backup og meta

Jika Ada Kencing Manis, Pastikan Anda Amalkan 7 Tips Penjagaan Kulit Ini!

Jika Ada Kencing Manis, Pastikan Anda Amalkan 7 Tips Penjagaan Kulit Ini!

Kita semua pasti perlu mempunyai cara, petua atau tips penjagaan kulit masing-masing agar organ terbesar pada tubuh badan ini kekal sihat, bersih dan cantik.

Ia juga sudah tentu akan jadi lebih penting lagi terutamanya jika anda ada penyakit yang berisiko melibatkan serta menjejaskan kulit seperti kencing manis.

Persoalannya, apakah antara tips penjagaan kulit buat mereka yang ada diabetes? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

Apa kaitan di antara diabetes dengan kulit?

Individu dengan penyakit kencing manis cenderung mempunyai kulit yang kering serta gatal dan ini akan jadi punca ia mudah mengalami komplikasi berbahaya.

Sebagai contoh, ia mungkin boleh menyebabkan kulit anda lebih mudah untuk terhiris, terluka serta berdarah dan lebih teruk lagi, mengakibatkan infeksi yang serius.

Anda juga mungkin perasan bahawa kulit akan lebih mudah untuk merengsa, meradang dan pulih dengan lambat lantas membuat anda perlu bertindak lebih cepat.

Dalam erti kata lebih mudah, diabetes adalah antara punca keadaan kesihatan kulit anda terganggu dan terjejas. Disebabkan itu, jangan ambil mudah tentang hal ini.

tips penjagaan kulit

Ada beberapa tip penjagaan kulit khas buat anda yang ada diabetes. Jom teruskan membaca!

Tips penjagaan kulit jika anda ada diabetes!

Semua pakar dermatologi menyatakan bahawa tip penjagaan kulit memainkan peranan yang penting dalam usaha anda untuk mengawal dan merawat diabetes.

Semua tip, cara dan petua yang betul mampu untuk mengelakkan komplikasi kulit berbahaya seperti infeksi, luka lambat sembuh atau amputasi anggota badan.

Tips penjagaan kulit #1. Melembapkan kulit dengan kerap

Memastikan kulit anda selalu lembap dan tidak kering mampu membuat ia lebih fleksibel selain mengelak rekahan kulit yang biasanya akan jadi punca infeksi.

Untuk hasil yang bagus, pakar dermatologi menyarankan anda melakukan tip-tip di bawah ini:

#2. Mandi dengan suhu air yang betul

Suhu yang paling disarankan adalah suam di mana ia tidak terlalu sejuk atau tidak terlalu panas untuk memastikan tiada komplikasi pada kulit anda kelak.

Ini kerana air mandian yang terlalu sejuk atau panas boleh jadi punca kulit menjadi kering, gatal, tidak selesa lantas berisiko meningkatkan komplikasi.

tips penjagaan kulit

#3. Guna sabun yang sesuai untuk kulit

Jika ada diabetes, kulit anda cenderung untuk sensitif. Segala sabun mandian atau cucian yang tidak sesuai pula sudah tentu akan memberi kesan pada kulit.

Disebabkan itu, sila guna sabun yang sesuai yakni diformulasikan khas buat pesakit kencing manis untuk bantu kulit anda menjadi lebih lembap dan lembut.

Tips penjagaan kulit #4. Mengeringkan kulit dengan baik

Selepas mandi pula, anda perlu untuk mengeringkan kawasan kulit yang terlindung seperti celah jari, alat sulit, ketiak dan lain-lain bahagian yang tersembunyi.

Ini kerana air masih boleh terperangkap di kawasan tersebut lantas meningkatkan risiko infeksi pada kulit. Jadi, sila lebih peka ketika keringkan tubuh badan.

#5. Rawat luka pada kulit dengan segera

Sangat penting bagi mereka yang ada diabetes untuk rawat luka pada kulit dengan segera kerana kes amputasi biasanya bermula dengan luka yang kecil.

Caranya, sila cuci kawasan luka dengan air dan sabun serta antibiotik hanya apabila doktor menyarankan anda menggunakan ia dan balut luka dengan pembalut.

tips penjagaan kulit

#6. Potong kuku agar ia kekal pendek

Kuku pada jari tangan dan kaki yang panjang boleh merengsa dan meradang pada bahagian di antara kuku dan kulit. Ia juga berisiko untuk membengkok ke atas.

Kesannya, kawasan di antara kuku dan kulit ini lebih berisiko mengalami infeksi. Disebabkan itu, sila potong kuku anda dengan kerap agar ia kekal pendek.

#7. Segera jumpa doktor jika ada infeksi

Individu yang ada diabetes berisiko mengalami infeksi lebih cepat dan mudah berbanding mereka yang sihat dan mempunyai sistem endokrin stabil.

Sekiranya anda perasan sebarang tanda infeksi pada kulit seperti berikut, segera jumpa doktor:

Konklusinya, jangan ambil mudah tips penjagaan kulit jika anda ada diabetes. Ini kerana ia adalah kunci untuk memastikan tiada komplikasi berlaku pada hari kelak.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dermatologist-Recommended Skin Care For People With Diabetes, https://www.aad.org/public/diseases/a-z/diabetes-skin-care, Accessed Nov 23 2021.
  2. Diabetes: 12 Warning Signs That Appear On Your Skin, https://www.aad.org/public/diseases/a-z/diabetes-warning-signs, Accessed Nov 23 2021.
  3. Skin Complications, https://www.diabetes.org/diabetes/complications/skin-complications, Accessed Nov 23 2021.
  4. Skin problems associated with diabetes mellitus, https://dermnetnz.org/topics/skin-problems-associated-with-diabetes-mellitus, Accessed Nov 23 2021.
  5. Diabetes and Skin Care,
    https://www.diabetes.co.uk/diabetes-and-skin-care.html, Accessed Nov 23 2021.

Versi Terbaru

12/01/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Penjagaan Kuku Yang Salah Membawa Risiko Pada Pesakit Diabetes, Elak Kesan Buruk Ini Dari Berlaku!

Ini 7 Tanda Diabetes Anda Tidak Terkawal, BAHAYA Boleh Mengancam Nyawa!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan