backup og meta

Kerap Alami Fotofobia (Sensitiviti Terhadap Cahaya), Ini Penyebab Ia Berlaku!

Kerap Alami Fotofobia (Sensitiviti Terhadap Cahaya), Ini Penyebab Ia Berlaku!

Pernahkah anda mendengar tentang fotofobia? Masalah fotofobia (photophobia) atau sensitiviti cahaya adalah satu keadaan yang mana anda tidak bertoleransi dengan cahaya.

Sumber-sumber seperti cahaya matahari, cahaya pendarfluor dan cahaya pijar boleh menyebabkan ketidakselesaan, berserta dengan keperluan untuk mengecilkan mata atau menutup mata anda.

Sakit kepala juga boleh muncul bersama sensitiviti cahaya. Seseorang yang sensitif terhadap cahaya kadang-kadang hanya diganggu oleh cahaya terang. 

Namun begitu, tahukah anda apa sebenarnya punca fotofobia ini berlaku dan bagaimana rawatannya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mata, anda boleh klik di sini.

Punca masalah fotofobia berlaku

Fotofobia bukan penyakit mata, tetapi simptom pelbagai keadaan seperti jangkitan atau keradangan yang boleh merengsakan mata.

Sensitiviti terhadap cahaya juga boleh menjadi simptom penyakit secara tidak langsung mempengaruhi mata seperti penyakit yang disebabkan virus atau sakit kepala yang teruk atau migrain.

Seseorang yang memiliki mata yang berwarna lebih terang juga mungkin mengalami sensitiviti yang lebih ringan dalam persekitaran seperti cahaya matahari yang cerah kerana mata berwarna gelap mengandungi lebih banyak pigmen untuk melindungi daripada pencahayaan yang keras (menyilaukan mata).

masalah fotofobia

Penyebab fotofobia biasa yang lain adalah lelasan kornea (corneal abrasion), uveitis dan gangguan sistem saraf pusat seperti meningitis.

Sensitiviti cahaya juga dikaitkan dengan retina tanggal (detached retina), kerengsaan kanta sentuh, pendedahan cahaya matahari dan pembedahan refraktif.

Masalah fotofobia sering mengiringi albinisme (kekurangan pigmen mata), jumlah kekurangan warna (hanya dilihat dalam warna kelabu), botulisme, rabies, keracunan merkuri, konjunktivitis, keratitis dan iritis.

Penyakit-penyakit jarang tertentu, seperti gangguan genetik keratosis follicularis spinulosa decalvans (KFSD), dilaporkan menyebabkan masalah fotofobia.

Dan beberapa ubat boleh menyebabkan sensitiviti cahaya sebagai kesan sampingan, termasuk belladonna, furosemide, quinine, tetracycline dan doxycycline.

Bagaimana pula rawatannya?

rawatan fotofobia

Rawatan terbaik untuk kepekaan cahaya adalah dengan menangani punca-puncanya. Apabila pencetusnya dirawat, dalam kebanyakan kes, fotofobia akan hilang.

Jika anda mengambil ubat tertentu yang menyebabkan sensitiviti ringan, berbincang dengan doktor anda untuk tindakan selanjutnya.

Sekiranya anda sensitif kepada cahaya, elakkan cahaya matahari yang terang dan sumber pencahayaan yang keras. Pakai topi yang luas dan cermin mata hitam dengan perlindungan ultraviolet (UV) apabila berada di luar pada siang hari.

Pertimbangkan juga untuk memakai cermin mata dengan kanta fotokroma (photochromic lenses). Kanta ini menjadi gelap secara automatik di luar rumah dan menyekat 100 peratus sinaran UV matahari.

Untuk cahaya matahari yang terang, pertimbangkan cermin mata hitam terpolarisasi (polarized sunglasses).

Kanta ini memberikan perlindungan tambahan terhadap pantulan lampu dari air, pasir, salji, jalan raya konkrit dan permukaan reflektif yang lain sekali gus dapat meredakan fotofobia anda.

Dalam kes yang luar biasa, anda boleh mempertimbangkan memakai kanta sentuh prostetik yang berwarna khusus untuk kelihatan seperti mata anda sendiri.

Kanta sentuh prostetik boleh mengurangkan jumlah cahaya memasuki mata dan menjadikan mata anda lebih selesa.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fotofobia (Silau Mata). http://www.myhealth.gov.my/en/fotofobia-silau/. Diakses pada Disember 4, 2023.

Photophobia. https://www.mountsinai.org/health-library/symptoms/photophobia#:~:text=Photophobia%20is%20eye%20discomfort%20in,through%20to%20change%20pupil%20size. Diakses pada Disember 4, 2023.

Photophobia. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/photophobia. Diakses pada Disember 4, 2023.

Photophobia: Looking For Causes And Solutions. https://www.aao.org/eyenet/article/photophobia-looking-causes-solutions. Diakses pada Disember 4, 2023.

What Is Photophobia & Can It Be Treated? https://americanmigrainefoundation.org/resource-library/what-is-photophobia/. Diakses pada Disember 4, 2023.

 

Versi Terbaru

08/12/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

10 Jenis Penyakit Mata Yang Boleh Berlaku! #5 Itu Mungkin Biasa Bagi Anda?

Sukar Bezakan Warna Merah Dan Hijau? Ada Cermin Mata Khas Untuk Si Rabun Warna


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/12/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan