Sebenarnya, terdapat pelbagai kaedah sama ada secara moden atau tradisional yang boleh lelaki cuba jika ada kondisi mati pucuk. Ini termasuklah ambil ubat viagra.
Ubat ajaib ini dipercayai mampu untuk memulakan serta mengekalkan ereksi zakar yang sangat diperlukan oleh lelaki jika ingin beraksi di ranjang dengan pasangan.
Persoalannya, bagaimana cara serta berapa dos yang tepat untuk ambil ubat viagra? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!
Apa itu ubat viagra?
Untuk pengetahuan anda, pil viagra adalah sejenis ubatan dalam kategori sildenafil yang banyak digunakan bagi merawat masalah lelaki dengan kondisi mati pucuk.
Ia berfungsi dan bertindak dengan meningkatkan pengaliran darah ke dalam salur zakar bagi membantu lelaki mendapatkan serta mengekalkan ereksi mereka.
Buat anda yang mungkin belum tahu, terdapat beberapa variasi ubatan ini termasuk:
- Tablet untuk ditelan
- Tablet untuk dikunyah
- Cecair
- Tepung
Menurut kajian yang dijalankan oleh National Health Services di UK, kira-kira dua pertiga lelaki yang mengambil ubatan ini berjaya meningkatkan kemampuan ereksi mereka.
Oleh itu, lelaki yang mengalami masalah mati pucuk mungkin boleh mengambil pil viagra dengan preskripsi daripada doktor atau pakar bagi membaiki kemampuan seksual mereka.
Berapa dos perlu ambil?
Ubat viagra adalah salah satu daripada jenis sildenafil yang paling bagus dan ia merupakan antara kaedah rawatan atau ubatan terbaik bagi masalah mati pucuk.
Namun, ia bukan boleh diambil semberono kerana dos yang tepat (tidak terlalu kurang, tidak terlalu lebih) sangat penting bagi memastikan keberkesanannya.
Secara umumnya, dos viagra yang disarankan oleh pakar adalah seperti berikut:
- Lelaki berusia 18 ke 64 tahun: 50 mg
- Lelaki berusia 65 tahun ke atas: 25 mg
Dos pil viagra juga mungkin akan meningkat sehingga mencecah 100 mg bergantung kepada bagaimana tubuh badan anda bertoleransi dengan ubatan ini.
Selain itu, dos ini juga mungkin berbeza bergantung kepada beberapa faktor lain. Jadi, sila pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Bagaimana cara untuk ambil?
Serupa dengan cara mengambil ubatan yang lain, ubat viagra juga perlu diambil dengan mengikut garis panduan agar hasilnya akan lebih efektif lagi.
#1. Sila makan sedikit sebelum ambil viagra
Sebenarnya, pil viagra boleh diambil sama ada anda sudah makan atau tidak. Namun, anda sangat disarankan untuk makan sedikit agar ia lebih berkesan.
Pun begitu, jangan pula anda makan hidangan yang terlalu berat kerana ia mungkin boleh menjejaskan proses penyerapan ubat lantas melambatkan efeknya.
Sebaiknya, sila makan hidangan yang ringan dan tunggu selama beberapa jam untuk proses pencernaan berlaku terlebih dahulu sebelum mengambil ubat ini.
#2. Jangan minum alkohol sebelum ambil ubat viagra
Seperti mana yang kita semua mungkin sudah tahu, alkohol adalah sejenis minuman yang tidak bagus buat kesihatan tubuh badan termasuklah alat sulit.
Ini kerana ia adalah salah satu faktor yang menyukarkan lelaki untuk mendapatkan serta mengekalkan ereksi zakar lantas akan menyulitkan usaha itu lagi.
Selain itu, alkohol dan viagra akan memberi kesan sampingan sama – meningkatkan tekanan darah. Jika digabungkan, ia mungkin akan menyebabkan bahaya.
#3. Beri lebih masa untuk ia mendatangkan kesan
Jangan pula anda anggap ubat ajaib ini boleh mendatangkan magis dalam sekelip mata kerana ia juga memerlukan masa untuk benar-benar memberi kesan.
Oleh itu, sila peruntukkan sekurang-kurangnya 4 jam untuk ubat ini memberi kesan pada zakar anda dan usah rasa stres atau runsing jika ia belum berkesan.
#4. Rangsang nafsu seks untuk bantu ereksi zakar
Selain itu juga, pil viagra tidak akan berkesan sekiranya diri anda sendiri tidak terangsang secara seksual. Jadi, sila minta bantuan pasangan untuknya.
Caranya, anda dan pasangan mungkin boleh melakukan adegan foreplay, cosplay atau sekadar bermain pada titik seksual di tubuh badan masing-masing.
Bolehkah anda terlalu bergantung padanya?
Sekiranya anda adalah salah seorang lelaki yang ada masalah mati pucuk, ubat ini tentu sahaja akan dianggap sebagai satu keperluan setiap kali ingin melakukan hubungan seks.
Sebenarnya, ia mungkin kurang tepat. Ini kerana ramai pakar telah bersepakat menentukan bahawa viagra hanya boleh diambil sekali sehari sahaja.
Pengambilan dalam cara dan dos yang kurang tepat boleh meningkatkan risiko masalah priapism, di mana ereksi zakar berlaku tidak terkawal dan sukar turun.
Seandainya ia tidak mendatangkan sebarang kesan pula, jangan ambil lebih daripada yang doktor anda preskripsikan dan cuba alternatif rawatan mati pucuk lain.