backup og meta

Jangan Malukan Atau Hina Orang Depan Publik! Kesannya, Mangsa Boleh MENTAL!

Jangan Malukan Atau Hina Orang Depan Publik! Kesannya, Mangsa Boleh MENTAL!

Pernahkah anda berdepan dengan situasi dimalukan di hadapan umum? Atau anda ada melihat kejadian sebegitu berlaku pada orang yang anda kenali mahupun individu lain yang tidak dikenali? Perkara sebegini juga ada terjadi di media, contohnya seperti di dalam program realiti televisyen. Dahulu pernah tular kejadian seorang penyanyi wanita dikritik teruk di hadapan khalayak ramai oleh juri pertandingan nyanyian sehingga menitiskan air mata di atas pentas tersebut. Adakah betul tindakan juri terbabit? Sebenarnya, menegur kesilapan itu tidak salah, tetapi menegur jangan sampai menghina orang lain.

Kata kata nasihat tidak semestinya dalam bentuk kejian atau perkara yang memalukan, sebaliknya ia boleh disampaikan dengan cara yang lebih baik.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.

Adakah normal jika seseorang berasa malu?

menegur jangan sampai menghina

Perasaan malu merupakan antara perasaan yang dimiliki oleh semua orang dan ia adalah satu perkara yang normal.

Namun, ia berbeza dengan keadaan apabila seseorang itu dimalukan atau dihina terutamanya di khalayak ramai. Dimalukan ini lebih kepada perbuatan menghina dengan tujuan untuk memalukan seseorang di hadapan orang ramai.

Malu itu normal, manakala dimalukan itu adalah perkara yang boleh dielakkan dan tidak sepatutnya berlaku.

Ingat, bahawa menegur jangan sampai menghina atau memalukan seseorang

Malu dan penghinaan awam

menegur jangan sampai menghina

Malu boleh diertikan sebagai perasaan malu atau terhina yang timbul daripada persepsi telah melakukan sesuatu yang tidak terhormat, tidak bermoral, atau tidak wajar.

Individu yang mengalami rasa malu biasanya cuba menyembunyikan perkara yang mereka rasakan.

Apabila rasa malu menjadi terlalu teruk atau membuatkan rasa terhina, ia boleh melibatkan gangguan emosi sehingga boleh menyebabkan kekusutan mental dan menitiskan air mata.

Dalam konteks penghinaan awam pula, ia melibatkan penghinaan atau pendedahan kepada keadaan yang memalukan di hadapan orang ramai.

Walaupun alasan yang sering digunakan oleh sesetengah individu adalah untuk tujuan menegur atau mendidik, namun perlu difahami bahawa menegur jangan sampai menghina.

Bayangkan jika yang menegur itu berada di tempat individu yang dimalukan itu, pasti akan merasakan keadaan dan gangguan emosi yang serupa. 

Menegur jangan sampai menghina: Penghinaan awam boleh bahayakan individu?

Penghinaan awam dikira satu masalah apabila ia menjadi isu peribadi secara dalaman dan mengakibatkan penilaian yang terlalu keras terhadap diri sendiri secara keseluruhan.

Kata hati dalaman ini mungkin memberitahu anda bahawa anda seorang yang tidak berguna, tidak bernilai atau tidak mempunyai bakat.

Oleh sebab itu, apabila seseorang menghina orang lain di hadapan orang ramai, ia boleh menyebabkan kecenderungan atau risiko berlakunya gangguan emosi atau tekanan mental kepada individu yang menerima kritikan tersebut.

Antaranya ialah seperti kemurungan, kegelisahan, kebimbangan melampau yang kemudiannya membawa kepada keadaan PTSD (post traumatic disorder).

menegur jangan sampai menghina

Jika ia keterlaluan, ia boleh mendorong individu yang dihina itu untuk melakukan perkara-perkara yang membahayakan diri atau luar jangka seperti mencederakan atau membunuh diri.

Selain itu, penghinaan awam ini juga boleh menyebabkan seseorang itu kurang keyakinan diri dan tidak lagi bersemangat dalam melakukan sesuatu.

Bahkan, perkara yang sering membuatkan dirinya teruja juga tidak lagi menarik perhatiannya.

Oleh sebab itu, menegur jangan sampai menghina orang lain kerana ia jelas boleh membunuh karakter seseorang individu. 

Latih diri bersifat empati

Buat mereka yang sering atau cenderung bersifat memalukan orang lain, anda perlu melatih diri untuk bersifat empati terhadap orang lain.

Letakkan posisi diri anda dalam situasi individu lain dan cuba fahami atau rasakan apa yang dirasakan oleh orang lain selama ini.

Empati boleh melatih diri anda untuk lebih bertimbang rasa atau memikirkan perasaan orang lain sebelum anda melakukan sesuatu yang mungkin boleh menyakiti mereka. 

Menegur jangan sampai menghina

Teguran merupakan salah satu proses yang diperlukan dalam pembelajaran. Namun, ia bukanlah lesen untuk seseorang itu menengking, mengherdik, menghina, atau memalukan orang lain kerana ia bukanlah satu proses pembelajaran yang positif.

Menghina bukanlah satu-satunya cara atau jalan untuk mendidik atau menegur seseorang.

Kata kata nasihat yang baik dan berhikmah juga boleh merangsang potensi seseorang untuk pergi lebih jauh atau menjadi lebih bagus. Perlu diingat, maruah diri setiap manusia perlu dijaga seperti mana anda menjaga maruah diri anda sendiri. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Humiliation: Its Nature and Consequences. https://jaapl.org/content/38/2/195. Accessed on January 26, 2023. 

The Shame Game: Is Public Shaming Effective?. https://www.childrenscolorado.org/conditions-and-advice/parenting/parenting-articles/public-shaming/. Accessed on January 26, 2023.

Putting Public Shaming To Shame. https://www.suss.edu.sg/blog/detail/putting-public-shaming-to-shame. Accessed on January 26, 2023.

Moving beyond “shame is bad”: How a functional emotion can become problematic. https://compass.onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/spc3.12263. Accessed on January 26, 2023.

Shame: Interpersonal behavior, psychopathology, and culture. https://psycnet.apa.org/record/1999-02191-000. Accessed on January 26, 2023.

Versi Terbaru

09/06/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selain Kemurungan Selepas Bersalin, Bakal Ibu Turut Terdedah Dengan Penyakit Tiroid!

SERAM Tengok Lukisan Anak? Parents, Ini Mungkin Ciri-ciri Lukisan Anak Kemurungan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan