backup og meta

Ada Diabetes? Ambil Suntikan Flu Bagi Elak Risiko MAUT, Penting Terutama Ketika COVID-19!

Ada Diabetes? Ambil Suntikan Flu Bagi Elak Risiko MAUT, Penting Terutama Ketika COVID-19!

Tahukah anda, individu yang menghidap diabetes sebenarnya boleh mendapat komplikasi flu yang teruk berbanding individu yang tidak menghidap diabetes? Jadi, penting untuk mereka mengambil vaksin flu. 

Sebelum pergi dengan lebih lanjut berkenaan kepentingan vaksin flu atau suntikan flu, adalah lebih baik untuk kita memahami secara ringkas berkenaan flu terlebih dahulu.

Apakah yang dimaksudkan dengan flu?

Flu adalah satu keadaan penyakit pernafasan yang sangat mudah berjangkit, yang berpunca daripada virus influenza.

Flu bukan sahaja membuatkan anda selesema atau batuk, malah ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan betul.

Oleh sebab itu, antara langkah pencegahan penting yang perlu dilakukan adalah dengan pengambilan suntikan flu atau vaksin flu. 

Mudah berisiko walaupun sekadar flu

suntikan flu

Penghidap diabetes, tidak kira sama ada diabetes jenis 1, jenis 2 ataupun gestasi, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat komplikasi akibat daripada jangkitan flu.

Mereka bukan sahaja boleh mendapat flu, malah berpotensi untuk dimasukkan ke hospital bahkan menemui maut.

Antara komplikasi yang berkaitan dengan flu adalah seperti pneumonia atau radang paru-paru, bronkitis, jangkitan sinus dan juga jangkitan telinga. 

Mengapa diabetes menyebabkan risiko yang lebih tinggi mendapat komplikasi akibat flu?

Diabetes jenis 1 sebagai contoh, adalah sejenis penyakit autoimun.

Ia adalah satu keadaan di mana sistem imun tubuh penghidapnya berada dalam keadaan yang lemah dan sememangnya tidak berkemampuan untuk melawan serangan virus.

Selain itu, keadaan gula darah yang tinggi hanya akan menggalakkan jangkitan virus tersebut berlaku dengan lebih mudah.

Sistem imun tubuh penghidap diabetes sememangnya berada dalam keadaan yang lemah. Apabila jangkitan virus flu berlaku, maka mereka akan lebih mudah mendapat komplikasi akibat daripada flu tersebut.

Bahkan, mereka berpotensi mendapat jangkitan radang paru-paru bakteria yang boleh membawa maut.

Risiko radang paru-paru ini akan menjadi lebih teruk dalam kalangan penghidap diabetes sekiranya mereka mempunyai penyakit kronik yang lain.

Bukan itu sahaja, jangkitan flu juga boleh memburukkan lagi pengawalan paras gula darah selain memburukkan lagi simptom-simptom diabetes.

Perkara ini akan menjadi lebih buruk dalam kalangan mereka yang tidak mengawal diabetes mereka sehingga menyebabkan keadaan yang lebih teruk.

Sebab mengapa penghidap diabetes perlu mengambil vaksin flu

vaksin flu

Memandangkan keadaan pesakit diabetes yang mudah terdedah atau berisiko tinggi kepada penyakit, maka pengambilan suntikan atau vaksin flu adalah satu perkara yang amat perlu dilakukan.

Suntikan flu ini dapat membantu mengurangkan risiko pesakit diabetes daripada mendapat komplikasi yang lebih buruk akibat daripada jangkitan virus influenza.

Selain itu, simptom-simptom diabetes juga dapat dikawal melalui pengambilan vaksin flu ini.

Selain daripada vaksin flu, kita juga disarankan untuk mengambil beberapa suntikan vaksin yang lain seperti vaksin difteria, tetanus dan pertusis (DTap).

Ia bukan sahaja memberikan perlindungan kepada penghidap diabetes, tetapi juga kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk mendapat suntikan vaksin.

Ini termasuklah bayi dan mereka yang mungkin mempunyai tindak balas alahan terhadap suntikan vaksin.

Lakukan langkah pencegahan penting yang lain selain vaksin flu

Selain daripada mengambil suntikan flu, penghidap diabetes juga perlu melakukan beberapa perkara lain bagi mengurangkan risiko mereka untuk mendapat jangkitan. Antaranya ialah:

Vaksin flu amat penting!

Bagi penghidap diabetes, anda perlu ingat bahawa sistem imun anda berada dalam keadaan yang tidak begitu kuat.

Apabila anda mendapat jangkitan flu yang berpunca daripada virus, maka tubuh badan anda yang sedia lemah berkemungkinan tidak berkemampuan untuk melawan serangan virus tersebut.

Akhirnya, timbul pula beberapa komplikasi lain selain diabetes yang hanya akan memburukkan lagi keadaan tubuh badan anda.

Oleh itu, sentiasa amalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang dinyatakan di atas selain mengambil suntikan flu untuk kebaikan anda. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.cdc.gov/flu/highrisk/diabetes.htm

Why People With Diabetes Need a Flu Shot

https://www.diabeteseducator.org/practice/practice-tools/diabetes-management-tools/importance-of-vaccines-for-people-with-diabetes

Versi Terbaru

21/07/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

Anak Dr Say Jatuh Sakit Akibat Influenza, Seru Ibu Bapa Ambil Berat Keperluan Vaksinasi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 21/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan