backup og meta

Neuropati Diabetes, Komplikasi Kencing Manis Serius Yang Pesakit Wajib Tahu!

Neuropati Diabetes, Komplikasi Kencing Manis Serius Yang Pesakit Wajib Tahu!

Adakah anda tahu komplikasi yang boleh terjadi bagi pesakit kencing manis? Untuk tempoh jangka masa panjang, wujud risiko untuk pesakit mengalami neuropati diabetes!

Ikuti penjelasan dalam artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

Akibat daripada kondisi diabetes

Untuk pengetahuan anda semua, neuropati diabetes atau diabetic neuropathy adalah sejenis kerosakan saraf yang berlaku disebabkan oleh paras gula darah tinggi dalam jangka masa yang panjang.

Ia adalah komplikasi diabetes yang serius dan biasa. 60-70% orang yang mengalami diabetes mengalami beberapa bentuk neuropati.

Terdapat empat jenis utama neuropati berkaitan kencing manis: periferi, autonomi, proksimal, dan fokal.

neuropati diabetes

Neuropati periferi

Ini adalah bentuk neuropati yang berkaitan dengan diabetes. Neuropati jenis ini paling kerap menjejaskan betis kaki dan pergelangan kaki.

Ia juga boleh menjejaskan tangan, lengan, belakang badan dan perut.

Gejalanya bervariasi dari ringan hingga teruk dan mungkin menjadi lebih parah pada waktu malam.

Ia termasuklah kesakitan, rasa terbakar, sensasi kesemutan, peningkatan kepekaan terhadap sentuhan atau kehilangan deria rasa (yang mungkin menjadi kekal), kelemahan otot, ataupun kehilangan refleks.

Neuropati periferi juga boleh menyebabkan masalah kaki yang serius, seperti kecacatan, jangkitan dan ulser.

Neuropati autonomi

Ini adalah jenis neuropati kencing manis kedua paling biasa. Neuropati jenis ini berlaku pada saraf yang mengawal organ-organ dalaman.

Organ-organ yang dikawal oleh sistem saraf autonomi termasuk sistem pencernaan, kelenjar peluh, organ seks, sistem kardiovaskular dan pundi kencing.

Kerosakan saraf pada sistem penghadaman menyebabkan kesukaran menelan, sembelit, gastroparesis (perut lambat mengecut) menyebabkan perut kembung, loya, muntah, dan kehilangan selera makan.

Baca juga:

Neuropati autonomi juga boleh menyebabkan masalah seksual, seperti disfungsi erektil pada lelaki dan kekeringan faraj pada wanita.

Kerosakan saraf pada sistem kardiovaskular boleh membuat perubahan dalam tekanan darah dan kadar denyutan jantung, menyebabkan pesakit merasa pening, berpusing-pusing atau pengsan.

Ia juga boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

neuropati diabetes

Neuropati fokal

Juga dipanggil mononeuropati, bentuk neuropati kencing manis ini terjadi apabila terdapat kerosakan pada saraf tertentu atau sekumpulan saraf. Jenis ini paling kerap menjejaskan muka, badan, dan kaki.

Ia biasanya muncul secara tiba-tiba dan menyebabkan kesakitan yang teruk.

Walau bagaimanapun, ia biasanya hilang dalam masa beberapa minggu atau bulan dan tidak meninggalkan apa-apa kerosakan yang berkekalan.

Gejala neuropati fokal bergantung kepada saraf yang terlibat, termasuk: penglihatan berganda, ketidakupayaan untuk memberi tumpuan, sakit di belakang mata, palsi Bell (lumpuh pada satu sisi muka), sakit di betis atau kaki, sakit di dada, perut, belakang badan, panggul, dan sakit di hadapan paha.

Neuropati proksimal

Neuropati jenis yang kurang biasa ini menyebabkan sakit paha, pinggul, punggung, kaki dan biasanya menjejaskan satu sisi badan.

Juga dikenali sebagai femoral neuropathy atau diabetic amyotrophy, keadaan ini lebih lazim pada orang dewasa yang lebih tua dengan diabetes jenis 2.

Rawatan bagi komplikasi diabetes ini

neuropati diabetes

Tiada rawatan penyembuhan untuk neuropati diabetes, namun rawatan boleh membantu memperlahankan perkembangan penyakit.

Rawatan juga boleh membantu diabetes dalam menguruskan gejala seperti senak perut, sembelit, dan kesakitan.

Pesakit boleh melegakan kesakitan daripada komplikasi ini dengan mengambil ubat.

Ubatan seperti ibuprofen dan acetaminophen boleh membantu melegakan kesakitan ringan dan sederhana.

Ubat lain yang boleh digunakan untuk pengurusan kesakitan adalah ubat opioid.

Pilihan rawatan lain pula termasuklah terapi cahaya, rangsangan saraf elektrik atau akupunktur juga boleh membantu.

Perkara yang paling penting dalam mengurangkan risiko komplikasi diabetes ini adalah mengawal paras gula darah supaya berada dalam lingkungan sasaran.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diabetic neuropathy. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetic-neuropathy/basics/definition/con-20033336. Accessed on Sept 22, 2021.
  2. Diabetic Neuropathy. https://familydoctor.org/condition/diabetic-neuropathy/. Accessed on Sept 22, 2021
  3. Diabetic Neuropathy. https://www.aanem.org/Patients/Muscle-and-Nerve-Disorders/Diabetic-Neuropathy. Accessed on Sept 22, 2021
  4. Diabetic Neuropathy. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21621-diabetic-neuropathy. Accessed on Sept 22, 2021
  5. Diabetic Neuropathy. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/diabetes/diabetic-neuropathy-nerve-problems. Accessed on Sept 22, 2021

Versi Terbaru

10/02/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Nafas Berbau Seperti Buah? BAHAYA! Ini Salah Satu Komplikasi Diabetes, Ketoasidosis Diabetik

Komplikasi Diabetes Pada Mata, Pesakit Boleh Terkena Edema Makula


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan