backup og meta

Anak Selalu Bergaduh Sebab Parents Pilih Kasih? Stop Sekarang Sebelum Anak Makan Hati!

Anak Selalu Bergaduh Sebab Parents Pilih Kasih? Stop Sekarang Sebelum Anak Makan Hati!

“Mak pilih kasih! Mak tak sayang abang. Apa-apa semua lebihkan angah. Abang pun nak baju baru. Abang pun nak dipuji… Kalau macam ni, siapa yang tak makan hati.”

Aduhai, sedihnya mendengar keluhan anak. Kadangkala, ibu bapa mungkin secara tidak sengaja telah membuat keputusan yang berat sebelah. Sebagai contoh, ibu mungkin meminta anak sulung untuk mengalah dengan lebih kerap dengan alasan adik masih muda dan tidak tahu apa-apa.

Niat ibu bapa hanyalah satu – mahu memupuk sifat toleransi antara satu sama lain. Namun, apa yang perlu ibu bapa lakukan jika anak mula makan hati dan menuduh ibu bapa memilih kasih?

Tidak dinafikan, amalan pilih kasih boleh buatkan anak rasa rendah diri dan sangat terasing. Bukan itu sahaja, hubungan antara adik-beradik juga boleh menjadi retak disebabkan anak mula makan hati dengan perbezaan kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibu bapa.

Apa yang bakal berlaku kepada mental anak jika mereka terlalu kerap dibanding-bandingkan dengan orang lain? Jika anda ingin tahu lebih lanjut, mari ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Pilih kasih buat anak makan hati

pilih kasih

Benar, amalan pilih kasih boleh meninggalkan kesan yang sangat mendalam pada jiwa anak-anak, terutamanya jika mereka sering bergaduh antara satu sama lain.

Lebih teruk lagi, menurut kajian, adik-beradik yang sering berbalah selalunya tidak akan menjadi rapat walaupun usia mereka bertambah. Malah, ada di antara mereka yang menjadi lebih benci antara satu sama lain.

Pergaduhan yang terpaksa dihadapi saban hari disebabkan ’sibling rivalry’ ini juga boleh buatkan ibu bapa rasa tertekan. Akibatnya, ibu bapa mungkin akan ‘mengamuk’ atau membebel pada anak-anak tanpa sedar. Ini akan menyebabkan anak memendam rasa dan lebih gemar menyendiri.

Hati-hati ya, jika pergaduhan ini tidak ditangani secara bijak oleh ibu bapa, ketidakpuasan hati antara adik-beradik boleh berlarutan sehinggalah anak dewasa.

Ada banyak perkara yang boleh mencetuskan perasaan cemburu dalam kalangan anak-anak. Kadangkala, ibu bapa sendiri gagal untuk kenal pasti punca anak berbalah.

Walau bagaimanapun, pergaduhan antara adik-beradik merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Perbezaan umur dan perangai masing-masing merupakan antara faktor yang  boleh mencetuskan perbalahan.

Sebagai panduan, kami ada beberapa tip yang boleh ibu bapa praktikkan untuk elak anak bergaduh dengan kerap:

Cara untuk menangani masalah persaingan antara adik-beradik:

  1. Fahami anak dan hormati mereka.
  2. Jelaskan mengapa anda melayan setiap orang dengan layanan yang berbeza.
  3. Jangan memilih kasih.
  4. Pastikan anak selesaikan konflik sendiri, bukan secara paksaan.
  5. Dapatkan bantuan pakar jika pergaduhan menjadi semakin serius.

Kesan amalan pilih kasih dan persaingan antara adik-beradik

Pakar mempunyai pandangan yang berbeza mengenai persaingan antara adik-beradik. Ada yang kata ia dapat mengajar anak erti mengalah. Namun, ada juga yang mempunyai pendapat sebaliknya.

Di bawah, kami senaraikan beberapa kesan amalan pilih kasih terhadap mental anak:

1. Dapat menyebabkan depresi

pilih kasih

Adik-beradik yang terpaksa bersaing antara satu sama lain mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menghidap depresi. Malah, mood mereka juga tidak stabil.

Lebih serius lagi, depresi boleh berlarutan dari kanak-kanak sehinggalah dewasa. Keyakinan diri anak juga akan tercalar jika sering bergaduh dengan adik-beradik yang lain.

Akibatnya, mereka akan mula rasa tidak disayangi, lebih gemar mendiamkan diri dan enggan bergaul dengan ahli keluarga yang lain.

2. Mempunyai sistem sokongan yang lemah

Walaupun anda melayan anak-anak secara sama rata, namun persaingan dalam kalangan adik-beradik masih mampu mensabotaj hubungan mereka.

Disebabkan rasa tidak percaya atau cemburu antara satu sama lain, anak-anak mungkin lebih gemar berahsia daripada berkongsi cerita dengan keluarga sendiri.

Menurut sebuah kajian pada tahun 2015, kanak-kanak yang dibuli oleh adik-beradik sendiri lebih berisiko untuk dibuli oleh kawan-kawan di sekolah. Malah, keadaan emosi mereka juga lebih teruk berbanding rakan sebaya yang lain.

Baca juga:

3. Pilih kasih buatkan anak rasa terasing

Kadangkala, apabila anak bergaduh, mereka mungkin minta pertolongan ibu bapa. Namun, jika ibu bapa mula sebelahkan orang lain, anak mungkin akan rasa ibu bapa memilih kasih dan mula rasa terasing daripada keluarga.

Tidak dinafikan, hubungan kekeluargaan umpama air dicencang tidak putus. Namun, jika anak sering berbalah, perasaan yang terbuku dalam hati mereka mungkin akan kekal sampai bila-bila.

Lama-kelamaan, anak akan rasa sunyi kerana menyangka ibu bapa lebih sukakan adik-beradik yang lain.

4. Mengajar anak cara meleraikan konflik

pilih kasih

Namun, bukan semua kesan pilih kasih akan mendatangkan akibat yang buruk.

Jika anak sering berbalah (namun tidak serius), mereka dapat belajar cara untuk meleraikan konflik.

Sebagai contoh, mereka akan jadi lebih pandai mengawal emosi, memahami perspektif orang lain dan bekerjasama untuk mencapai satu solusi.

Pendek kata...

  • Persaingan antara adik-beradik merupakan sesuatu yang normal. Namun, ia boleh mencetuskan masalah, lebih-lebih lagi jika adik-beradik mempunyai jantina yang sama atau jarak umur antara satu sama lain tidak jauh
  • Kadar persaingan antara adik-beradik lebih rendah jika anak-anak merasakan mereka dilayan secara sama rata
  • Jika anak-anak sering bergaduh, ibu bapa perlu mendapatkan bantuan profesional
  • Kebanyakan adik-beradik akan bergaduh. Namun, ajar anak untuk berbaik semula

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 10 Tips for Dealing With Sibling Rivalry. https://health.clevelandclinic.org/sibling-rivalry-tips-5-for-prevention-5-for-intervention/. Accessed on October 25, 2022.
  2. Child, Kid & Teen Counseling for Stress: Siblings. https://washburn.org/resources/for-families/resources/managing-sibling-rivalry/. Accessed on October 25, 2022.
  3. Children and sibling rivalry. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/sibling-rivalry. Accessed on October 25, 2022.
  4. Sibling Rivalry. https://buddingpsychologists.org/sibling-rivalry/. Accessed on October 25, 2022.
  5. Sibling Rivalry. https://kidshealth.org/en/parents/sibling-rivalry.html. Accessed on October 25, 2022.
  6. Sibling Rivalry. https://www.mottchildren.org/posts/your-child/sibling-rivalry. Accessed on October 25, 2022.

Versi Terbaru

16/11/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Dibuli Adik-beradik, Bukan Isu Remeh

Parents, Ajar Anak 6 Batasan PENTING Ini Semasa Berkawan, Baik Untuk Mental Mereka!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 16/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan