backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Payudara Lelaki Membengkak, Jangan Ambil Ringan! Semak 6 Punca Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/02/2023

    Payudara Lelaki Membengkak, Jangan Ambil Ringan! Semak 6 Punca Ini!

    Jangan pelik jika kami kata tetek lelaki juga boleh membengkak dan membesar sehingga mungkin mula menyerupai dada seorang wanita kerana ia adalah antara kondisi aneh tetapi agak lazim berlaku.

    Persoalannya, adakah perkara ini normal atau petanda penyakit? Ayuh baca artikel ini untuk tahu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda juga boleh klik di sini.

    Kaum Adam dan masalah Gynaecomastia

    Umum sudah tahu bahawa payudara seorang wanita akan mula meningkat saiz seiring perjalanan usia mereka yang bermula semasa akil baligh dan biasa berhenti apabila melangkah dewasa.

    Pun begitu, proses di atas tidak bakal berlaku pada kaum lelaki yang lazimnya mengekalkan saiz dada mereka sama seperti sebelum atau selepas usia akil baligh serta kekal sehingga dewasa kelak.

    Apa yang mungkin membimbangkan adalah hakikat di mana saiz tetek lelaki juga mampu berubah angkara ia mula membesar akibat membengkak – kondisi yang popular dengan nama ‘man boobs‘.

    Dikenali sebagai gynaecomastia dalam istilah perubatan, ia mungkin hadir dengan gejala berikut:

  • Payudara yang membengkak
  • Payudara mula membesar
  • Muncul tisu atau daging berlebihan di puting
  • Kesakitan ringan/sederhana/teruk pada tetek lelaki
  • tetek lelaki

    Kebiasaannya, kondisi ini lebih banyak menyerang lelaki dalam golongan kanak-kanak dan remaja tetapi tidak pula bermakna tidak akan berlaku dalam kalangan lelaki dewasa atau warga emas.

    Apa punca payudara lelaki yang membengkak?

    Gynaecomastia menyebabkan payudara lelaki boleh terlihat lebih besar berbanding normal dan ia terjadi kesan daripada punca serta faktor risiko yang kita semua mungkin belum lagi sedar.

    #1. Berat badan berlebihan atau obesiti

    Pertama, mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti boleh meningkatkan risiko lelaki berdepan dengan kondisi ini ekoran daripada peningkatan kadar estrogen dalam tubuh badan.

    Kesannya, estrogen ini akan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dan terperangkap pada bahagian tubuh badan yang terjejas terutama payudara kerana ia tinggi kandungan lemak.

    #2. Perubahan hormon badan lelaki

    Ketidakseimbangan di antara hormon testosteron dengan estrogen turut akan mengakibatkan tisu pada payudara membengkak dan membesar. Ketidakseimbangan itu boleh terjadi apabila hormon estrogen lebih tinggi daripada testosteron dan ini tidak normal.

    #3. Penuaan tubuh badan lelaki

    Seiring perjalanan usia lelaki, mereka akan mula mengalami penurunan kadar hormon testosteron lantas menyebabkan estrogen lebih banyak dihasilkan. Kalau ini berlaku, tisu pada tetek akan mula membesar lantas membuatkan ia kelihatan seperti membengkak.

    tetek lelaki

    #4. Penggunaan ubat @ bahan tertentu

    Beberapa jenis ubat atau bahan tertentu termasuk untuk sakit jantung, sakit ulser, steroid, alkohol, ganja dan ketum mungkin mendatangkan kesan sampingan lantas menjejaskan tetek lelaki.

    Disebabkan itu pula, jangan sesekali ambil ubat atau bahan di atas tanpa konsultasi doktor dahulu!

    #5. Gangguan dalam proses akil baligh

    Ketika proses akil baligh berlangsung, hormon-hormon di dalam tubuh badan lelaki akan berubah.

    Sekiranya testosteron menurun dan estrogen meningkat secara mendadak, payudara kanak-kanak atau remaja lelaki akan mula mengalami peningkatan saiz sekali gus tampak lebih besar.

    Sekiranya masalah ini terjadi, lelaki mungkin tidak perlu khuatir kerana hormon-hormon tersebut boleh kembali menjadi stabil serta normal apabila mula mencapai usia belia atau dewasa.

    #6. Pelbagai keadaan kesihatan yang lain

    Selain daripada obesiti, pelbagai keadaan kesihatan lain juga boleh menjadi dalang masalah yang sama:

    Bagaimana halang tetek lelaki daripada membesar?

    tetek lelaki

    Meskipun kondisi ini dikatakan umum serta dikategorikan normal, namun perubahan pada saiz payudara lelaki yang membengkak dan membesar itu juga boleh memudaratkan diri masing-masing.

    Ini kerana ia bukan sahaja boleh menjatuhkan tahap keyakinan individu malah akan membuatkan dada lelaki rasa tidak selesa dan mungkin sakit sekali gus menjejaskan kehidupan seharian.

    Perkara paling penting untuk anda buat adalah lihat kembali pada punca serta faktor risiko di atas dan mula mengambil langkah drastik jika anda tidak mahu masalah ini berlaku atau berulang.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Kemudian, dapatkan informasi dan nasihat doktor untuk salah satu daripada langkah di bawah ini:

    1. Pengambilan ubatan atau suntikan untuk menstabilkan hormon dalam badan.
    2. Pembedahan minor dalam usaha menyingkirkan tisu berlebihan pada payudara.

    Konklusinya, tetek lelaki yang membengkak dan membesar adalah angkara gynaecomastia namun wujud juga risiko lain seperti penyakit kanser payudara. Jadi, segera jumpa doktor jika ada kemusykilan ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan