backup og meta

Gemuk Mesti Dianggap Miliki Zakar Kecil, Tapi Berapa Saiz Normal Kemaluan Lelaki?

Gemuk Mesti Dianggap Miliki Zakar Kecil, Tapi Berapa Saiz Normal Kemaluan Lelaki?

Benarkah lelaki gemuk mempunyai saiz zakar kecil?

Menurut statistik yang dilaporkan oleh Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015, Malaysia adalah salah sebuah negara yang dihuni oleh ramai orang gemuk.

Di negara kita, 1 dalam 2 orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.

Ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara paling gemuk di Asia dengan jangkaan populasi sebanyak 33 peratus (golongan yang berlebihan berat badan) dan obesiti sebanyak 18 peratus.

Ya, angka ini adalah sangat membimbangkan kerana kegemukan bukan sahaja akan menjejaskan penampilan malah tahap kesihatan individu juga.

Dalam pada itu, ada mitos yang mengatakan bahawa orang gemuk punya saiz zakar kecil. Adakah ia benar?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini. 

Apa saiz alat sulit lelaki yang normal?

Sebelum mengetahui jawapannya, wajarlah untuk kita tahu tentang perkara ini terlebih dahulu.

Sebenarnya, tidak wujud sebarang formula pengiraan untuk menentukan sama ada saiz alat kemaluan lelaki itu normal atau tidak.

Ini kerana kita lahir dalam diversiti yang pelbagai di dunia ini – segala jenis, bentuk, rupa dan saiz fizikal adalah berbeza bergantung kepada individu.

Pun begitu, ada kajian luar negara yang mungkin boleh digunakan bagi mendapatkan idea bahawa saiz zakar anda normal atau tidak.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Urology International (BJUI), saiz purata zakar yang normal adalah 3.61 inci sebelum ereksi dan 4.59 inci selepas ereksi.

Seperti yang kami katakan tadi, ini hanyalah purata bayangan sahaja dan kajian ini juga dijalankan di luar negara menjadikan ia kurang sesuai dengan saiz di negara kita.

Sila berjumpa pakar sakit tuan untuk jawapan yang lebih tepat dan sahih.

zakar kecil

Orang gemuk punya saiz zakar kecil?

Ini adalah mitos yang sangat popular dalam kalangan masyarakat kita. Adakah ia benar?

Jawapannya, ia adalah sekadar mitos semata-mata. Dalam erti kata lain, ia tidak benar!

Kalian perlu tahu bahawa faktor berat badan sama sekali tidak akan mempengaruhi saiz alat kemaluan lelaki secara anatominya.

Jika ia benar, adakah orang kurus akan memiliki zakar yang besar? Selain itu, orang dengan berat badan normal akan memiliki zakar yang normal? Ia bukan begitu.

Sebenarnya, orang gemuk mungkin berasa saiz zakar kecil akibat daripada satu kondisi yang dikenali sebagai zakar tertanam (buried penis).

Apa itu kondisi zakar tertanam dan adakah ia berbahaya?

Buat anda yang belum tahu, buried penis adalah satu kondisi yang boleh terjadi kepada setiap golongan lelaki tanpa mengira usia.

Ia adalah kondisi di mana saiz zakar kecil kerana ia tertanam di dalam kulit pada bahagian abdomen, paha atau skrotum.

Kondisi ini sering berlaku kepada individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.

Berikut adalah beberapa faktor yang menjadi dalang kondisi zakar tertanam:

  • Berat badan berlebihan atau obesiti
  • Kelainan genetik – ligamen yang menghubungkan zakar lemah
  • Lymphedema – Kawasan skrotum membengkak dan penuh dengan air

Adakah ia berbahaya? Ya, ia mungkin mendatangkan beberapa kesan sampingan yang lain sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Antara komplikasi yang sering berlaku adalah penderita akan sukar mendapatkan ereksi yang baik dan kuat lantas mengakibatkan masalah hubungan seksual bersama pasangan.

Selain itu, mereka yang mengalami kondisi zakar tertanam ini juga sudah pasti akan mempunyai masalah psikologi ekoran hilang keyakinan terhadap kemampuan diri. 

Apa yang boleh dibuat untuk merawat kondisi zakar kecil ini?

zakar kecil

Perkara pertama yang perlu dilakukan sekiranya ada mempunyai masalah ini atau sebarang masalah lain berkaitan alat sulit adalah berjumpa dengan doktor.

Setelah didiagnosis, doktor mungkin akan mencadangkan untuk anda melakukan pembedahan untuk memperbetulkan sebarang kelainan pada zakar anda.

Berikut adalah jenis pembedahan zakar kecil yang boleh dipertimbangkan:

  • Pembuangan tisu badan yang berlebihan
  • Memperbaiki ligamen yang menghubungkan dasar zakar dengan tulang kemaluan
  • Suction Lipectomy – membuang sel lemak menggunakan penyedut kateter
  • Abdominoplasty – membuang tisu lemak dari kulit pada abdomen
  • Pannulectomy – membuang tisu lemak dari kulit pada paha
  • Escutheonectomy – membuang tisu lemak dari kulit pada kawasan ari-ari
  • Graf kulit untuk memperbaiki struktur kulit

Akhir sekali, cara paling mudah untuk merawat kondisi zakar kecil atau buried penis ini adalah dengan mengurangkan berat badan – faktor utama ia berlaku.

Bukan sahaja ia mampu membantu kalian merawat masalah ini malah juga dapat menyihatkan lagi tubuh badan dengan mendapatkan BMI yang ideal.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Buried penis. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/16291-buried-penis. Jun 29, 2020. 
  2. Diagnosis and test of buried penis. https://blog.ochsner.org/articles/what-is-a-buried-penis. Jun 29, 2020.
  3. Evaluation and management of adult acquired buried penis. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6127540/. Jun 29, 2020. 
  4. Buried penis. https://www.luriechildrens.org/en/specialties-conditions/buried-penis/. Jun 29, 2020. 
  5. Buried penis. https://www.seattlechildrens.org/pdf/PE2734.pdf. Jun 29, 2020. 

Versi Terbaru

02/11/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Miliki Zakar Kecil? Ada 6 Punca, Tapi Betul Ke Saiz Penis Sebab Keturunan?

Apa Akan Terjadi Kepada Zakar Bila Usia Meningkat? No.5 Itu Macam Menakutkan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan