backup og meta

Zakar Tak Tegang? Ini Tip Persiapkan Diri Jumpa Pakar Urologi, Boleh Tahu Mati Pucuk Atau Tidak!

Zakar Tak Tegang? Ini Tip Persiapkan Diri Jumpa Pakar Urologi, Boleh Tahu Mati Pucuk Atau Tidak!

Mati pucuk boleh menjejaskan kualiti hidup lelaki, tetapi wujud beberapa rawatan berkesan yang dapat membantu anda menguruskan gejala! Namun dalam sesetengah situasi, kalian mungkin bakal memerlukan bantuan daripada pakar, seperti pakar urologi.

Bagi para pembaca di luar sana yang terjejas dengan masalah mati pucuk, sila ikuti artikel ini untuk mengenali doktor yang sesuai merawat disfungsi ereksi (ED) dan cara mempersiapkan diri untuk ke janji temu pakar.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Doktor-doktor yang boleh dirujuk untuk masalah ED

Jenis doktor terbaik untuk masalah ED mungkin bergantung kepada pemicunya. Tetapi, anda mungkin perlu menemui pakar urologi.

Urologi adalah kepakaran yang melibatkan diagnosis dan rawatan gangguan seperti berikut:

Bagaimana hendak mencari pakar urologi?

Doktor mungkin akan merujuk anda kepada pakar yang berkelayakan untuk merawat mati pucuk.

Beberapa cara lain untuk mencari pakar urologi turut merangkumi:

  1. Mendapatkan senarai daripada hospital tempatan.
  2. Memeriksa senarai pakar insurans anda.
  3. Meminta cadangan daripada orang yang anda percayai.

Masalah mati pucuk adalah sangat peribadi, jadi adalah wajar untuk memilih doktor yang membuatkan anda berasa selesa.

Anda mungkin juga ingin mempertimbangkan lokasi klinik dan sebarang faedah insurans kesihatan dalam proses pemilihan doktor.

Setelah anda mempunyai senarai doktor yang berpotensi untuk dipilih, kalian boleh mencari lebih banyak maklumat mengenai latar belakang mereka dalam talian.

Apa yang boleh dijangka semasa menemui pakar urologi?

pakar urologi

Jika anda merasa tidak selesa untuk bercakap tentang ED, yakinlah bahawa klinik urologi adalah tempat yang tepat untuk melakukannya.

Pakar urologi sememangya mempunyai kepakaran di dalam bidang berkaitan kondisi ini.

Jadi, mereka akan bantu membimbing perbincangan dan mengenal pasti masalah dihadapi.

Kalian perlu bersiap sedia untuk membincangkan:

  • Simptom ED anda dan berapa lama ia berlaku
  • Sama ada anda merokok atau minum alkohol
  • Alami tekanan atau kesukaran hubungan intim
  • Bagaimana ED menjejaskan kehidupan anda
  • Simptom lain, walaupun anda menganggapnya tidak berkaitan
  • Sejarah perubatan lengkap, termasuk masalah kesihatan lain yang didiagnosis
  • Sebarang ubat, vitamin, dan suplemen makanan yang diambil

Tidak terhad di situ sahaja, doktor mungkin akan menanyakan soalan-soalan lain, seperti:

  • Adakah anda mengalami ereksi semasa melancap?
  • Berapa kerapkah anda mengekalkan ereksi semasa melakukan persetubuhan?
  • Adakah anda dapat merasai ejakulasi dan orgasma? Berapa kerap?
  • Apakah perkara yang dapat membaik pulih atau memburukkan lagi gejala?
  • Ada mengalami kegelisahan, kemurungan, atau masalah kesihatan mental?
  • Adakah pasangan anda turut menghadapi masalah seksual?
  • Berlaku sebarang perubahan pada tahap keinginan seksual anda?
  • Pernahkah anda mengalami morning wood pada waktu pagi?
  • Pernahkan anda menjalani pembedahan, rawatan, atau kecederaan yang mungkin jejaskan saluran darah atau saraf berhampiran zakar?

Berikut pula adalah beberapa soalan yang mungkin anda boleh ajukan kepada pakar urologi:

  1. Apakah pemicu yang berkemungkinan menyebabkan masalah mati pucuk saya?
  2. Apakah jenis ujian yang saya perlukan?
  3. Perlukah saya menemui pakar lain?
  4. Apa jenis rawatan yang doktor cadangkan? Apakah kebaikan dan keburukannya?
  5. Apakah langkah rawatan yang seterusnya?

Setelah anda sudah mempersiapkan diri dengan situasi yang mungkin terjadi dan soalan-soalan yang ingin diajukan, mari lihat pula jenis ujian dan diagnosis mati pucuk

Ujian & diagnosis disfungsi ereksi

Pakar urologi anda mungkin akan menjalankan beberapa pemeriksaan fizikal, merangkumi:

  • Memeriksa zakar dan testis untuk mengesan sebarang keabnormalan, kecederaan, dan kepekaan
  • Pemeriksaan nadi di pergelangan tangan dan kaki untuk mengenal pasti sebarang isu berkaitan peredaran darah
  • Memeriksa sebarang pembesaran payudara atau keguguran bulu di badan, yang dapat menunjukkan ketidakseimbangan hormon atau masalah peredaran darah

Ujian diagnostik pula boleh merangkumi:

  • Ujian darah dan air kencing untuk memeriksa masalah kesihatan yang memerlukan perhatian, seperti diabetes, penyakit jantung, penyakit buah pinggang, dan ketidakseimbangan hormon
  • Ultrabunyi atau ujian pencitraan lain untuk memeriksa aliran darah

Suntikan intracavernosal adalah 1 ujian di mana ubat disuntik ke dalam zakar atau uretra anda.

Ubat ini akan menyebabkan zakar menegang untuk membolehkan doktor melihat jangka masa ereksi dan mengesan sama ada wujud sebarang masalah berkaitan aliran darah.

Selain itu, mengalami 3 hingga 5 ereksi ketika tidur juga adalah perkara yang normal. Ujian ereksi pada waktu malam akan dapat mengenal pasti sama ada keadaan ini berlaku atau sebaliknya.

Bagaimana ujian ini dijalankan? Ia melibatkan pemakaian cincin plastik di sekitar zakar semasa tidur.

Kemudian, pakar urologi akan mengumpulkan maklumat daripada pemeriksaan fizikal, ujian, dan perbincangan.

Sekarang, mari kita teruskan ke pilihan-pilihan rawatan mati pucuk yang boleh dibuat!

Opsyen-opsyen rawatan mati pucuk

Pendekatan rawatan akan bergantung kepada penyebabnya dan ia boleh terbahagi kepada rawatan perubatan serta perubahan gaya hidup.

Rawatan perubatan

pakar urologi

Rawatan perubatan biasanya merangkumi pengurusan kondisi fizikal dan psikologi yang boleh menyumbang kepada ED, antaranya:

  1. Ubat oral (avanafil, sildenafil, tadalafil atau vardenafil).
  2. Pam zakar.
  3. Pembedahan.
  4. Kaunseling psikologi.
  5. Ubat-ubatan lain (suntikan kendiri, suppositories atau terapi penggantian testosteron).

Gaya hidup

  • Berhenti merokok: Merokok bakal menjejaskan saluran darah dan boleh menyebabkan atau memburukkan lagi mati pucuk
  • Bersenam secara berkala: Berat badan berlebihan atau kegemukan boleh menyumbang kepada ED
  • Elak/kurangkan pengambilan alkohol dan dadah: Bercakap dengan doktor sekiranya anda memerlukan bantuan untuk berhenti

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Symptoms erectile dysfunction. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/erectile-dysfunction/symptoms-causes/syc-20355776/ Accessed Jul 28, 2021
  2. Erectile dysfunction. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/erectile-dysfunction/in-depth/erectile-dysfunction/art-20047821/ Accessed Jul 28, 2021
  3. Urology.  https://www.facs.org/education/resources/residency-search/specialties/urology/ Accessed Jul 28, 2021
  4. Diagnosis erectile dysfunction. https://www.niddk.nih.gov/health-information/urologic-diseases/erectile-dysfunction/diagnosis/ Accessed Jul 28, 2021
  5. Diagnosis erectile dysfunction. https://www.ucsfhealth.org/conditions/erectile-dysfunction/diagnosis#:~:text=In%20making%20a%20diagnosis%20of,treatment%20and%20a%20successful%20outcome/ Accessed Jul 28, 2021

Versi Terbaru

06/03/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

8 Punca Individu TAK NAK Carum Insurans Perubatan, Alasan No. 5 Paling Popular!

Masalah Kencing Dan Urologi Boleh Buat LELAKI STRES! Sampai Boleh Depres Kalau Tak Dirawat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 06/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan