Adakah anda ragu-ragu sama ada si dia adalah benar ‘the one’ yang diciptakan untuk anda? Bagi mereka yang ingin meneruskan hubungan ke fasa yang seterusnya, pasti anda tertanya-tanya mengenai cara mengetahui siapa jodoh kita sebenarnya. Walaupun soalan ini sukar untuk dijawab, sebenarnya ada rahsia percintaan mungkin menandakan bahawa dialah orang yang dicari-cari selama ini.
Malah, jawapannya juga mungkin berbeza mengikut individu. Walaupun kita sudah jatuh cinta berkali-kali dalam hidup, pasti ada seseorang yang mampu membuatkan kita ketawa, teruja dan lebih bahagia daripada sebelum ini.
Pasti ada pembaca yang mula tersenyum sekarang kan? Jika ya, mungkin pasangan anda sekarang merupakan jodoh anda!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
Dalam sebuah hubungan yang sihat, pasangan yang betul bukan sahaja akan menemani anda sehingga hari tua, dia jugalah yang akan kekal di sisi anda ketika sakit.
Malah, pasangan anda juga sanggup menerima apa adanya, semua baik dan buruk anda.
Walaupun anda dan pasangan seperti cincin dan permata; cocok dari setiap segi, namun jangan lupa anda berdua masih lagi insan yang berbeza dengan minat dan kualiti yang mungkin tidak sama.
Malah, ada juga pasangan yang nampak langsung tidak sepadan, tetapi masih berjaya mengikat satu hubungan yang kuat dan berpanjangan.
Jadi, apakah cara mengetahui siapa jodoh kita sebenarnya? Menurut ahli psikologi, ada beberapa tanda yang menunjukkan bahawa pasangan kita adalah ‘the one’.
Berminat untuk ketahui lebih lanjut? Jom ikuti penerangan kami dalam artikel di bawah!
5 cara mengetahui siapa jodoh kita sebenarnya
Adakah anda rasa tenang, gembira dan yakin apabila bersama pasangan? Perasaan ini merupakan antara tanda yang kuat menandakan pasangan anda adalah insan yang dicari-cari selama ini!
Apabila anda berjumpa dengan ‘the one’, hubungan terasa sangat mudah.
Anda dan pasangan juga umpama mempunyai keupayaan telepati yang membuatkan anda lebih mudah untuk memahami satu sama lain.
Jika hubungan sering tegang dan berakhir dengan pergaduhan, sudah tiba masanya untuk anda fikir sedalam-dalamnya mengenai relationship anda sekarang.
Malah, ramai orang yang akan mengabaikan ‘red flag’ ketika berada dalam satu hubungan kerana beranggapan pasangan akan berubah.
Semasa bercinta, mungkin semuanya nampak mudah kerana kita belum lagi diikat dengan ikatan perkahwinan.
Jadi, sebelum anda ambil langkah seterusnya, perhatikan sama ada pasangan anda mempunyai kualiti di bawah atau tidak.
Jika ya, tahniah! Mungkin si dialah jodoh anda!
Cara mengetahui siapa jodoh kita sebenarnya #1: Percaya satu sama lain
Tidak ada gunanya jika anda dan pasangan tidak mempercayai satu sama lain.
Malah, dengan wujudnya kepercayaan yang kuat, anda lebih mudah untuk bersifat terbuka dan boleh berkongsi segalanya dengan pasangan.
Kepercayaan yang kuat menandakan pasangan anda merupakan seorang yang positif, boleh diharap, stabil dan konsisten. Malah, kita juga akan rasa lebih selamat di samping orang yang dipercayai.
2. Komited untuk bersama, rahsia percintaan sihat
Komitmen juga merupakan satu komponen penting dalam hubungan yang sihat. Komitmen bukanlah berbentuk wang ringgit sahaja.
Perhatian, masa dan tenaga juga merupakan satu bentuk komitmen.
Hanya individu yang benar-benar komited sahaja mampu membuktikan bahawa mereka sanggup bersama ketika susah dan senang.
Jadi, antara cara mengetahui siapa jodoh kita sebenarnya adalah dengan melihat kesanggupan si dia untuk meluangkan masa dengan kita!
Cara mengetahui siapa jodoh kita sebenarnya #3 Saling hormat
Untuk memupuk hubungan yang sihat, penting untuk anda dan pasangan saling hormat antara satu sama lain.
Walaupun hormat mempunyai maksud yang lebih besar, ia mungkin sedikit berbeza untuk dua insan yang mempunyai hubungan yang intim.
Anda jarang melatah apabila pasangan mengutarakan pendapat yang berbeza dengan anda?
Jika ya, ini merupakan salah satu tanda hormat dalam hubungan.
Jika anda dan pasangan mudah untuk terima pandangan masing-masing dan jarang berbalah, ini merupakan antara tanda si dia mungkin jodoh anda!
4. Berkomunikasi dengan sihat
Ingin tahu cara mengetahui siapa jodoh kita sebenarnya? Lihatlah cara anda dan pasangan berkomunikasi!
Jika anda boleh meluahkan pendapat, perasaan dan kepercayaan dengan selesa tanpa risau mengenai reaksi negatif, kritikan atau amarah daripada pasangan, ini merupakan tanda komunikasi yang sihat antara anda berdua.
Ini juga merupakan antara rahsia percintaan kekal lama!
5. Anda selesa menjadi diri sendiri
Ini merupakan tanda jodoh betul paling besar yang menandakan si dia adalah jodoh anda. Anda tidak perlu berpura-pura dan selesa menjadi diri sendiri.
Bukan itu sahaja, anda boleh ceritakan apa sahaja pada pasangan dan mereka juga setia mendengar setiap gosip yang keluar dari mulut anda.
Malah, anda selesa bergaduh tanpa merendahkan sesiapa. Jika anda berhadapan dengan konflik, anda boleh berbincang untuk menyelesaikannya.
Jadi, adakah anda dan pasangan menepati kriteria di atas? Cuba fikir-fikirkan!
[embed-health-tool-bmi]