backup og meta

Encik Suami Nak Hidup 5 Kali Ganda Lebih Lama? Kajian Kata Kena Kerap Cium Isteri!

Encik Suami Nak Hidup 5 Kali Ganda Lebih Lama? Kajian Kata Kena Kerap Cium Isteri!

Sebagaimana yang kita tahu, bercium boleh mendatangkan pelbagai manfaat terhadap kehidupan suami isteri terutamanya dalam aspek kesihatan. Pun begitu, siapa sangka perbuatan ini dikatakan boleh buat individu hidup lebih lama?

Terkejut dengan kenyataan ini? Ada kajian yang kata encik suami boleh hidup 5 kali ganda lebih lama jika kerap cium isteri.

Jika anda masih kurang yakin, jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Kerap bercium boleh buat pasangan hidup lebih lama?

Terbaharu, ada sekumpulan pakar perubatan dan psikologi dari Jerman yang mengkaji mengenai perkara ini.

Dr. Arthur Sazbo yang mengetuai kajian ini mengatakan bahawa encik suami yang kerap cium isteri mungkin boleh hidup lebih lama!

Ini kerana suami isteri yang mengamalkan rutin mencium pasangan setiap kali sebelum pergi bekerja, didapati akan kurang kerap jatuh sakit.

Selain itu, mereka juga kurang berisiko mengalami kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Lebih mengejutkan, Dr. Sazbo turut mengatakan suami boleh hidup 5 kali ganda lebih lama jika kerap cium isteri berbanding lelaki yang langsung tidak melakukannya dengan isteri.

hidup lebih lama

Persoalannya, kenapa?

Segalanya berkaitan dengan mood. Bayangkan jika seorang suami itu mencium isterinya setiap pagi sebelum keluar bekerja, sudah pasti mood mereka berada dalam keadaan yang baik.

Perasaan yang positif inilah yang seterusnya akan memberi kesan baik kepada mental dan fizikal seseorang itu”, jelas beliau lagi.

Bercium mendatangkan pelbagai manfaat kesihatan!

Namun, perkara ini bukanlah hanya bersandarkan kepada mood seseorang itu semata-mata.

Hakikatnya, terdapat beberapa lagi manfaat kesihatan yang boleh encik suami perolehi daripada perbuatan kerap mencium isteri.

Selain ia dapat menyemarakkan lagi kehidupan seksual anda dan pasangan, bercium sama ada pada pipi, dahi atau bibir boleh mendatangkan pelbagai lagi manfaat kesihatan kepada individu, termasuklah:

#1. Membantu membakar kalori

Anda dan pasangan sudah lama mencari jalan mudah untuk kekal kurus? Senang sahaja, berciumlah!

Ini kerana kajian mengatakan mencium pasangan dalam tempoh masa yang lama dan kerap boleh membakar kira-kira 100 kalori per jam.

Atau lebih tepat lagi, bercium 3 kali sehari dengan pasangan boleh menurunkan sehingga 1.35 kilogram. Jadi, apa lagi kalian berdua tunggu?

#2. Membantu mencegah alahan

Kedengaran agak mustahil bukan? Bercium mungkin boleh mencegah alahan individu.

Ini kerana, kajian mengatakan bahawa perbuatan ini boleh mengurangkan pertumbuhan antibodi IgE dalam tubuh badan.

IgE inilah yang bertanggungjawab melepaskan histamine – sejenis hormon yang mengaktifkan simptom alahan seperti mata berair dan bersin.

hidup lebih lama

#3. Kekal awet muda dengan bercium

Mungkin ini adalah salah 1 sebab mengapa kita boleh hidup lebih lama jika kerap mencium pasangan.

Buat anda yang belum tahu, bercium adalah 1 aktiviti yang memerlukan pergerakan yang banyak pada muka.

Pergerakan inilah yang akan mengurangkan garis dan kedut yang halus serta melancarkan pengaliran darah pada wajah. Kesannya, anda boleh kekal awet muda!

#4. Bercium bagus untuk paru-paru dan jantung

Akhir sekali, bercium boleh mendatangkan manfaat yang hebat terhadap 2 organ utama dalam tubuh badan kita iaitu paru-paru dan jantung. Bagaimana?

Perbuatan ini dikatakan boleh membantu menormalkan kadar degupan jantung dan merendahkan tekanan darah.

Selain itu, bercium juga sangat bagus untuk melatih paru-paru. Semasa melakukannya, paru-paru akan berfungsi 3 kali ganda lebih efektif sekali gus menguatkannya.

Konklusinya, memang terdapat banyak manfaat kesihatan jika encik suami kerap mencium isteri.

Jika digabungkan kesemuanya, ia mungkin boleh membantu individu hidup lebih lama iaitu 5 kali ganda lebih panjang.

Anda setuju dengannya? Tunggu apa lagi? Amalkanlah perbuatan mencium pasangan setiap kali anda hendak pergi atau pulang bekerja okay!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Men who kiss their wife.https://www.mindblowing-facts.org/2013/02/men-who-kiss-their-wives-in-the-morning-live-five-years-longer-than-those-who-dont/Accessed 2 August 2022.
  2. Kissing your spouse. https://sites.psu.edu/siowfa15/2015/12/04/does-kissing-your-spouse-extend-your-lifespan/Accessed 2 August 2022.
  3. What are the benefits of kiss. https://cerch.org/uncategorized/what-are-the-benefits-of-kiss/ Accessed 2 August 2022.
  4. Different types of kisses and their meanings.https://howtokiss.info/different-types-of-kisses-and-their-meanings/Accessed 2 August 2022.
  5. Types of kisses and their meaning. https://www.femina.in/relationships/love-sex/types-of-kisses-and-their-meaning-199254.html. Accessed 2 August 2022.

Versi Terbaru

02/08/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Bukan Suami Isteri Saja, Pelukan Bawa Manfaat Pada Semua- Ini Sebabnya, #4 Paling Mengujakan!

Seks Oral & Ciuman Boleh Jadi Punca Jangkitan Kelamin HPV, Bagaimana Elak?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan