backup og meta

8 Jenis Makanan Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis, Semuanya Tak Manis & Boleh Kawal Gula!

8 Jenis Makanan Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis, Semuanya Tak Manis & Boleh Kawal Gula!

Sedang mencari jenis makanan yang sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap kencing manis? Tak salahlah pilihan anda! Dalam artikel ini, telah kami senaraikan 8 makanan diabetes yang terbaik, cubalah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.

Jenis makanan untuk pesakit diabetes

Makan secara baik dan sihat adalah cara yang mudah dan berkesan untuk mengawal diabetes. Tetapi merancang diet yang sihat adalah bukan sesuatu yang mudah.

Kandungan nutrien dan glycemic index (GI) mungkin membantu anda untuk membuat pihan yang lebih sihat.

Berikut adalah jenis- jenis makanan terbaik atau superfoods yang bukan sahaja memberikan nutrien tetapi juga mempunyai GI yang rendah sekali gus membantu menguruskan tahap kandungan gula dalam darah.

Makanan terbaik untuk penghidap diabetes berfungsi dengan pelan pemakanan individu mengikut saiz hidangan yang sesuai.

1. Kekacang

Kebanyakan kekacang adalah berkhasiat dan menyediakan kandungan fiber, karbohidrat kompleks serta protein yang agak besar. Kekacang juga adalah sumber terbaik magnesium dan potassium.

makanan diabetes

Berpandukan kajian yang diterbitkan di dalam JAMA Network, kekacang boleh merendahkan tahap glycemic di dalam darah anda sekiranya menghidap diabetes tahap 2.

Anda boleh menyimpan kekacang dengan cara pengetinan, tetapi ia perlu ditapis dahulu sebelum dimakan untuk membuang kandungan sodium atau garam.

2. Sayuran tidak berkanji

Sayuran tidak berkanji termasuklah sayuran berwarna hijau gelap, sayuran berdaun, lada dan lain-lain. Sayuran jenis ini mengandungi kandungan karbohidrat yang rendah.

Hidangan dengan sayuran tidak berkanji membantu anda ketika lapar, memberikan kandungan fiber yang tinggi, dan meningkatkan pengambilan vitamin, mineral dan phytochemicals yang boleh elak sebarang penyakit.

Sayuran tidak berkanji membantu mengurangkan berat badan dan menstabilkan kadar gula dalam darah. Ini adalah di antara makanan yang boleh dimakan dengan kandungan yang banyak oleh penghidap diabetes.

Sekiranya anda tidak berminat dengan sayuran, olahnya menjadi resepi yang enak. 

3. Buah-buahan sitrus

Buah -buahan sitrus seperti tangerin, oren, graperuits, lemon dan limau memberikan sumber fiber yang baik.

Untuk meningkatkan pengambilan fiber, anda disarankan untuk makan keseluruhan kandungan buah berbanding menjadikannya dalam bentuk jus.

Kajian turut menyatakan bahawa buah-buahan sitrus mampu mengurangkan risiko untuk menghidap diabetes.

makanan diabetes

4. Beri

Beri seperti strawberi dan beri biru memberikan sumber yang baik untuk gula semula jadi.

Sedikit hidangan beri setiap hari mampu memberi kelegaan kepada sesiapa yang meminati makanan yang manis dan meningkatkan pengambilan fiber.

Tambahkan beri ke dalam yogurt atau smoothies untuk menjadikan hidangan pencuci mulut lebih enak.

5. Tomato, antara jenis makanan diabetes terbaik

Tomato boleh dimakan secara mentah, dipurikan, dimasak atau dalam bentuk sos. Tanpa mengira cara anda memakannya, anda tetap telah mengambil vitamin A, C, E dan zat besi.

Tomato boleh membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser, khususnya kanser prostat dan penyakit jantung.

Baca juga:

6. Ikan berlemak

Salmon atau mana-mana ikan dengan omega-3 fatty acid membantu mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung, terutamanya penyakit jantung koronari yang mana dikaitkan dengan diabetes.

Ikan jenis ini juga tinggi kandungan vitamin D dan selenium yang baik untuk rambut, kulit dan kuku. Ikan tidak mengandungi sebarang karbohidrat, oleh itu ikan tidak akan meningkatkan kandungan gula dalam darah anda.

Terlalu tinggi kandungan lemak juga tidak baik untuk kesihatan, oleh itu makan kandungan ikan dengan banyak dan sederhanakan pengambilan lemaknya.

makanan diabetes

7. Bijirin penuh untuk pesakit kencing manis

Bijirin penuh adalah makanan diabetes yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan ia tidak memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Jadi sekiranya anda memikirkan untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat, bijirin penuh adalah pilihan yang terbaik.

Sesetengah bijirin penuh mengandungi nutrien yang sangat baik seperti magnesium, chromium, potassium dan folate.

Makanan diabetes #8. Produk tenusu tanpa lemak atau rendah lemak

Semua orang mengetahui bahawa produk tenusu memberikan vitamin D dan kalsium yang membantu menguatkan gigi serta tulang.

Kajian menunjukkan bahawa makanan diabetes seperti produk tenusu boleh mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes tahap 2 dengan 9%. Tetapi sekiranya menghidap diabetes, anda dicadangkan untuk mengambil susu skim dan yogurt.

Semua jenis makanan ini boleh ditemui di mana-mana pasaraya atau kedai runcit berdekatan. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Diabetes Superfoods. http://www.diabetes.org/food-and-fitness/food/what-can-i-eat/making-healthy-food-choices/diabetes-superfoods.html. Accessed October 28, 2016.

Eat Right!. http://www.cdc.gov/diabetes/managing/eatright.html. Accessed October 28, 2016.

What I need to know about Eating and Diabetes?. The National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases (NIDDK).

David J. A. Jenkins, MD, PhD; Cyril W. C. Kendall, PhD; Livia S. A. Augustin, PhD; et al. Effect of Legumes as Part of a Low Glycemic Index Diet on Glycemic Control and Cardiovascular Risk Factors in Type 2 Diabetes Mellitus: A Randomized Controlled Trial. The JAMA network 2012.

Bazzano LA, Li TY, Joshipura KJ, Hu FB. Intake of fruit, vegetables, and fruit juices and risk of diabetes in women.Diabetes Care. 2008 Jul;31(7):1311-7.

Choi HK, Willett WC, Stampfer MJ, Rimm E, Hu FB. Dairy consumption and risk of type 2 diabetes mellitus in men: a prospective study. Arch Intern Med. 2005 May 9;165(9):997-1003.

Versi Terbaru

17/04/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Chooi Kheng Chiew

Diperbaharui oleh: Dr Rizan Nasir


Artikel Berkaitan

AWAS! Pesakit Diabetes Boleh Makan Telur, Tapi Ada 'Limit' Yang Perlu Diikuti!

Buat Pesakit Diabetes Jenis 1, Ini 9 Kesan Sampingan Boleh Berlaku Selepas Suntikan Insulin!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Chooi Kheng Chiew

Endokrinologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan