backup og meta

Apa Itu Amnesia Disosiatif?

Apa Itu Amnesia Disosiatif?

Amnesia disosiatif, dipercayai sebagai gangguan ingatan yang berlaku apabila seseorang individu tidak mampu mengingati episod ingatan secara tiba-tiba, setelah sekian lama tidak menghadapi masalah ini. Ia berkaitan ketidakupayaan individu untuk mengingati maklumat peribadi penting, yang kebiasaannya tidak mudah untuk dilupakan. Ia berlaku mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor, tetapi kebiasaannya berlaku kerana peristiwa traumatik pada masa lalu. Masalah kesihatan ini diklasifikasikan sebagai gangguan psikologi bukan organik, dan rawatannya melibatkan penemuan punya penyebab amnesia dan menggunakan ubatan tertentu.

Punca

Amnesia disosiatif dikaitkan dengan tekanan yang berlebihan, mungkin disebabkan peristiwa traumatik – seperti peperangan, penderaan, kemalangan atau bencana – yang dilalui atau disaksikan oleh individu. Ia juga boleh disebabkan oleh konflik dalaman yang luar biasa – seperti kekacauan atas dorongan rasa bersalah, masalah peribadi yang tidak dapat ditangani dan tingkah laku jenayah.

Simptom

Simptom umum untuk gangguan ingatan adalah individu yang mengalami amnesia disosiatif akan tidak dapat mengingati maklumat peribadi tentang diri sendiri, ini disebabkan tahap kesedaran diri merosot yang mengakibatkan mereka sukar mengingati walaupun maklumat ringkas tentang diri, seperti pengenalan diri. Sesetengah individu yang berdepan isu ini akan berasa kecewa, tetapi terdapat juga individu yang tidak mengambil kisah tentang apa yang dihadapi. Individu yang mempunyai amnesia juga kerap berdepan isu tertentu dan sukar mengekalkan sesuatu perhubungan.

Diagnosis

Jika pesakit mula menunjukkan sebarang simptom berkaitan masalah kesihatan ini, doktor akan memulakan penilaian lengkap dengan memeriksa sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal. Doktor mungkin akan melakukan pelbagai ujian diagnostik, seperti neuroimaging, electroencephalograms (EEG), ujian darah untuk menyingkirkan sebarang penyakit neurolohgi atau sebarang kesan daripada ubatan atau masalah perubatan lain yang mungkin menyebabkan wujudnya simptom. Jika tidak terdapat sebarang penyakit fizikal yang dikesan, pesakit mungkin akan dihantar untuk berjumpa dengan pakar psikiatri atau ahli psikologi terlatih secara profesional dan menggunakan temubual khas untuk menentukan sama ada pesakit tersebut mempunyai hubung kait dengan amnesia disosiatif.

Rawatan

Rawatan kebiasaannya melibatkan kaedah untuk dapat mengenal pasti apakah peristiwa traumatik yang mencetuskan amnesia. Untuk memulihkan keadaan ini, persekitaran yang dapat memberikan sokongan amat diperlukan dan dari masa ke masa, pakar perlu menjalankan hipnosis atau keadaan hipnosis di bawah penggunaan dadah tertentu. Walau bagaimanapun, maklumat yang diperolehi daripada pesakit yang dibawah pengaruh dadah atau hipnosis mungkin diputarbelitkan dan bercampur dengan fantasi; jadi ia tidak dianggap sebagai satu kaedah saintifik untuk dapat mengumpul maklumat yang tepat tentang kejadian masa lalu.

Pencegahan

Walaupun agak mustahil untuk mencegah amnesia disosiatif, tetapi ia mungkin dapat membantu dengan memulakan rawatan awal apabila mula munculnya simptom tertentu. Mengatasi sebarang isu selepas berlakunya sesuatu peristiwa traumatik atau pengalaman yang mengejutkan emosi dapat membantu mengurangkan kemungkinan gangguan disosiatif.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Stephanie Leong, MD,corresponding author Wendi Waits, MD, and Carroll Diebold, MD, Dissociative Amnesia and DSM-IV-TR Cluster C Personality Traits, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2990548/. Accessed on May 14, 2017

Versi Terbaru

03/12/2019

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Pesakit Kronik Perlu Ada Motivasi Hidup, Minda Positif- Pakar Kongsi Tip Cekal Uruskan Kanser

Jangan Biarkan Jika Rasa Penat Otak! Ini 5 Cara Efektif Bantu Atasi Keletihan Mental


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan