backup og meta

5 Tip Berdepan Gangguan Bipolar

5 Tip Berdepan Gangguan Bipolar

Hidup dengan gangguan bipolar boleh menjadi sangat mencabar, tetapi hidup dengan seseorang yang mempunyai gangguan bipolar juga boleh menyebabkan kesukaran.

Gangguan bipolar adalah sejenis gangguan mood yang memberi kesan terhadap kehidupan, termasuk mood, tahap tenaga, perhatian dan tingkah laku. Walaupun tiada ubat untuk gangguan bipolar, ramai orang yang diagnosis akhirnya menjalani kehidupan yang baik.

Hidup dengan gangguan bipolar yang berjaya memerlukan gabungan kemahiran. Menggalakkan diri sendiri, mendapat pendidikan, dan mencari rangkaian sokongan yang tepat adalah penting untuk memulakan elemen penting untuk pemulihan.

Mendidik diri

Pendidikan bermula dengan mempelajari simptom episod manik dan kemurungan, dan mendapatkan pilihan rawatan terkini berasaskan penyelidikan untuk gangguan bipolar.

Kongsikan persoalan dan kebimbangan dengan doktor anda. Memahami penyakit boleh membantu anda melaluinya dengan lebih mudah dan membantu anda mengenal pasti simptom sebelum ia menjadi lebih teruk.

Mengesan simptom

Kebanyakan orang dengan gangguan bipolar mendapati menyimpan log harian mood, pemikiran dan tingkah laku mereka adalah sesuatu yang berguna. Sekiranya anda dapat mengesan perubahan kecil, anda mungkin dapat menghentikan atau mengurangkan keamatan episod mood sebelum bertambah buruk.

Anda juga boleh mengesan tekanan atau tingkah laku yang mungkin mencetuskan episod mood, seperti kekurangan tidur, konflik perhubungan, tekanan sekolah atau kerja, penggunaan bahan atau perubahan bermusim. Semakin tepat anda boleh melaporkan perubahan ini kepada diri dan doktor anda, lebih besar peluang untuk menstabilkan mood anda. 

Libatkan kemahiran tingkah laku

Selain menyedarkan foktor anda, anda boleh mempelbagaikan kemahiran tingkah laku untuk mengawal simptom atau mengurangkan risiko episod mood. Teknik penangguhan yang berbeza bagi berlainan orang, tetapi ia biasanya melibatkan aktiviti yang membantu anda berasa tenang, terus berhubung dengan orang lain, mengamalkan tabiat yang sihat, dan mewujudkan minat.

Mempunyai senarai kemahiran tingkah laku  mengatasi yang tersedia untuk anda adalah berguna, kerana ia mungkin terbukti sukar untuk menjana idea anda sendiri apabila anda berasa kekurangan kawalan.

Wujudkan rutin

Anda harus mengambil ubat secara konsisten dan tepat. Dapatkan tidur yang konsisten dan mencukupi setiap malam dapat mengurangkan risiko mania atau kemurungan. Kekal sihat dan bersenam juga dapat membantu meningkatkan dan menstabilkan mood anda. Jadualkan waktu rutin yang sesuai bersama keluarga dan rakan-rakan, menghadiri semua temu janji doktor dan dapatkan masa untuk berehat dan bersantai daripada tekanan hidup.

Luahkan perasaan anda

Meluahkan apa yang anda rasa adalah sangat penting. Apabila dalam keadaan tertekan anda mungkin berasakan seseorang tidak memahami apa yang anda rasakan namun tindakan itu boleh membantu anda mengurangkan tekanan dan bebanan. Walaupun ia mungkin sukar bagi anda, tetapi orang sekeliling anda perlu tahu kesan penyakit yang anda sedang alami.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

10 Tips for Living with a Bipolar Person https://psychcentral.com/blog/10-tips-for-living-with-a-bipolar-person/ Accessed on Aug 27, 2018. 

6 Tips to Live Better with Bipolar Disorder https://www.psycom.net/bipolar-6-tips-live-better Accessed on Aug 27, 2018.

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan