backup og meta

Orang Lelaki Lebih Mudah Alami Badan Berbau? Ini 6 Cara Untuk Hapuskan Stigma!

Orang Lelaki Lebih Mudah Alami Badan Berbau? Ini 6 Cara Untuk Hapuskan Stigma!

Meskipun anda seorang lelaki, namun masalah bau badan bukanlah suatu isu kecil yang boleh anda pandang enteng. Jika anda juga adalah antara mereka yang ada masalah sama, berikut cara hilangkan bau badan lelaki anda mesti cuba!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

Masalah bau badan akibat daripada peluh?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah amat penting untuk kita semua tahu apa punca dan faktor risiko bau badan lelaki itu terlebih dahulu. Lazimnya, masalah ini selalu sahaja dikaitkan dengan peluh.

Seperti ramai sudah sedia maklum, peluh merupakan sejenis cecair yang akan keluar melalui liang pori kulit di saat individu melakukan aktiviti fizikal, cuaca panas atau semasa seseorang rasa gugup dan stres.

Untuk pengetahuan anda semua, peluh akan dihasilkan dan dikeluarkan oleh 2 jenis kelenjar utama yakni:

  1. Kelenjar ekrin – Berada di sebahagian besar kulit dan akan mengeluarkan cecair yang terdiri daripada air dan garam untuk meneutralkan suhu tubuh badan.
  2. Kelenjar apokrin – Berada di kawasan kulit yang berbulu seperti ketiak, ari-ari dan lain-lain. Fungsinya juga adalah sama dengan jenis kelenjar yang di atas tadi.
Badan berpeluh menguatkan lagi bau badan.
Badan berpeluh menguatkan lagi bau badan.

Umumnya, peluh yang keluar daripada kelenjar ekrin tidak berbau seperti pada wajah, tangan dan kaki. Pun begitu, peluh yang keluar daripada kelenjar apokrin pula mungkin menghasilkan bau kurang menyenangkan.

Kenapa? Ini ekoran peluh pada kawasan seperti ketiak atau ari-ari itu mempunyai bulu serta tahap kelembapan yang sangat sesuai sebagai habitat bakteria. Apabila peluh bercampur dengan bakteria, ia akan mula berbau.

Kenapa orang lelaki mungkin lebih berbau?

Sebenarnya, adalah tidak adil untuk kita pukul rata kata lelaki itu lebih berbau berbanding wanita kerana ia mungkin kurang tepat. Masalah bau badan ini tidak wajar dikaitkan dengan sesuatu jantina itu sahaja.

Sebaliknya, masalah ini turut boleh terjadi kepada golongan perempuan yang mungkin memiliki karakteristik hampir seperti seorang lelaki di mana mereka mempunyai tubuh badan lebih berbulu lantas berbau.

Dalam pada itu, faktor penghasilan dan rembesan hormon secara semula jadi di dalam tubuh badan lelaki juga adalah antara dalang masalah bau badan yang agak mustahil untuk dicegah atau dirawat.

Persoalannya, bagaimana pula cara hilangkan bau badan yang para lelaki boleh cuba amalkan di rumah?

Cara hilangkan bau badan, khusus untuk lelaki!

Orang lelaki cenderung memiliki bau badan yang agak kuat.
Orang lelaki cenderung memiliki bau badan yang agak kuat.

Penat diejek orang sekeliling gara-gara badan yang berbau, mungkin beberapa petua berikut boleh membantu:

Cara hilangkan bau badan #1. Kerap mandi

Pertama dan paling penting, anda perlu mandi dengan lebih kerap sekurang-kurangnya 2 kali sehari siang dan malam!

Ketika mandi juga, anda boleh menggunakan produk hilangkan bau badan seperti sabun atau syampu antibakteria agar dapat mengurangkan risiko bakteria merebak dan menetap di tubuh badan anda.

#2. Keringkan badan dengan betul

Selepas mandi pula, keringkan badan dengan kain tuala hingga ia benar-benar kering. Alasannya, bakteria lebih gemar hidup di kawasan kulit lembap terutama di celah-celah tubuh yang agak tersembunyi.

#3. Gunakan deodoran yang tepat

Kemudian, gunakan deodoran atau antiperspirant lebih-lebih lagi di bawah lengan anda.

Selain mengurangkan ketiak anda berpeluh, ia juga mampu meminimumkan bau ketiak gara-gara bulu dan bakteria.

#4. Elakkan memakai baju sudah terpakai

Mungkin sudah lumrah kebanyakan orang lelaki, baju yang digantung masih boleh dipakai asalkan ia nampak bersih.

Ia hanya akan membuat baju itu penuh dengan peluh lama lantas memicu bau busuk.

Sebaiknya, segera cuci baju selepas pakai dan hanya pakai pakaian yang bersih tatkala di dalam atau luar rumah ya?

Cara hilangkan bau badan #5. Cukur bulu

Menurut kajian terbitan Journal of Cosmetic Dermatology, mencukur bulu mampu membantu mencegah bau badan!

Ini kerana kulit bebas atau kurang bulu itu adalah jauh lebih mudah untuk dibersihkan dan dikeringkan sekali gus merendahkan risiko untuk bakteria tinggal di sana. Kesannya, masalah bau badan boleh hilang.

#6. Pastikan diet pemakanan anda ideal

Cara hilangkan bau badan terakhir pula adalah pastikan anda mengamalkan diet pemakanan ideal kerana ada beberapa jenis makanan yang menyebabkan masalah tubuh berbau termasuk minuman berkafein dan beralkohol.

Selain itu, beberapa jenis sayur seperti bawang dan brokoli serta makanan berempah turut menyumbang masalah sama.

Konklusinya, orang lelaki pun kena jaga kebersihan agar keselesaan dan kesihatan anda berada pada tahap tinggi. Jika anda ada sebarang persoalan lebih lanjut, berjumpalah doktor untuk konsultasi.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Body Odor, https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/17865-body-odor, Accessed Feb 8 2023.
  2. Body Odor, https://youngmenshealthsite.org/guides/body-odor/, Accessed Feb 8 2023.
  3. Microbial Origins of Body Odor, https://asm.org/Articles/2021/December/Microbial-Origins-of-Body-Odor, Accessed Feb 8 2023.
  4. Scientists discover the secret behind bad body odor, https://www.science.org/content/article/scientists-discover-secret-behind-bad-body-odor, Accessed Feb 8 2023.
  5. Got body odor? Don’t sweat it. Follow these tips, https://www.thenationshealth.org/content/51/3/16, Accessed Feb 8 2023.

Versi Terbaru

04/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Oppss! Badan Berbau Sebab Banyak Makan Bawang? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Ini Rupanya Punca Sebenar Badan Berbau! No #5 Selalu Kita Buat Tanpa Sedar!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan