ini. Jadi, persoalannya “Bagaimana saya dapat meningkatkan harga diri?”

Berikut adalah beberapa petua berguna untuk membantu anda:

Matlamat realistik

Ia membantu menghindari pemikiran negatif tentang diri yang akan menyebabkan timbulnya harga diri yang negatif dalam diri. Apabila kita meletakkan matlamat realistik dalam kehidupan, kita akan berhenti menyeksa diri untuk mencapai sesuatu matlamat yang sukar untuk dicapai.

Ketepikan kesempurnaan

Kesempurnaan adalah sesuatu yang terlalu sukar untuk dicapai oleh sesiapa pun. Sejujurnya, kita takkan pernah dapat menjadi sempurna; tiada bentuk tubuh yang sempurna, tiada kehidupan yang sempurna, tiada perhubungan yang sempurna, tiada anak yang sempurna, atau tiada rumah yang sempurna. Kita dahaga kesempurnaan kerana kita melihat terlalu banyak kesempurnaan yang ditayangkan di media massa. Sedangkan tiada kesempurnaan yang wujud, ia hanyalah idea ciptaan masyarakat.

Sebaliknya, terima dan peganglah segala pencapaian yang berjaya dicapai, dan mengakuinya ia berdasarkan kebolehan anda sendiri.

Ia adalah sama penting seperti menerima kesilapan yang telah anda lakukan dalam kehidupan. Ia tidak bermakna anda adalah individu yang tidak baik; ia adalah bermakna anda melakukan kesilapan sama seperti individu lain. Kesilapan adalah satu peluang untuk belajar dan berubah.

Terokai diri

Ia bukan hanya bermaksud untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan diri anda, tetapi ia bermakna untuk membuka diri anda kepada peluang baru, kehidupan baru, gaya hidup baru, pemikiran baru atau mungkin sekadar mencuba sesuatu yang baru.

Bersedia untuk mengubah imej diri

Harga diri adalah sesuatu yang sia-sia jika ia hanyalah berdasarkan imej diri anda yang lama yang tidak lagi wujud. Sebagai contoh, ‘Saya pernah menjadi pakar untuk banyak perkara yang saya sudah tidak ketahui lagi’, ‘Saya boleh bermain piano dengan baik suatu ketika dulu’, ‘Saya ingatkan saya seorang yang bijak, sehinggalah saya sedar banyak perkara lagi yang saya tidak ketahui’.

Tetapi semua itu bukanlah satu masalah. Anda hanya perlu menyesuaikan diri dengan kepercayaan dan kekuatan diri. Teruskan untuk memperbaiki imej diri dan harga diri dengan segala kelebihan dan kemahiran yang anda miliki sekarang.

Berhenti membandingkan diri

Tidak ada apa yang lebih menyakiti harga diri anda berbanding perbandingan diri yang tidak setara. Sukar untuk mengetahui bahawa satu-satu individu yang anda harus bersaing adalah diri anda sendiri. Membandingkan diri dengan individu lain adalah tidak seimbang dan tidak wajar kerana anda tidak mengenali diri individu lain seperti anda mengenali diri anda.

Menukar dan meningkatkan harga diri memerlukan masa, ia pastinya ada kesilapan dan pembetulan yang berlaku. Ia memerlukan kesabaran. Galakkan diri untuk menjadi lebih realistik terhadap diri sendiri dan anda pasti akan menemukan hasil yang sangat mengejutkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Building Self-Esteem. http://www.webmd.com/mental-health/tc/building-self-esteem-topic-overview. Accessed December 30th, 2016.

How Can I Improve Self-Esteem?. http://teens.webmd.com/features/how-can-i-improve-self-esteem?page=2. Accessed December 30th, 2016.

Versi Terbaru

24/06/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan