backup og meta

Anda Dalam Perhubungan Dominan Atau Patuh?

Anda Dalam Perhubungan Dominan Atau Patuh?

Pernahkah anda berfikir bahawa anda berada dalam hubungan yang dominan-patuh (dominant-submissive)? Adakah anda gembira dengan pasangan anda? Adakah anda bersedia menyertai hubungan ini? Adakah anda berasa selamat? Adakah anda rasa disokong olehnya? Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang hubungan intim ini.

Mengapa seseorang kadang-kadang mahu hubungan seperti ini?

Dominan-patuh adalah sebahagian daripada BDSM (Bondage and Discipline, Dominance and Submissive, dan Sadomasochism). Dominan-patuh secara umum adalah berbeza dari SM. Ia memberi tumpuan lebih kepada kuasa berbanding dengan sensasi fizikal.

Dalam hubungan seperti ini, dominan mempunyai kuasa melebihi patuh. Oleh itu, sesetengah orang lebih suka hubungan dominan-patuh untuk mencari kepentingan dalam mengawal orang lain. Kuasa dan seks biasanya dicampur bersama.

Apa yang terlibat dalam hubungan yang dominan-patuh?

Hubungan dominan-patuh biasanya merangkumi kehidupan seks anda dan aspek lain hubungan yang melibatkan pertukaran kuasa. Kadang-kadang, hubungan anda tidak melibatkan aktiviti seksual. Sebagai contoh, orang yang patuh boleh menyediakan hidangan kepada dominan, atau yang dominan boleh meminta yang patuh memakai pakaian tertentu. Anda dan pasangan boleh memainkan peranan berasaskan kuasa seperti jururawat dan pesakit, guru dan pelajar, atau polis dan perompak. Jika yang patuh tidak mengikuti disiplin, dominan boleh memberi hukuman kepada orang patuh.

Anda mungkin menjadi dominan atau patuh. Anda mungkin berpegang pada peranan yang sama setiap kali anda dan pasangan anda berada dalam adegan, atau anda mungkin memainkan peranan yang berbeza dalam situasi yang berbeza. Ini bermakna anda kadang-kadang menjadi dominan, kadang-kadang menjadi orang yang patuh.

Anda dan pasangan anda boleh menjadi hubungan dominan-patuh untuk jangka masa panjang seperti hujung minggu atau cuti. Hanya beberapa orang yang mempunyai gaya hidup ini 24/7.

Hubungan dominan-tunduk vs hubungan tradisional

Hubungan tradisional sering dipanggil hubungan vanila. Satu hubungan dominan-patuh adalah hubungan vanila dengan peranan.

Anda harus ingat, walaupun anda mempunyai hubungan vanila, anda dan pasangan anda memainkan peranan tertentu. Anda mungkin orang yang memperoleh wang. Pasangan anda boleh menjadi pemimpin semasa hubungan seks. Atau, anda boleh melakukan lebih banyak kerja rumah.

Perbezaannya adalah mengenai komunikasi. Untuk jenis yang dominan, anda dan pasangan anda mungkin berunding mengenai apa yang anda berdua sanggup atau tidak sanggup lakukan sebelum hubungan bermula. Kontrak mungkin diperlukan.

Perhubungan dominan-patuh vs hubungan yang kasar

Dalam hubungan dominan-patuh, anda berbincang dengan pasangan anda mengenai penghormatan anda. Hubungan ini dibuat berdasarkan kehendak bersama antara peserta. Semasa adegan dominan-patuh, anda dan pasangan anda boleh mengawal apa yang akan berlaku dan apa yang tidak. Dalam hubungan yang kasar atau penuh kekerasan, satu pasangan boleh melakukan sesuatu yang tidak diinginkan oleh pasangannya.

Dalam hubungan dominan-patuh, selain daripada situasi tertentu, anda boleh menjalani kehidupan normal anda. Anda boleh menghubungi keluarga dan rakan anda. Anda mempunyai tugas anda. Anda mempunyai keseronokan lain. Yang dominan akan membantu yang patuh menemui dirinya sebenar. Sekiranya anda tidak dapat berhubung dengan orang yang anda sayangi, ia mungkin merupakan isyarat yang tidak baik.

Dalam hubungan dominan-patuh, anda berdua akan berasa baik dan selesa. Anda gembira. Anda mahu menghabiskan masa dengan pasangan anda. Anda mempercayai pasangan anda dan berasa selamat ketika bersamanya. Walau bagaimanapun, jika anda merasa tertekan, tidak selamat, dan malu, hubungan anda mungkin bersifat kasar.

Baca juga:

 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Bezreh T, Weinberg TS, Edgar T. BDSM Disclosure and Stigma Management: Identifying Opportunities for Sex Education. American Journal of Sexuality Education. 2012;7(1):37-61. doi:10.1080/15546128.2012.650984.s

Dominant and submissive relationships. http://rewriting-the-rules.com/sex/dominant-and-submissive-relationships/. Accessed March 28, 2017.

Dominant Vs. Abusive Relationship. http://www.livestrong.com/article/236345-dominant-vs-abusive-relationship/. Accessed March 28, 2017.

Domestic Violence – Signs of Domestic Violence. http://www.webmd.com/mental-health/tc/domestic-violence-signs-of-domestic-violence#1. Accessed March 28, 2017.

10 Essential Factors for a Healthy Relationship. http://blogs.webmd.com/art-of-relationships/2011/09/10-essential-factors-for-a-healthy-relationship.html. Accessed March 28, 2017.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan