backup og meta

Waktu Subur Lelaki Seawal 4 Pagi, Patutlah Zakar Tegang Lain Macam!

Waktu Subur Lelaki Seawal 4 Pagi, Patutlah Zakar Tegang Lain Macam!

Setiap pasangan suami isteri pasti mahu menimang cahaya mata bukan? Jadi, waktu subur lelaki adalah aspek penting dalam usaha mendapatkan zuriat.

Ada pasangan yang dimurahkan rezeki terus dikurniakan bayi yang comel selepas beberapa bulan perkahwinan.

Namun, ada juga yang sudah berusaha bertahun lamanya tetapi masih belum ditunaikan impian mereka.

Ini semua ada kaitan dengan faktor kesuburan.

Tidak! Jangan hanya menuding jari dan menyalahkan isteri sahaja. Encik suami juga tidak terkecuali dari mengalami masalah ketidaksuburan.

Kita mungkin biasa terdengar atau terbaca bahawa seks perlu dilakukan ketika waktu subur wanita.

Pun begitu, waktu subur bagi golongan lelaki seringkali tidak diberikan penekanan. Ia adalah kesilapan yang tidak wajar diteruskan.

Khas buat pembaca kami, sila ikuti artikel ini untuk mengetahui bila waktu subur lelaki yang sebenar!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Lelaki & kesuburan

Bagi seorang lelaki, kesuburan itu boleh diukur melalui kualiti dan kuantiti sperma yang terkandung dalam air mani mereka.

Sperma boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti suhu dan masa.

Namun, tahukah anda, secara umumnya, jumlah sperma mungkin akan lebih banyak pada waktu pagi dan cuaca sejuk.

Manakala ketika cuaca panas pula, kuantiti dan kualitinya akan menjadi sedikit berkurangan.

Ini disebabkan oleh testis yang sangat sensitif terhadap suhu persekitarannya.

Disebabkan itu, kaum Adam sangat tidak digalakkan untuk mandi wap dan sauna atau berendam di dalam tab, jakuzi dan kolam air panas.

Dalam erti kata yang lebih mudah, waktu subur orang lelaki adalah pada waktu pagi dan cuaca sejuk.

Namun, adakah sangkaan ini tepat? Atau ada waktu yang lebih spesifik?

Tenang, teruskan pembacaan anda!

Waktu subur lelaki yang paling tepat

waktu subur lelaki

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa waktu subur lelaki adalah pada waktu pagi dan cuaca sejuk.

Jadi, adakah pasangan suami isteri perlu bersenggama pada waktu ini bagi meningkatkan kemungkinan untuk mengandung?

Ya, ia adalah keputusan yang sangat baik.

Untuk lebih tepat lagi, ramai pakar mengatakan waktu subur orang lelaki yang paling tepat adalah sekitar jam 4.00 pagi sehingga 7.00 pagi!

Pada waktu ini, jumlah sperma dikatakan berada pada tahap kualiti dan kuantiti yang paling tinggi.

Ini menjadikan waktu ini sebagai masa yang paling tepat buat pasangan yang sukar mendapatkan anak untuk berasmara.

Oleh itu, pasangan suami isteri perlu memanfaatkan waktu ini sebaiknya.

Jika sukar untuk berjaga sehingga waktu ini, mungkin kalian boleh bangun tidur lebih awal seperti jam 5 atau 6 pagi?

Projek asmara pada waktu pagi sebelum ke pejabat juga adalah sesuatu yang sangat seronok untuk dilakukan!

Tip penting buat lelaki

Pun begitu, pasangan suami isteri yang melakukan seks pada waktu subur lelaki ini tidaklah dijamin berjaya mendapatkan zuriat.

Ini kerana ia juga sangat bergantung kepada pelbagai lagi aspek kesuburan yang lain.

Kalian berdua perlu tahu bahawa tidak semua lelaki mampu memiliki sperma yang sihat.

Berikut merupakan beberapa masalah sperma yang biasa terjadi kepada lelaki akibat kondisi kesihatan:

  • Oligozoospermia – masalah kuantiti sperma yang rendah
  • Asthenozoospermia – masalah mobiliti sperma
  • Teratozoospermia – masalah morfologi sperma
  • Oligoasthenoteratozoospermia – gabungan ketiga-tiga masalah di atas
  • Azoospermia – langsung tidak mempunyai sperma

Senarai di atas ini adalah kondisi kesihatan yang tidak dapat dielak dan mungkin boleh terjadi kepada mana-mana lelaki.

Jadi, sila berhubung dan berjumpa dengan pakar segera untuk mendapatkan rawatan.

waktu subur lelaki

Namun, terdapat beberapa petua yang kaum Adam boleh amalkan dalam usaha menjamin sperma yang lebih berkuantiti dan berkualiti lantas meningkatkan kesuburan. Ikuti petua ini:

#1. Jangan memakai seluar yang terlampau ketat

#2. Jauhi situasi yang terdedah kepada bahan kimia atau radiasi

#3. Kurangkan aktiviti di luar rumah ketika cuaca panas

#4. Kurangkan stres

#5. Berhenti merokok

#5. Elakkan minuman beralkohol

#6. Kawal berat badan anda

#7. Amalkan diet yang seimbang

#8. Jangan ambil produk yang mengandungi steroid atau dadah terlarang

#9. Sila ambil produk atau suplemen yang diperakui oleh doktor

Sekiranya anda mengamalkan 9 tip ini dan melakukan hubungan seks pada waktu subur lelaki yang diperkatakan tadi, nescaya kesuburan anda akan menjadi lebih baik.

Ini seterusnya akan membuat kemungkinan anda dan pasangan untuk memperolehi zuriat menjadi lebih tinggi!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Male infertility. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/male-infertility/symptoms-causes/syc-20374773. Accessed March 29, 2022.
  2. How common is male infertility, and what are its causes? https://www.nichd.nih.gov/health/topics/menshealth/conditioninfo/infertility. Accessed March 29, 2022.
  3. Healthy sperm: Improving your fertility. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/fertility/art-20047584. Accessed March 29, 2022.
  4. Study aims to quell fears over falling human sperm count. https://news.harvard.edu/gazette/story/2021/05/fears-over-falling-human-sperm-count-may-be-overblown/. Accessed March 29, 2022.
  5. Don’t make the mistake of letting a diet kill sperm. https://www.uchicagomedicine.org/forefront/health-and-wellness-articles/dont-make-the-mistake-of-letting-a-diet-kill-sperm. Accessed March 29, 2022.
  6. When Are Women & Men Most Fertile? https://www.britishfertilitysociety.org.uk/fei/when-are-women-men-most-fertile/#:~:text=Men%20do%20not%20have%20a,be%20used%20at%20any%20time.&text=Graphic%201%20shows%20when%20pregnancy,when%20the%20egg%20is%20released. Accessed March 29, 2022.
  7. Ovulation as a male mating prime: subtle signs of women’s fertility influence men’s mating cognition and behavior. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20822287/. Accessed March 29, 2022.

Versi Terbaru

05/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Selalu Guna Air Liur Sebagai Pelincir Seks? Hati-Hati Ia Boleh JEJASKAN Sperma Suami!

Ini Rahsia Sperma Lebih Subur & Berkualiti, Jadi Lelaki Kena Makan Banyak Tomato!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan