Kaum Adam, pernahkah pengalaman bersetubuh kalian beralih daripada kenikmatan kepada kesakitan apabila zakar melecet selepas bersama?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Kaum Adam, pernahkah pengalaman bersetubuh kalian beralih daripada kenikmatan kepada kesakitan apabila zakar melecet selepas bersama?
Hubungan seks tidak sepatutnya jadi menyakitkan. Jadi, mengapa sakit zakar boleh terjadi selepas bersama?
Jika mahu diikutkan, terdapat banyak kemungkinan penyebab sakit zakar selepas hubungan seks, merangkumi penyakit kelamin (STD) tertentu, jangkitan, dan kondisi kesihatan yang memerlukan perhatian.
Dalam kupasan kali ini, kita akan cuba mengenal pasti antara punca yang kerap menyebabkan lelaki mengalami sakit zakar selepas bersenggama, berserta rawatan yang boleh dilakukan!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.
Sebelum kupas mengenai pilihan rawatan yang boleh dicuba, mari kita kenali antara punca yang berpotensi menyumbang kepada masalah ini. Teruskan pembacaan!
Tahukah anda, antara penyebab zakar sakit yang acap kali berlaku boleh diakibatkan oleh seks yang kasar, berpanjangan atau berlebihan, terutamanya pada golongan lelaki muda!
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang jarang atau tidak pernah bersetubuh sebelum ini, maka anda cenderung untuk alami rasa sakit pada kemaluan dek kerana jenis geseran baharu ini.
Tambah lagi, apabila bersama dalam tempoh yang sangat lama, kulit zakar juga berupaya menjadi sakit dan meradang akibat geseran dan gosokan, terutama jika melibatkan aktiviti seks ganas.
Perkara yang sama turut menimpa mereka yang suka melancap atau ‘handjob’ pasangan dengan lama!
Namun, seks oral jarang menyebabkannya dek kerana wujudnya elemen pelinciran air liur.
Justeru, elakkan risiko kecederaan pergeseran ini dengan mengamalkan pemakaian produk pelincir yang banyak terjual di pasaran, okey?
Sekiranya bakteria daripada sistem pencernaan pergi ke saluran kencing, ia boleh membiak dan memicu UTI!
Jangkitan ini boleh menyebabkan kerengsaan dan keradangan pada zakar.
Untuk makluman, simptom-simptom UTI merangkumi:
Baca juga:
Balanitis adalah keradangan pada kepala zakar, yang boleh memicu perubahan warna, pembengkakan, dan kesakitan. Kegatalan dan kerengsaan juga boleh berlaku!
Gejala-gejala ini mungkin berlaku di bawah kulup zakar, beberapa hari usai melakukan hubungan seks.
Selain itu, seks tidak dilindungi, kebersihan yang lemah, alergi, dan perengsa kimia berisiko meningkatkan risiko balanitis.
Bagi mereka yang mempunyai kecenderungan untuk memperoleh balanitis selepas bersama, risikonya boleh dikurangkan dengan mencuci zakar setelah melakukan aktiviti seksual.
Kerengsaan atau rasa sakit zakar juga boleh menjadi indikasi kepada STD! Antara penyakit kelamin yang kerap berlaku; herpes kemaluan, klamidia, gonorea, dan sifilis.
Simptom-simptom lain akibat STD pada lelaki, merangkumi:
DE berlaku apabila seseorang lelaki memerlukan masa melebihi 30 minit untuk melakukan ejakulasi ketika hubungan seks atau melancap.
Sesetengah individu sememangnya dilahirkan dengan kondisi ini. Ia juga boleh berlaku akibat:
Kesulitan berejakulasi menyebabkan kebengkakan, rasa sakit zakar dan skrotum.
Gejala ini juga mungkin akan berlanjutan beberapa jam selepas bersama atau sehingga darah mengering sepenuhnya daripada zakar.
Tanpa mengambil kira kaedah yang anda buat untuk melegakan kesakitan, jangan terlibat dengan hubungan seks dan senaman berat sehingga kawasan ‘bawah’ kembali normal!
Rawatan anda bakal bergantung pada pemicu kesakitan dan kerengsaan. Antara rawatan perubatan yang sering diberikan adalah:
Seperti yang dapat dilihat, ada banyak kemungkinan yang menyumbang kepada isu kerengsaan dan zakar melecet selepas bersama.
Anda mungkin kekurangan elemen pelinciran, alami jangkitan STD, mempunyai UTI atau lain-lain.
Pun begitu, jika wujud sebarang gejala lain selain sakit zakar, hubungi doktor anda dengan kadar segera!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen