home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Rahsia Mengecapi Keluarga Bahagia

Rahsia Mengecapi Keluarga Bahagia

Makan malam bersama

Kajian menunjukkan kanak-kanak yang turut serta dalam aktiviti makan malam bersama keluarga mereka kurang berpontensi untuk melakukan gejala sosial yang sangat membimbangkan seperti merokok, minum arak, mengandung bawah umur ataupun bunuh diri. Selain itu, kanak-kanak yang turut serta dalam aktiviti makan malam bersama keluarga mereka juga cenderung mempunyai diet yang seimbang, adab dan bahasa yang baik serta keyakinan diri yang tinggi. Menurut kajian yang dilakukan oleh University of Michigan terhadap kanak-kanak di Amerika pada tahun 1981 hingga 1997 pula, kanak-kanak yang gemar dan kerap makan di rumah berpotensi mempunyai tahap akademik dan kelakuan yang baik di sekolah. Ini menunjukkan masa dan ruang yang diperuntukkan untuk makan bersama ahli keluarga sangat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Jika anda terlalu sibuk dan tidak mampu untuk mengumpulkan kesemua ahli keluarga anda, tidak mengapa. Ini kerana anda tidak semestinya berkumpul pada waktu makan malam sahaja. Waktu lain seperti sarapan, makan tengah hari atau minum petang juga sudah memadai untuk anda menghabiskan masa sekeluarga.

Sentiasa berinteraksi antara satu sama lain

Menurut Rabbi Shmuley Boteach yang merupakan seorang kaunselor hubungan kekeluargaan di New York, salah satu peneraju keluarga yang bahagia adalah keberkesanan interaksi dan pergaulan antara ahli keluarga. Menurut beliau lagi, melalui interaksi ini hubungan antara keluarga akan menjadi lebih erat sekaligus mewujudkan suasana gembira dalam kalangan ahli keluarga anda. Beliau yang merupakan ayah kepada lapan orang anak turut berkata interaksi yang baik antara anak dengan ibu bapanya akan menjadi indikator kepada reaksi gembira mereka apabila bertemu.

Prihatin terhadap aktiviti sukan anak-anak

Menurut Jim Thompson yang merupakan pengasas Positive Coaching Alliance, ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menyemai semangat cintakan aktiviti sukan dalam diri anak-anak. Sebagai contoh, anak anda telah melakukan satu kesilapan dalam satu pertandingan sukan yang disertai. Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda tidak sepatutnya memarahi atau kecewa terhadap kesilapan anak anda itu. Sebaliknya, anda boleh melegakan mereka dengan mengatakan mereka telah bermain dengan baik dan jangan sesekali putus asa.

Mencipta Tradisi

Kanak-kanak yang mengetahui asal-usul dan salasilah keluarga mereka cenderung untuk mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi.

Sebagai contoh, anda boleh memulakan tradisi keluarga anda seperti masak bersama ahli keluarga pada malam minggu atau mencipta satu tradisi unik keluarga seperti ungkapan atau kata semangat yang hanya anda dan ahli keluarga anda ketahui.

Menurut Richard Eyre yang merupakan penulis bersama buku bertajuk Happy Family: Restoring the 11 Essential Elements That Make Families Work, tradisi keluarga memberikan kanak-kanak satu identiti diri yang boleh dibanggakan. Meskipun tradisi ini dilihat remeh bagi kebanyakan ibu bapa, ini sebenarnya sangat penting untuk anak-anak.

Menurut Barbara Fiese, PhD yang merupakan profesor dan pengerusi psikologi di Syracuse University, New York pula, keluarga yang bahagia mempunyai tradisi yang berbentuk ritual yang sangat bermakna bagi mereka. Antara contoh ritual yang boleh dilakukan adalah mencipta lagu tema untuk keluarga anda dan mencipta rutin yang boleh dilakukan oleh ahli keluarga pada setiap minggu seperti menonton wayang atau bermain boling. Ritual-ritual yang dilakukan secara berulang kali ini akan secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Menggunakan senarai semak

Penggunaan senarai semak ketika melakukan kerja-kerja rumah akan mencipta kesaksamaan dalam keluarga. Anda boleh bahagikan senarai semak ini kepada tiga bahagian iaitu perkara yang perlu dilakukan, perkara yang sedang dilakukan dan perkara yang sudah dilakukan. Dengan pembahagian senarai semak ini, ahli keluarga anda dapat bersama membahagikan tugas sesama mereka. Ini sekaligus akan menyemai sifat kerjasama dalam kalangan ahli keluarga anda sekaligus mengecapi keluarga yang bahagia.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

17 Secrets of Happy Families. http://www.rd.com/advice/parenting/secrets-happy-families/. Accessed December 24, 2016.

8 Secrets of Happy Families. http://www.parenting.com/article/8-secrets-of-happy-families. Accessed December 24, 2016.

How To Have A Happy Family – 7 Tips Backed By Research. http://time.com/21296/how-to-have-a-happy-family-7-tips-backed-by-research/. Accessed December 24, 2016.

4 Keys to Building a Happy Family. http://www.webmd.com/parenting/features/building-happy-family#3. Accessed December 24, 2016.

15 Secrets of Happy Families. http://www.webmd.com/parenting/features/15-secrets-to-have-a-happy-family#2. Accessed December 24, 2016.

Gambar penulis
Ditulis oleh Ahmad Farid pada 12/12/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x