Senam aerobik Jogging Bola sepak Tenis Sebenarnya, anda masih boleh melakukan sukan intensiti berat tersebut, namun lebih baik kegiatan itu dilakukan ketika anda sudah berbuka puasa ketika badan mempunyai cukup bekal untuk menghasilkan tenaga.
Bilakah masa yang sesuai untuk bersenam ketika berpuasa?
Tidak seperti hari-hari biasa, waktu bersenam di bulan puasa cukup terhad. Tentu saja anda tidak digalakkan untuk melakukan sukan di tengah hari yang panas, kerana risiko untuk mengalami dehidrasi adalah sangat tinggi.
Oleh kerana itu, anda harus menetapkan dan mengetahui waktu yang tepat untuk melakukan senaman ketika berpuasa agar tidak mengganggu fungsi tubuh. Beberapa waktu boleh digunakan untuk bersenam di bulan puasa iaitu:
- Pagi. Pada masa ini anda masih mempunyai tenaga yang cukup banyak untuk bekerja, termasuk bersenam. Walaupun kekurangannya jika anda melakukan sukan di pagi hari adalah anda akan merasa letih ketika melakukan senaman berikutnya.
- Petang. Berbeza dari masa bersenam di waktu pagi, waktu petang – kira-kira satu atau dua jam sebelum waktu berbuka – merupakan masa ‘krisis’ di mana tubuh biasanya merasa letih akibat telah menahan lapar seharian. Walau bagaimanapun kelebihannya adalah, anda boleh terus menggantikan tenaga yang hilang ketika anda berbuka puasa.
Hal ini bergantung kepada keperluan dan jadual aktiviti masing-masing. Jika anda takut keletihan, anda boleh membahagikan masa bersenam sewaktu berpuasa di waktu pagi dan petang dalam tempoh yang tidak terlalu lama.
Selain itu, sesuaikan juga jenis sukan yang akan dilakukan dengan waktu senaman. Misalnya, jika anda ingin bersenam di pagi hari, maka pilihlah sukan yang tak begitu memenatkan seperti berjalan santai atau yoga. Sebaliknya jika anda bersenam di waktu petang, anda boleh melakukan sukan yang mempunyai intensiti yang lebih tinggi, seperti berenang atau berbasikal.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen