backup og meta

AWAS! Anda Boleh Buta Jika Kerap Makan Ubat Tahan Sakit, Betul Ke?

AWAS! Anda Boleh Buta Jika Kerap Makan Ubat Tahan Sakit, Betul Ke?

Tahukah anda, aspirin, atau turut dikenali sebagai ubat tahan sakit telah dikaitkan dengan punca sakit mata, terutamanya dalam kalangan warga emas.

Ubat tahan sakit ini sering kali diambil bagi mengurangkan risiko serangan jantung, strok atau hanya untuk mengawal kesakitan.

Laporan yang beredar selama beberapa tahun kebelakangan ini telah mengaitkan penggunaan aspirin dan penyakit mata, seperti degenerasi makula berkaitan usia (AMD).

Apa itu AMD? Ia adalah perubahan tidak sihat pada bahagian saraf (retina) dalam mata tanpa sebab yang nyata hingga mampu akibatkan gangguan penglihatan yang kekal.

Degenerasi makula telah menjadi penyebab utama kebutaan dalam kalangan warga emas, dan kes ini semakin lama semakin meningkat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

Apa itu ubat tahan sakit, aspirin?

Aspirin, Acetylsalicylic Acid (ASA) adalah ubat yang biasa digunakan untuk merawat kesakitan dan demam atas sebab yang berbagai-bagai.

Ubat tahan sakit ini juga tergolong dalam kumpulan non-steroidal anti inflammatory drug (NSAID).

Jenis yang tergolong dalam kumpulan NSAID ialah ubat tahan sakit untuk kesakitan berkisarkan tahap ringan hingga sederhana.

Selain itu, aspirin adalah sejenis ubat yang dapat anda perolehi tanpa memerlukan sebarang preskripsi daripada doktor.

Antara fungsi ubat tahan sakit aspirin, merangkumi:

ubat tahan sakit

  • Ubat tahan sakit: Diguna untuk melegakan kesakitan seperti senggugut, pening kepala, sakit gigi atau otot
  • Ubat pencair darah: Untuk menggunakan aspirin sebagai ubat cair darah, preskripsi oleh doktor diperlukan. Ia bertindak menghalang pembentukan platelet yang berupaya mengakibatkan pembekuan darah dan seterusnya, membawa kepada strok ataupun serangan jantung

Tambahan itu, ubat ini juga digunakan oleh pesakit yang pernah mengalami strok, serangan jantung, menjalani pembedahan jantung (stent atau bypass) atau mereka yang ada risiko tinggi terhadap serangan jantung.

Kaitan antara warga emas & penggunaan aspirin?

Beberapa penyelidik mengkaji hubungan antara penggunaan aspirin dengan AMD.

Masalah ini secara dasarnya didapati mempengaruhi pesakit yang lebih berusia.

AMD telah memberi kesan kepada kira-kira 1.8 juta orang dan merupakan penyebab utama kebutaan pada individu yang berusia lebih daripada 50 tahun.

Kebanyakannya menggunakan aspirin untuk melegakan sakit arthritis atau mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

AMD basah (neovaskular) dikatakan bertanggungjawab terhadap punca sakit mata dan kehilangan penglihatan yang paling ‘dramatik’ dalam kalangan pesakit.

Pun begitu, ia jarang terjadi dan hanya berlaku kepada kira-kira 10% individu yang menghidap AMD.

AMD basah berlaku apabila aliran darah yang rapuh dan tidak normal tumbuh di belakang mata, salur darah bocor, makular yang pecah/ berubah tempat menyebabkan penglihatan menjadi herot.

Ulas Pakar Bedah Mata, Dr. Rishi Singh, kondisi ini mengakibatkan saluran darah bocor ke bahagian retina, menyebabkan kerosakan dan gangguan penglihatan.

Akhirnya, jika tisu parut terbentuk, ia berisiko menyekat penglihatan pusat secara kekal!

AMD kering pula sebaliknya lebih kerap berlaku, namun ia terbentuk dengan perlahan dan tidak menyebabkan kehilangan penglihatan secara mengejut. Ia berlaku apabila deposit kuning terbentuk di tengah retina (makula).

Sekiranya deposit ini terbentuk dengan banyak, penglihatan pesakit akan mula terjejas dan akan dapat dikesan saat melakukan aktiviti tertentu, seperti membaca.

Maka, jika kondisi ini meningkat dengan berterusan, dalam kes yang teruk, ia mampu menyebabkan kehilangan penglihatan pusat.

Aspirin & penglihatan, apa dapatan kajian?

cacing

Menariknya, kajian mengenai topik ini menghasilkan keputusan yang berbeza dan pelbagai.

Beberapa kajian menunjukkan kemungkinan berlakunya kemerosotan AMD, manakala ada juga yang menekankan kemungkinan manfaat untuk AMD.

1 kajian dilakukan baru-baru ini pula tidak menemukan kaitan yang signifikan antara penggunaan aspirin dan pembentukan AMD yang lewat.

Tambah lagi, manfaat penggunaan aspirin untuk mengurangkan risiko masalah jantung juga telah ‘menenggelam’ jauh risiko AMD.

Kajian lain pula mendapati, pengguna tetap aspirin mempunyai risiko 2 kali ganda untuk mengalami AMD basah dalam jangka masa panjang berbanding mereka yang tidak mengambilnya secara kerap.

Walau bagaimanapun, perbezaannya berkurang ketika memfaktorkan mereka yang tidak mempunyai sebarang penyakit kardiovaskular.

Di samping itu, 1 kajian berskala besar mendapati, penggunaan aspirin dalam dos yang rendah sebenarnya dapat mengurangkan risiko AMD dalam skala kecil.

Tambah Dr. Singh, apabila para penyelidik mempertimbangkan kesemuanya, termasuk risiko AMD dan faedahnya dalam mengurangkan risiko kejadian kardiovaskular, aspirin jelas bermanfaat!

Ya, ia mungkin meningkatkan risiko AMD sedikit sebanyak, tapi secara dramatiknya ia mengurangkan risiko terhadap kondisi yang mengancam nyawa!

Jika mahu diikutkan, pengguna tetap aspirin ternyata mempunyai kadar strok lebih rendah sebanyak 32% dan kemungkinan 15% lebih sedikit untuk mengalami serangan jantung berbanding mereka yang tidak menggunakan ubat ini secara berkala, menurut laporan American Society of Retina Specialists.

Seperti yang dikatakan oleh Dr. Singh, aspirin mungkin menyumbang kepada punca sakit mata seperti AMD, tapi risiko kecil ini masih tidak dapat mengalahkan kesan positifnya terhadap jantung.

Sekiranya anda kerap mengambil ubat tahan sakit aspirin untuk faedah kesihatannya yang lain, kalian disarankan untuk menjalani pemeriksaan mata secara berkala.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.aarp.org/health/conditions-treatments/info-02-2013/aspirin-eye-disease-link.html
  2. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/long-term-aspirin-use-linked-to-vision-loss
  3. http://www.myhealth.gov.my/degenerasi-makula-berkaitan-dengan-usia/
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5098504/
  5. https://www.aoa.org/news/clinical-eye-care/diseases-and-conditions/the-amd-aspirin-balancing-act

Versi Terbaru

10/06/2021

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Darah Cair, Tak Boleh Membeku, BAHAYA! Ini Tip Jika Anda Atau Orang Tersayang Alaminya

Aspirin dan Ibuprofen, Bolehkah Diambil Bersama?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 10/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan