home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tip Memasak bersama Si Manja

Tip Memasak bersama Si Manja

Bahagian dapur mungkin bahagian yang sangat menarik perhatian anak anda. Walaupun tidak mudah untuk memberi ruang kepada anak anda membantu di dapur, aktiviti di dapur sebenarnya sangat menyeronokkan dan dapat mengeratkan hubungan. Ikuti tip-tip berikut untuk berseronok dengan si manja anda di dapur.

Pilih masa dan tugas yang sesuai

Anda perlu merancang lebih awal sebelum membenarkan anak anda berada di dapur. Jika anak anda masih kecil, mulakan dengan resipi mudah seperti salad atau muffin. Membahagikan tugas untuk meletakkan bahan ke atas pizza juga merupakan idea yang baik. Kanak-kanak boleh belajar bagaimana membuat pizza dengan meletakkan bahan-bahan ‘topping’ seperti keju, sosej dan sayur. Dengan anak yang lebih besar, anda boleh mendorong mereka untuk memasak dengan resipi yang lebih rumit.

Jangan lupa untuk memikirkan perkara yang boleh dilakukan oleh anak anda secara bebas. Si kecil boleh membantu anda menyediakan bahan-bahan mudah dan tugas mudah seperti membilas beri untuk mufin atau mencuci sayur-sayuran. Manakala yang lebih besar boleh menyukat bahan dan melakukan beberapa resipi mudah tanpa bantuan anda.

Utamakan keselamatan

Anda harus sentiasa mengawasi anak anda untuk memastikan mereka tidak mengalami sebarang kemalangan dengan peralatan dapur. Jangan lupa untuk mengingatkan anak anda supaya tidak menyentuh pengadun elektrik, pan panas, dan bahagian atas dapur.

Anda harus sentiasa mengingatkan anak anda tentang apa yang OK untuk disentuh dan apa yang boleh menyakitkan mereka. Maklumkan mereka tentang tugas yang sesuai dan yang tidak sesuai. Memberitahu mereka peraturan dapur sangat penting sebelum melibatkan mereka dalam aktiviti memasak. Walaupun dengan anak yang lebih tua, anda tetap perlu terus mengingatkan mereka tentang peraturan keselamatan dan mengawasi mereka dengan berhati-hati apabila mereka berada berhampiran dapur panas atau menggunakan pisau tajam.

Memastikan ruang sentiasa kemas adalah penting untuk mengelakkan kemalangan. Anak-anak anda harus dididik dengan kepentingan memastikan kawasan kerja yang bersih dan kemas di dapur selepas dan semasa memasak.

Jadi fleksibel

Mengikuti peraturan penting untuk keselamatan, tetapi ia juga boleh menyebabkan kebosanan. Usikan tambahan yang tidak melampau boleh menjadikan pengalaman anda lebih menyeronokkan. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, pastikan anak anda melakukan perkara yang betul dan bersabarlah untuk membimbing mereka dengan apa yang harus dilakukan. Sementara bagi anak yang kecil, anda boleh menyediakan dahulu bahan-bahan secara berasingan dalam mangkuk kecil seperti dalam rancangan memasak.

Walaupun masakan mereka mungkin tidak menjadi, berikan anak anda beberapa panduan dan biarkan mereka mencuba lagi.

Tidak kira bagaimana hasilnya, cuba rasai masakan bersama-sama dan bincangkan apa yang boleh dibaiki pada waktu akan datang supaya hasilnya lebih baik. Memasak dengan anak-anak anda adalah salah satu peluang luar biasa untuk berkongsi masa lapang dan mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Cooking With Kids. http://kidshealth.org/en/parents/kids-cook.html Accessed November 17, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 13/09/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x