backup og meta

4 Langkah Penting Penjagaan Luka Kencing Manis! Jika Tidak Buat, Lambat Sembuh?

4 Langkah Penting Penjagaan Luka Kencing Manis! Jika Tidak Buat, Lambat Sembuh?

Pernah dengar bukan orang selalu kata luka kencing manis susah sembuh? Ya, ia bukan sekadar mitos semata!

Bayangkan jika penderita yang menghidap penyakit kronik ini mengalami permasalahan luka yang sukar untuk sembuh.

Kita terpaksa menanggung kos perubatan yang mahal memandangkan luka kencing manis tersebut memerlukan penjagaan yang baik.

Jom teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut!

Mengebai luka diabetes (ulser kaki)

Penjagaan tubuh badan amat penting bagi mereka yang mempunyai masalah kencing manis memandangkan sebarang luka yang dialami oleh mereka kebiasaannya susah sembuh.

Luka seperti kesan cakaran dan gelembung (blister) boleh berlaku di mana-mana bahagian badan namun ia sering dijumpai pada kawasan tapak kaki. 

Luka tersebut mudah untuk menjadi lebih teruk terutamanya bagi mereka yang menghidapi kencing manis disebabkan oleh komplikasi neuropati atau kerosakan urat saraf periferal.

Mereka yang mengalami keadaan ini tidak lagi mempunyai deria sentuh pada permukaan tapak kaki atau di penghujung jari tangan membuatkan luka di kawasan tersebut menjadi lebih teruk. 

luka kencing manis

Jika anda terpijak serpihan kaca atau duri yang menyebabkan luka, tanpa penjagaan yang baik, ia boleh menyebabkan masalah ulser kaki.

Jangkitan kuman mudah untuk masuk ke dalam luka kencing manis tersebut dan ini akan meningkatkan risiko terhadap prosedur amputasi kaki (potong kaki) bagi mengelakkan sepsis. 

Menurut kajian yang dijalankan oleh Imperial College London pada tahun 2008, mereka yang mengalami diabetes mempunyai risiko 10 hingga 30 kali ganda berbanding dengan populasi umum untuk melalui prosedur amputasi kaki.

Apa yang lebih membimbangkan lagi, 20 hingga 50% daripada jumlah tersebut memerlukan amputasi kaki yang kedua dalam tempoh 1 ke 3 tahun. 

Mengapa luka kencing manis susah sembuh?

Bukan mudah untuk mengenal pasti punca kepada luka kencing manis susah sembuh memandangkan ia boleh dipengaruhi oleh pelbagai jenis faktor.

Antara faktor risiko tersebut adalah:

  • Kadar gula dalam darah yang tinggi. Ia boleh menghalang oksigen dan nutrisi daripada diambil oleh sel, merencatkan sistem imuniti badan dan meningkatkan keradangan di dalam badan
  • Masalah neuropati. Seperti yang telah penulis sebutkan di atas, mereka yang mempunyai masalah kerosakan urat saraf periferal akan mengalami kehilangan deria sentuh pada permukaan tapak kaki dan tangan. Ini akan menyebabkan seseorang individu itu tidak perasan akan luka yang terbentuk menyebabkan penjagaannya terabai
  • Sistem pengaliran darah yang tidak lancar. Pesakit diabetes mempunyai risiko setinggi dua kali ganda untuk mendapat penyakit berkaitan dengan salur darah periferal. Ia merupakan keadaan di mana salur darah anda menjadi sempit menyebabkan aliran darah ke bahagian tertentu berkurangan. Ia boleh mempercepatkan kerosakan saraf periferal dan menyebabkan pembentukan ulser di kaki
  • Kerencatan sistem imun. Pesakit kencing manis mempunyai masalah dengan pengaktifan sistem imun. Ini akan menyebabkan sel-sel yang bertanggungjawab dalam memastikan luka cepat sembuh menurun. Akibatnya luka akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dan risiko untuk mendapat jangkitan meningkat 
  • Jangkitan kuman. Kerencatan sistem imun boleh menyebabkan seseorang itu mudah mendapat jangkitan kuman. Badan akan menggunakan sumber yang ada untuk melawan dengan agen jangkitan tersebut dan ini akan menyebabkan luka kencing manis lambat sembuh. Jika jangkitan tersebut dibiarkan begitu sahaja, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi seperti sepsis dan gangren

jadual pemakanan pesakit kencing manis

Bagaimana penjagaan luka kencing manis?

Bagi mereka yang menghidap kencing manis, beberapa langkah boleh diambil bagi menurunkan risiko komplikasi disebabkan oleh luka kencing manis susah sembuh.

  • Lakukan pemeriksaan secara berkala. Pemeriksaan badan terutamanya pada kawasan yang berisiko untuk luka dapat menurunkan risiko jangkitan melalui penjagaan luka kencing manis. Jangan lupa untuk memeriksa di celahan jari kaki supaya tidak terlepas pandang akan ulser yang terbentuk di kawasan tersebut
  • Buang tisu mati pada luka kencing manis. Elakkan daripada melakukan prosedur ini sendiri. Sebaiknya ia dilakukan dalam keadaan bersih (steril) untuk mengelakkan luka tersebut menjadi lebih teruk. Kewujudan tisu mati boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria seterusnya menyebabkan luka yang terbentuk menjadi semakin teruk. Patuhi janji temu anda dengan doktor dan berikan kerjasama sebaiknya agar tisu mati tersebut boleh dibuang
  • Gunakan kasut yang bersesuaian. Mereka yang mengalami masalah neuropati memerlukan kasut yang direka khas bagi mengelakkan berlakunya luka pada kawasan tersebut. Tekanan yang diberikan kepada tapak kaki ketika berdiri atau berjalan boleh menyebabkan luka tersebut bertambah teruk. Jika anda mengalami luka kencing manis, minta rujukan kepada pakar kaki (podiatrist) bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan
  • Tukar balutan kaki anda setiap hari. Ini bagi mengekalkan tahap kelembapan luka pada kadar yang optimum untuk kesembuhan dan mengurangkan bakteria

pemeriksaan kencing manis

Untuk mengetahui lebih informasi mengenai luka kencing manis susah sembuh, segera berjumpa dan berkonsultasi dengan doktor anda ya?

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.geisinger.org/health-and-wellness/wellness-articles/2017/11/08/20/05/3-reasons-diabetic-wounds-are-slow-to-heal
  2. https://www.ahajournals.org/doi/pdf/10.1161/atvbaha.114.305048
  3. https://podiatryassociates.org/why-wound-healing-slower-diabetes/
  4. https://www.news-medical.net/health/Diabetes-and-Wound-Healing.aspx
  5. https://www.nursingtimes.net/clinical-archive/diabetes-clinical-archive/diabetes-and-its-effect-on-wound-healing-and-patient-care-21-10-2003/

Versi Terbaru

21/05/2021

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Bolehkah Pesakit Kencing Manis Melakukan Bekam? Ini Fakta Yang Perlu Diketahui

Peria Katak Ubat Pesakit Kencing Manis, Benarkah?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 21/05/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan