Terdapat beberapa simptom yang akan berulang, termasuk fikiran tentang sesuatu yang menakutkan, imbas kembali, dan mimpi buruk. Simptom seperti ini boleh memberikan masalah dalam kehidupan seseorang individu.
Terdapat juga simptom untuk mengelakkannya seperti kesukaran untuk mengingati peristiwa trauma dan menghindari untuk mengingati pengalaman tersebut, seperti tempat, individu yang terlibat dan juga objek.
Simptom hyperarousal juga mungkin timbul, seperti rasa ketegangan, mudah terkejut dan mengalami kesukaran untuk tidur. Walaupun ia adalah normal untuk menghadapi beberapa simptom seperti ini selepas peristiwa yang membuatkan anda trauma, tetapi, jika ia berlarutan lebih dari beberapa minggu, ia kemungkinan adalah petanda PTSD.
Normal untuk mengalami tekanan selepas kejadian trauma berlaku. Emosi dan tingkah laku boleh berubah kepada sesuatu yang mengganggu anda. Walaupun kebanyakan individu berdepan dengan masalah tekanan yang diikuti dengan trauma, ia akan berkurangan dari masa ke masa. Tetapi, anda perlu mendapatkan pertolongan jika anda mengalami simptom seperti:
- Berlaku lebih dari 3 bulan
- Menyebabkan anda mengalami tekanan
- Mengganggu tugasan harian, kerja dan kehidupan anda
Simptom emosi
Melibatkan rasa kemurungan, kebimbangan, rasa bersalah dan perasaan yang kosong. Simptom lain adalah anhedonia, emosi yang dikategorikan sebagai hilang minat dalam aktiviti-aktiviti yang dahulunya menyeronokkan. National Center for Biotechnology Information (NCBI), mengatakan ia berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya gangguan psikiatri.
Simptom fizikal
NCBI mendokumenkan beberapa laporan mengenai mengenai masalah fizikal berkaitan PTSD adalah termasuk peningkatan simptom kadar neurologi, pernafasan, musculoskeletal dan kardiovaskular. Kemurungan, rasa bersalah, tekanan, kebimbangan dan masalah tidur boleh menyumbang kepada penyakit fizikal.
Kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang
Gangguan tekanan selepas trauma boleh menyebabkan kehilangan ingatan jangka pendek dan boleh membawa kesan psikologi jangka panjang yang kronik, menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) dan NCBI. Nasib baik, rawatan psikoterapi dapat membantu meringankan dan mengurangkan kesan jangka pendek dan jangka panjang PTSD.
Apa yang perlu dilakukan jika hadapi PTSD?
Simptom PTSD biasanya berlaku selepas mengalami kejadian trauma. Tetapi, untuk sesetengah individu, ia mungkin berlaku selepas sebulan atau mungkin setahun selepas kejadian.
Simptom mungkin datang dan pergi selepas beberapa tahun. Oleh kerana itu, anda perlu perlu mencatatkan sebarang simptom yang anda hadapi dan bincangkan dengan individu yang anda percayai.
Jika anda hadapi simptom untuk lebih dari 4 minggu, yang menyebabkan anda berdepan tekanan, mengganggu kehidupan kerja atau rumah, anda mungkin alami PTSD. Dapatkanlah bantuan profesional dari doktor atau kaunselor.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.