backup og meta

Mata Penat Asyik Hadap Laptop? Cuba Senaman Yoga Mata, Bagus Untuk Penglihatan!

Mata Penat Asyik Hadap Laptop? Cuba Senaman Yoga Mata, Bagus Untuk Penglihatan!

Senaman yoga mata, adalah pergerakan yang dikatakan mampu menguatkan otot pada struktur mata.

Menurut dakwaan, mereka yang mengamalkan yoga mata berupaya meningkatkan penglihatan, mengurangkan simptom glaukoma mahupun masalah ketegangan mata.

Namun, sejauh mana kebenarannya? Sebelum penulis kupas dengan lebih lanjut, mari fahami dahulu manfaat senaman mata ini.

Teruskan pembacaan anda!

Yoga mata, apa manfaatnya?

#1 Meningkatkan penglihatan

Jika diikutkan, tidak ada bukti menunjukkan yoga mata atau senaman mata lain dapat merawat masalah rabun jauh, yang turut dikenali sebagai myopia.

Menurut kajian 2012, pengamalan teknik yoga mata untuk golongan astigmatism dan refraction errors menunjukkan sama ada peningkatan objektif yang sedikit atau tidak sama sekali.

Penulis kajian ini percaya, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengetahui kesan yoga mata sepenuhnya sebagai rawatan pelengkap buat penglihatan.

#2 Kurangkan ketegangan mata

Senaman mata ini dikatakan berfungsi untuk mencegah dan melegakan simptom ketegangan mata.

Dalam kajian melibatkan 60 pelajar kejururawatan, dengan mengamalkan senaman yoga mata selama 8 minggu membuatkan mata merasa kurang tegang dan penat.

Ini kerana, ketegangan mata berkait dengan tekanan, justeru senaman yoga mata boleh berfungsi dengan 2 cara:

  • Merangsang otot yang menggerakkan mata dan menguatkannya
  • Menurunkan tahap tekanan dan membantu pelajar untuk kekal fokus

Teknik-teknik senaman mata, eye yoga

#1 Palming

  • Gosokkan tapak tangan dengan kuat hingga menjadi hangat dan letakkan dengan lembut di atas kelopak mata
  • Rasakan kehangatan tapak tangan pada mata dan otot mata menjadi santai
  • Kekal dalam kedudukan ini sehingga haba panas daripada tangan diserap sepenuhnya oleh mata
  • Sekali lagi, gosokkan tapak tangan dan ulangi proses sekurang-kurangnya 3 kali

#2 Mengelip

  • Berkelip sekitar 10 kali dengan sangat cepat
  • Tutup mata anda dan berehat selama 20 saat
  • Ulangi kaedah ini sebanyak 5 kali

#3 Sideways viewing

  • Angkat lengan dengan mengepalkan tangan dan ibu jari menunjuk ke atas
  • Lihatlah satu titik lurus di depan sejajar dengan mata. Pastikan kepala kekal dalam posisi tetap ini, fokus pada yang berikut satu demi satu, dengan mengalihkan pandangan anda ke:
  • Ulangi kaedah ini sebanyak 10 hingga 20 kali

#4 Front and sideways viewing

  • Letakkan tangan kiri (tertutup) di lutut kiri dengan ibu jari ke atas
  • Lihatlah satu titik lurus di depan dan sejajar dengan mata
  • Kekalkan kepala dalam posisi ini
  • Hembus nafas, fokuskan mata pada ibu jari kiri
  • Tarik nafas, fokuskan mata pada titik di depan dan sejajar dengan mata
  • Ulangi proses yang sama dengan ibu jari kanan

#5 Rotational viewing

  • Letakkan tangan kiri di lutut kiri
  • Letakkan penumbuk kanan di atas lutut kanan, dengan ibu jari ke atas. Pastikan siku lurus
  • Sekarang dengan kepala tegak, fokuskan mata pada ibu jari
  • Lakukan pergerakan bulatan dengan ibu jari, dengan siku kekal lurus
  • Ulangi latihan ini 5 kali mengikut arah jam dan lawan jam
  • Ulangi proses sama dengan ibu jari kiri

#6 Up and down viewing

  • Dengan kedua ibu jari ke atas, letakkan kedua-dua penumbuk di lutut
  • Angkat ibu jari kanan secara perlahan-lahan sambil mengekalkan lengan yang lurus. Ikuti pergerakan ibu jari ke atas dengan mata
  • Apabila ibu jari dinaikkan dengan maksimum, turunkan secara beransur-ansur ke posisi awal dan terus fokus pada ibu jari dengan kepala yang masih tegak
  • Ulangi proses yang sama dengan ibu jari kiri
  • Kepala dan tulang belakang juga harus lurus sepanjang senaman

#7 Preliminary nose tip gazing

  • Angkat lengan kanan separa hidung
  • Kepalkan tangan kanan dengan ibu jari ke atas
  • Fokuskan kedua-dua mata pada hujung ibu jari
  • Bengkokkan lengan dan perlahan-lahan bawa ibu jari ke hujung hidung, dengan mata kekal tertumpu pada hujung ibu jari
  • Kekal dalam posisi ini sebentar dengan ibu jari yang diletakkan di hujung hidung
  • Terus menatap hujung ibu jari, dan secara perlahan luruskan lengan
  • Ulang sebanyak 5 kali

#8 Near and distant viewing

  • Berdiri atau duduk di tepi tingkap terbuka dengan pemandangan yang jelas
  • Fokus pada hujung hidung selama 5 ke 10 saat
  • Ulangi langkah ini kira-kira 10 hingga 20 kali

Senaman mata menurut dapatan kajian…

alahan mata

Walaupun banyak dakwaan manfaat senaman mata ini berlegaran, namun masih banyak sains diperlukan bagi menyokong tuntutan tersebut.

Senaman mata sebenarnya membantu seseorang meningkatkan tindak balas otak terhadap cara penaksiran sesuatu.

Mungkin, ia tidak mempengaruhi kualiti penglihatan tapi membuatkan kalian lebih fokus terhadap apa yang diperhatikan.

Itulah sebabnya, dalam 1 kajian, tidak ada peningkatan penglihatan yang dapat diukur secara objektif tetapi peserta mendakwa mereka melihat dengan lebih jelas.

Dengan kata lain, senaman mata membantu mereka mengenal pasti objek yang dilihat dengan lebih cepat.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.artofliving.org/yoga/health-and-wellness/yoga-eyes
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6134736/
  3. https://dx.doi.org/10.1589/jpts.28.1813
  4. https://dx.doi.org/10.1371/journal.pone.0059244

Versi Terbaru

02/02/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Benarkah Masalah Mata Kering Ada Kaitan Dengan Migrain? Ini Jawapan Kajian!

Tak Nak Mata Rabun Sebab Banyak Lihat Skrin? Ikut Peraturan 20-20-20 Jaga Deria Penglihatan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 02/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan